Tuesday, December 2, 2008

Antara Roti dan Kopi

Mana yang lebih menyedihkan? Kita menangis kerana kehilangan atau bila kita menangis dan takde sesiapa pun yang nak pujuk? Hahaha.
Mana yang lebih memanaskan? Kita bertanya soalan dan soalan itu tiada jawapan diberikan atau soalan yang kita berikan dijawab pula dengan persoalan yang lainnya?
Mana yang lebih menyakitkan? Jatuh cinta dan kemudiannya terluka atau jatuh tangga sampai berbalut lutut dek kerana cedera?
Mana yang lebih menyusahkan? Tayar kereta pancit di tengah malam buta atau anda kehabisan minyak di malam sunyi di jalan yang gelap?
Mana yang lebih mengecewakan? Budi baik anda dibalas dengan tipu dusta atau penipuan anda tetap tidak dapat menyelamatkan anda yang kekeliruan?
Mana yang lebih banyak berbicara? Roti yang gebu atau kopi yang hangat? Haha...tentulah roti kerana BREADTALK sedangkan KOPITIAM! Hehe.....

Apa pun pilihan anda, hasilnya tetap sama iaitu anda mesti membuat pilihan dan kemudiannya harus atau mesti terima apa juga kemungkinan yang mendatang.... Selamat Memilih! hehe... bunyi macam pilihanraya aje! Teringat dialog Meredith Grey kepada McDreamy dalam Greys Anatomy..." pick me, choose me...love me!" Sudahnya....dia tetap terluka!

4 comments:

Miss Z said...
This comment has been removed by the author.
Miss Z said...

Err... tadi tersilap. :p
So tulis balik...

Salam Lynn,
Lama tak menjengah ke sini
Suka entri ni, buat sy tersenyum sendiri... :p

Mersik said...

Wahh.. sukarnya hendak membuat pilihan ya..?

Antara kopi dan roti, saya pilih yang ketiga.. iaitu kopi dan roti (canai) dan juga seseorang buat menemani.. hik hik

Lynn Dayana said...

Salam miss zero, tq sudi berkunjung. Awak tersenyum? hehe...
Salam Mersik,
Seseorang menemani? Ya...the experience will be better. Tp klu xde teman... smbl hirup kopi, tgk aje alam semesta di keliling ni! ok jugak!