Wednesday, January 28, 2009

Antara Personal & Tuntutan Global

TLC ~ Debarnya memang menyesakkan dada. Hasil karya yang ke3 ini saya tunggu dengan hati yang berdetak kencang. Penerimaan pembaca di waktu zaman gawat ini bagaimana agaknya ya? Pagi tadi di dalam HotFM, Fafau mengatakan semenjak 1 Januari, lebih 10 ribu pekerja yang kehilangan kerja. Besar jumlah tu. Keadaan ekonomi jelas sesuatu yang merungsingkan! Sana sini tempiasnya turut terasa. Novel-novel akan menjadi barang mewah yang menyebabkan pembaca menjadi sangat selektif.
Bahang Palestin juga menyebabkan kempen anti-Amerika kian hangat diperkatakan. Beberapa jenama Amerika kini menerima kesannya. KFC, Pizza Hut, McDonald adalah antara jenama yang berpengaruh di dalam kehidupan seharian kita. Yang perlu diingatkan mereka ini adalah pemegang francais sahaja yang terdiri dari anak-anak tempatan sama ada berbangsa Melayu, Cina ataupun India. Yang berperang di sana, namun kita di sini turut rasa terbabit sama. Hairan ya…dalam zaman siber dan teknologi begini, perasaan hasad dan dengki masih berleluasa hingga ketamakan itu membutakan mata dan telinga lalu mengheret kepada peperangan yang mengorbankan nyawa.
Apakah peranan kita? Doa. Ya DOA adalah senjata bagi orang mukmin. Semoga kekejaman ini dihentikan. Semoga dunia menjadi tenang dan kita sama-sama dipayungi rahmat-Nya.

2 comments:

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Salam.

Imanina ke nama watak dalam TLC? Alamak sama la pulak. Novel ketiga saya pun nama wataknya Imanina. Banyak2 nama kat dunia ni, nama yang samalah pulak kita pilih. Tak pe kan? Err....

Btw, terima kasih singgah. Hmm... bagi saya yang kononnya semakin matang, rindu itu satu kesilapan yang perlu disingkirkan apabila akal rasional kata it has to end. Apa pun kata hati, saya pilih akal yang rasional. :)

Lynn Dayana said...

Salam Leeya,
Sama? Huhu...nampaknya kena tengok sape kuar dulu! Klu sama sah, akan direject editor!
Mhmmm...ya, alangkah bagusnya klu kita dapat memilih dan kekal dengan pilihan yang dipilih.
Imanina saya pilih selepas mencari nama dlm buku nama anak2 Islam tu. And I love it... Hehe...