Oleh kerana ijab kabul di tangan lelaki, tidaklah bermakna kami si tulang rusuk yang bengkok ini perlu dipermudahkan.
Oleh kerana wang ringgit banyak berkepuk, pasak rumah yang dibina tidak semestinya kukuh bertahan.
Oleh kerana hati ini merindu, tidak bermakna rasa itu adalah cinta yang membara.
Oleh kerana harga petrol turun, harga barang makanan tetap juga menaik.
Oleh kerana kita yang datang awal, tidak semestinya kita yang pertama.
Oleh kerana hujan sudah berhenti, adakah tanda banjir tidak akan melanda?
Oleh kerana tidak bersama, apakah pasti rasa itu sudah tiada?
Oleh kerana duduk bersebelahan, terjaminkah ikatan setia?
Apa yang cuba saya katakan? Satu campur satu tak semestinya menjadi dua. Yang tersurat dan tersirat...jauh bezanya. " Rasa" itu tidak boleh dilihat di bawah mikroskop. Yang ada hanya ramalan... yang ada hanya rancangan. Yang tentunya kebarangkalian untuk gagal atau berjaya adalah 50% sama banyaknya. Ditambah doa, akan meningkatkah kepada 70%? Haha...kita mesti terus berusaha.
2 comments:
oleh kerana aku x de internet maka tak bolehla aku nak sembang ngan hang... g luck my dear...on everything
dan oleh kerana hang xde shout box maka x blh juga aku nak berkirim salam di sana
Post a Comment