Naluri. Apabila ada sesuatu yang berlaku dan dia cuba berahsia, tidak berapa lama kemudian saya akan tahu juga. Ketika merasakan perasaan itu, saya akan bertanya, ada apa2 yang dia mahu memberitahu saya? Jawapannya pasti tiada.
Entah kenapa, dia lebih selesa menafikan segala-galanya. Namun akhirnya meminta maaf pula. Tingkah atau ungkapan meminta maafnya saya rasakan tiada makna. Mengapa tidak mahu jujur sahaja?
" Kehilangan" is not something that you want to get thru, it's hurt. No words can comfort you except reminding urself that Allah is Great, He knows what is the best for us.
Waktu-waktu begini, saya merasakan jam lewat benar berdetik, masa lambat benar berlalu dan jiwa raga yang terluka buat saya merayu ihsanNYA.
Buat 'dia' yang tidak menghargai saya, saya doakan yang baik2 saja. Namun di mata saya, seorang dia bukan lagi tinggi darjah kehormatannya. Di hati saya, moga Allah meluputkan dia dari terus diingati. Di minda saya, moga terus kuat melangkah laluan hidup yang terasa sangat sunyi.
Ini entry terakhir tentang dia. Terima kasih untuk segalanya.
2 comments:
salam kak lynn dayana..
kenapa ni..?akak ok ker?
sabar ya kak..ada hikmah semua ni..
Ain tetap sokong akak..
jgn sedih2 tau..
kalo akak sedih ain lg sedih..
Lynn sayang,
Bila menangis, jangan lupa untuk ketawa, nanti habis kerepot muka.
Bila ketawa, jangan lupa untuk menangis, nanti orang kata gila pula.
Bila terluka jangan lupa merawatnya, nanti makin parah pula jadinya.
Bila jatuh, jangan lupa bangun,nanti dipijak dan diketawakan orang pula.
Suka, duka, gembira, air mata, jatuh, bangun, adalah rencah untuk menjadikan hidup kita lebih bererti dan mengerti.
Satu pergi tapi masih ramai yang menyayangi!
Semoga tabah!
Sayang sokmo,
LilySuriani
Post a Comment