Sunday, March 29, 2009

SMS, YM & Emel

Sms…. Teknologi yang boleh buat kita manusia biasa menjadi luar biasa tanpa dipinta! Waktu jiwa saya kelam dan dia memberikan sms yang memberikan inspirasi, mata yang layu pun menjadi segar dengan keriangan yang dibawanya. Perjalanan yang jauh menjadi tidak terasa kepenatannya.

Lynn: Sy nak ke penang ni. Hujan lebat, tapi kena kuar jugak. Doakan selamat ya.
X: Jaga diri baik2 k, baca doa bnyk2 dgn zikir nabi Yunus.
Lynn: Lagi?
X: Muah2…huhu!

Sms juga jadi penghubung apabila saya tidak mampu berkata-kata tetapi mahu meluahkan rasa. Dengan bersms, saya menjadi lebih confident dan tidak malu mahu bercerita.

Lynn: I hate myself for feeling like this.
Y: Please remember, that u r not a Superwomen… Don’t beat urself.

Selain sms, ym juga menjadi medan kita berhubung sesama manusia. Yang penting ada kemudahan internet dan yang jauh menjadi sangat rapat di hati.

Lynn: Klu awak ada dekat dgn saya, sah kena cubit!
Z: Saya lari…
Lynn: Haha…lari menjauh ke…atau lari mendekat?
Z : Emmm...awak suka yang mana ?

Ah, saya yang terdiam akhirnya. Pandai-pandai lagi nak flirting! Sendiri pulak yang kehilangan perbendaharaan kata!

Pernah sekali, saya berperang. Kerana perang dingin, panggilan dia saya tidak pedulikan. Sms dia saya baca dan padam... Setiap kali telefon berbunyi...saya rasa nak menangis! Sekali dua berbunyi, saya boleh tahan lagi tetapi kalau sampai 8 kali berbunyi2.... Aduh... tapi saya yang keras hati terus juga berdiam.
Esok pagi bila masuk office, buka emel..... uwa banjir jadinya setelah membaca emelnya. Bila dia bersungguh sebegitu....saya jadi hilang arah haluan!

6 comments:

Mersik said...

Hik hik..

Kim salam kat dia ya. Ada masa bley aa ngeteh2..

hik hik

Lynn Dayana said...

dia tu sape? haha... mgkin hnya bygn silam...

LK said...

hahaha selamat berbahagia...aku bahagia jika kau bahagia...

Lynn Dayana said...

Maknanya...kau sengsara bila aku sengsara ke laila? hehe....
Bahagia sangat subjektif!

Unknown said...

wahh,
kak lynn.
sape dia tuh??
sampai banjir membaca email dia.
heehe :D
juz kidding kak..

lama tak masuk sini,
terbaca lak entry akk yang nie..
komen je la,, :)

semoga epy2 sokmo deh..

Lynn Dayana said...

Salam cik yuyu...
Dia adalah manusia yg selalu merosakkan usus, menghancurkan jantung dan menyakitkan buah pinggang...Hahaha
Dia juga yang buat saya ketawa senang, tersenyum riang dan merasakan dunia ini indah untuk didiami.
Tapi....mhmmm....