Sunday, June 29, 2008

Teman dan nasihat....

Salam,

Sabtu lepas saya singgah ke Pesta Buku di Alaf21, mahu bertemu dengan Dhiya Zafira. Kami kemudiannya berpinau berpusing2 dalam hujan mencari Seksyen 24/1. Kami singgah menikmati sup ekor dan roti canai dalam hujan yang lebat. Bercerita tentang kisah2 hati, harapan dan tahniah juga pada Dhiya kerana KDB sudah cetakan kedua dan RBB pula semakin hangat d pasaran.

Apa cerita terbaru tentang saya pula? Haha. Tak taulah. sewaktu di alaf, Mersik ada bertanya, " Lynn.... jiwa kacau lagi?" Saya jawab dengan gelak ketawa. Saya memang begitu. Kacau2 jugak tapi ketawa, ketawa jugak!

Semalam Ahad, saya buka TLC yang lama saya ketepikan kerana kesibukan tugas. Dapat juga menulis satu bab. Huhu...satu pencapaian tu selepas lama menyepi. Kesian pada watak2 saya. lama tidak disentuh, diolah dan digahkan personalitinya!

Emmm.... berbalik pd kisah jiwa kacau. Kacaukah saya? Hehe... entahlah. Waktu ini saya tenang seketika. Tetapi tidak tahu setakat mana. Lalui saja hidup ini sebaiknya. Allah lbh mengetahui yg terbaik utk kita. Dlm undang2 negara, saya tidak bersalah tetapi di mata masyarakat.... saya ini mungkin banyak dosanya! But we are not supposed to judge other people life and choices when we alone have so many flaws...

Saya pinjam kata-kata Laila, ' Org blh kata apa saja tapi kita yg merasanya ni saja tahu apa yang berlaku."

4 comments:

Hezzy Azra... said...

Lynn,
Everybody is entitled to their own opinion and judgement... but only we ourselves know the truth behind every judgement.

P/S: Dah tengok SEPI ke belum?

Lynn Dayana said...

hezzy,
cadangnya kat penang nanti nk tgk. Aku suka kt2 vanida... " waktu kita bertemu, semuanya sudah terlambat...semuanya sudah ditentukan!"
He...he... ya, aku yg terlambat! Akulah yg bukan ditentukan? hahaha

RinnTis said...

'ditentukan' adalah sesuatu yang sudah dirancang.. 'terlambat' adalah sesuatu yg tak sengaja sbb ada 'ter'. ye ke?

Lynn Dayana said...

hai rinn...
haha... yalah, kau terer bahasa Melayu. AKu kan org jawa! hehe...