Tuesday, November 4, 2008

Bila Lelaki....

November datang lagi... Membaca Harian Metro hari ini.... saya diruntun kesayuan. Kisah Norman Hakim dan Abby Abadi sangat menyedihkan... Kisah adik perempuan yg dijadikan pemuas nafsu abang2 seramai lima orang buat saya terkedu. Cerita yg dibawa semalam tentang kecurangan kekasih membuatkan saya terpana.
Kenapa begitu ya? Ke mana hilang belas kasihan seorang manusia bernama lelaki? Kalau dah tak suka, be gentleman enough to let your partner know that you want out of the relationship. Kenapa mahu menyogok dengan penipuan... Be kind. Masa memulakan hubungan, ianya dilakukan dengan berhati2, maka sama jugalah sepatutnya semasa mahu mengakhiri. Bila lelaki hilang sifat melindungi, kepada siapa kita mahu menumpang berteduh?
Saat lelaki tidak kuat mengawal nafsu, ke mana dicampakkan rasa tanggungjawab pada anak dan isteri?
Saya tidak mengatakan semua lelaki begitu, tetapi akhir2 ini insan yang sebegini yang saya lihat. Mencari lelaki yang baik... sangat sangat sangat susah. Lelaki mudah benar berhenti menyayangi. Mungkin ada yang tidak bersetuju...tetapi inilah yang berlaku di sekeliling saya. Pada yang memiliki lelaki yg baik... bersyukurlah.... Pada yang ada pengalaman pahit... dengar lagu LASKAR PELANGI nyanyian nidji.... Nice....

9 comments:

Padamar Seri said...

Entahlah, mungkin kebetulan.

Semalam saya turut mempersoalkan kenapa perlu ada kecurangan. Setelah membaca salah satu blog tentang kecurangan isteri terhadap suaminya. Ditambah lagi dengan Paparan TV Astro Oasis dengan tajuk "Semanis Kurma". Pendedahan penonton program tentang kecurangan mereka terhadap pasangan masing,ianya cukup mengerunkan. Ada yang membalas kecurangan dengan kecurangan. Ada suami curang menyuruh isterinya pun curang. Ada sang isteri curang terhadap suami berlakon sibuk bermesyuarat dipejabat. Namun Kejahatan tetap akan terzahir juga akhirnya. Itulah hukum alam.

Dan tidak adil rasanya mempersoalkan "Bila lelaki...".

Kerana soal kecurangan dan tidak memihak mana-mana gender.

Mungkin saya boleh mengatakan kecurangan ini adalah akibat dari ledakan nafsu yang tidak tertahan, mungkin kerana kejahilan nilai dan kepercayaan, mungkin himpitan dendam. Dan Mungkin perhubungan yang tidak disirami kasih sayang dan pengertian.

Tampak wanita selalu jadi mangsa namun dalam dunia digital ini lelaki juga turut menjadi mangsa. Namun mangsa sebenar akibat kecurangan ini ialah anak-anak.

Mungkin keengganan masing-masing dalam membicarakan kemahuan nafsu sesama pasangan secara halal, ya mungkin kerna ego, mampu meningkatkan jurang persefahaman.

Bila meningkatnya jurang persefahaman maka lahirlah perkelahian yang tidak berkesudahan. Meski pun kadang-kadang hanya perkara sekecil merajuk namun bila dibiarkan tanpa diselesaikan tentu mampu mengilangkan nikmat dan roh perkahwinan.

Bila pasangan telah melihat antara mereka selain dari cinta dan kasih sayang maka lahirlah pemberontakan nafsu yang tidak tertahan, justeru itu sang syaitan yang setia pada tugasnya tersenyum meresap masuk meng'kuda'i nafsu lalu menempiaskannya pada jalan yang terlarang.

Itu mungkin ...

Bagi yang muslim amalkanlah Ayat Kursi semasa meninggalkan dan kembali ke rumah, serta berilah salam sebelum memasuki kediaman agar syaitan yang bertugas sebagai pemusnah rumahtangga terhalang dari mengacau bilaukan sesebuah perkahwinan.

Dan suburkan lah cinta dan kasih sayang dengan memberikannya makan pada setiap hari sekurang-kurangnya dengan gurau senda, kata-kata sayang, ciuman dipipi dan apa jua yang mampu memberikannya roh untuk terus hidup bak pepohon rendang yang dahannya menjulang kelangit dan mengeluarkan buah pada setiap musia semahu Tuhannya.

Wassallam.

Lynn Dayana said...

Salam,
Saya tidak menyalahkan gender, kerana kesalahan bersifat individual. Namun spt yg saya katakan, mungkin kerana kebetulan... dunia saya dikelilingi dengan ramai wanita yg menjadi mangsa pada ruang dan masa ini.
Beruntunglah mereka yang mengimpikan kebahagiaan dan mampu menuai hasilnya di dalam realiti. Cinta bagi saya adalah tanggungjawab. Kasih adalah amanah. Jika tidak mahu memikul tanggungjawab dan sudah tidak mahu memegang amanah...jangan disiksa tidak kira apa pun gendernya.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan pesan...kerana membuatkan saya percaya bahawa lelaki yang baik ada.
Akhir sekali, kesalahan itu individual bukannya gender tetapi kerana saya yang baru merasa tempias dicurangi maka saya mulakan dengan bila lelaki....
Salam perkenalan.

Padamar Seri said...

Assalamualaikum,

Semalam kira seronok melihat tangisan kasih sayang yang terpapar merentasi benua atas kemenangan Obama sebagai Presiden Amerika. Itulah harapan yang sebenarnya tergalas dibahunya segunung cabaran.

Sekilas dalam memerhati kisah obama ini, tercetus juga persoalan dalam kepala tentang kenapa orang mencari cinta. Maaf saya tidak bermaksud ingin terlibat dalam mana-mana permasalahan cinta sesiapa pun cuma sekadar ingin mencari perumpamaan agar ramai orang akan berusaha untuk mengenali siapakah makhluk tuhan bernama 'cinta' ini dengan harapan tiada manusia merana dan berdendam kerananya. Kerana cinta itu sendiri adalah rahmat dari yang Maha Pencipta.

Saya ada sedikit mencoretkan "Apakah Makanan Cinta?"

http://duriankuning.blogspot.com/2008/09/apakah-makanan-cinta.html

Sebagai tambahan nanti saya cuba menggambarkan 'Kehidupan Cinta' seumpama proses memilih benih untuk ditanam, dibaja , dijaga, disiram , berbuah sehinggalah keakhir hayat sebuah pokok. Mungkin pemerhatian kehidupan alam tabii sepohon pokok untuk menjadi perumpamaan agar kita mudah memahami dan mengenali sesuatu.

Semoga ini dapat membantu.

Lynn Dayana said...

Salam,
Saya dahulukan dgn ucapan terima kasih. Saya setuju, cinta adalah rahmat dari Allah. Kenapa boleh kandas di dalam cinta wlu sudah puas memberikan yang terbaik? Jawapannya adalah kerana ianya melibatkan dua pihak. Jika satu pihak saja yang berusaha, percayalah baja berkualiti yang mahal pun tidak akan mampu membuatkan ia tumbuh subur apatah lagi berbunga atau berbuah.
Bila bercerita tentang perasaan, tiada siapa yang mampu mengklasifikasikannya dengan wajar. Panduan boleh diberikan, saranan Rasulullah boleh digunakan tetapi jika cinta yang dikatakan rahmat itu bukan kepunyaan kita... akhirnya ia akan mati juga.
Kadang2, waktu dilukai...segala teori menjadi praktikal yang hancur.
Terima kasih sudi singgah... Apa juga coretan saya tidak semestinya betul. Ia gambaran perasaan saya yang akur pada ketentuanNYA.
Wassalam. Jangan serik untuk singgah ya...

RinnTis said...

hmm nampaknya yang ada 9 akal sudah tak mampu nak mengawal 1 nafsu. malah 9 akal digunakan utk mencari jalan menuntas 1 nafsu.

saya percaya masih ada lelaki yg bertanggungjawab di dunia ini. cuma mungkin mereka tidak menonjol, atau semakin pupus?

Lynn Dayana said...

Salam Rinn...
Susah mahu menjawab. Sejujurnya, saya tidak membenci lelaki sebagai satu kumpulan yang besar, yang berperanan di dalam hidup kita. Yang saya terkilan...mereka sepatutnya membentuk kita si tulang rusuk yang bengkok tetapi...
Ya, saya wanita maka saya tentunya tidak adil dlm memberikan penilaian.
There are gud ones Rinn... the truth is out there!hehe

Padamar Seri said...

Salam Sejahtera,

Sebelum pergi kerja pagi tadi, saya merenung sepohon bunga yang dulunya saya punggut setelah dibuang ditepi longkang oleh jiran, mungkin bunga itu sudah agak layu ketika itu.

Bunga yang layu itu ditanam pula oleh isteri saya dalam satu pasu yang baru saya beli ketika itu. Di siram dan dijaga.

Dan pagi ini, bunga itu cukup menawan untuk dipandang, cantik subur dan jauh bezanya dengan ketika ia kami ambil dulu.

Pengajaran yang saya perolehi dari kisah pohon bunga itu ialah:

Kekadang ada juga insan seperti bunga tadi, dibiar dan dibuang mungkin sudah tidak diperlukan lagi oleh penjaganya. Mungkin penjaga itu merasa bosan kerana kurang bersyukur dan kurang menyedari bahawa bunga itu sebenarnya telah sekian lama berbakti mengindahkan pandangannya.

Saat terbuang itu tentunya BUNGA itu longlai, layu dan mengering.

Tapi sesuatu yang pasti, selagi ada sedikit akarnya bertaut pada bumi dengan bersabar, insya Allah akan ada 'orang lain' akan hadir menghargainya, menjaganya, menyiraminya malah menyayanginya. Dan ketika itu mungkin Bunga itu akan seperti Bunga yang aku tenung pagi tadi.

Nasihat saya pada diri sendiri serta kepada kepada "PeCURANG", kalau tidak mampu menjaga bunga itu, maka biarkanlah ia hidup semahunya. Sebab diluar sana terdapat ramai lagi manusia menghargai dan mendambakannya.

Dan Kepada insan seperti Bunga tadi, bersabarlah dan tetapkan keyakinan dan kepercayaan (berimanlah)bahawa Allah itu Al Wadud, Allah itu Maha Penyinta.

Zikirkanlah Ya Wadud sebanyak yang mungkin. Insya Allah, Tuhan kita tentu Maha Mendengar lagi Yang Maha Menyayangi akan mendengar rintihan kita.

Cintalah Kepada Al-Wadud.
Itulah sebaik-baik cinta. Kalau lah kita selayaknya menerima cinta Al- Wadud ini, Nescaya putusnya cinta dengan seorang manusia tentu tidak akan menghinakannya.

Keyword : Bersabarlah ketika rasa terbuang kerana disitulah sebenarnya sinar baru akan bermula.

wassallam.

Padamar Seri said...

Saya ingin memohon maaf kerana saya baru menyedari rupanya persekitaran blog ini didiami oleh para penulis novel yang lebih arif tentang makhluk bernama 'cinta'.

Terasa kerdil rasanya.

Apa jua yang saya coretkan disini anggap sajalah nasihat untuk diri saya sendiri sahaja.

Mohon maaf seandainya saya kelihatan seperti 'agak memandai' dalam soal cinta ini.

Teruskanlah perjuangan anda mengenali Makluk Tuhan bernama cinta ini. Agar makluk ini sentiasa sesuci sepertimana ia mula diturunkan oleh Penciptanya.

Lynn Dayana said...

Salam...
Menjadi penulis novel cinta tidak semestinya menjadikan saya arif tentang cinta. Ilmu itu unik sifatnya. Adakalanya kita tidak memahami apa yg diterangkan oleh sang cendekiawan tetapi kita lebih memahami omongan anak kecil yang baru belajar abc.
Terima kasih atas nasihat yg diberikan. Ya, tidak mudah apabila menjadi yg terbuang. Tidak mudah apabila memikirkan sejuta persoalan yang tiada jawapan. Tetapi alhamdulillah, kerana rasa cinta yang masih ada pada diri sendiri, percaya pada rencana ALLAH yang diberikan melalui dugaannya... saya akur. Menerima dan redha mudah diungkapkan tetapi sukar juga mahu melaksanakan namun kerana mahu terus hidup dan menerima rahmatNYA, saya mencuba sedaya upaya untuk berhenti meminjam semalam, bergerak melangkah ke hadapan...
Wassalam.