Thursday, April 16, 2009

Hari mendung kelabu....

Saya pelajari sesuatu tentang diri sendiri malam tadi. Saya ni sebenarnya walau dalam keadaan yg sangat2 marah pun tetapi apabila berpeluang untuk meluahkannya, saya berdiam. Saya akhiri perbualan itu dan saya hantar sms. Saya katakan, I dont know how to talk to you anymore.
Ya. Saya sudah tidak tahu bagaimana mahu berbincang lagi dengan dia. Mungkin kerana saya merasakan apa juga yang saya katakan sudah tidak bermakna. Segala perasaan walaupun masih ada kini terasa samar2 sahaja.
Saya juga rupa2nya walaupun setelah apa yang berlaku, masih lagi menjaga kata-kata saya agar janganlah sampai terlalu kurang sopan. Saya memang begitu. Saya tidak pandai mahu memaki atau memanggil dia dengan panggilan yang tidak manis. Walaupun pada teman rapat...saya ada mengatakan...mood saya hari ini adalah...mood everybody can go to hell! Astaghfirullahalazim! Maksud saya adalah saya tidak mahu peduli dengan orang lain.

Kenapa saya bercerita di sini ya? Supaya hendaknya janganlah menjadi seperti saya. Jangan sayang orang sampai tak sayang diri sendiri. Jangan terlalu percaya pada kata-kata manis...adakalanya ia setakat copy n paste aje dr penerima 1 dgn penerima 2. Ungkapan meminta maaf banyak kali sudah dia tuturkan. Saya masih lagi belum mahu memaafkan. Not at this moment... Kejamkah saya? Dosa ini biar saya tanggung buat seketika. Memaafkan tentunya lebih baik...ya saya tahu...but not at this moment!

6 comments:

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Hai Lynn,

Take care okey.

Eka Fahara said...

Hai Lynn,
Love you. take care........

Azie Amien said...

"Jangan sayang orang sampai tak sayang diri sendiri"

Hmm, saya suka peringatan ini...

Lynn Dayana said...

Salam buat Leeya Myra, Kak Eka n Azie, Saya ok. Part of our life kan bila sakit dilukai ni. Ianya akan berlalu juga nanti.

Cikgu Nort said...

ermmm...sabaq ye kak.. pdulikan je pe org nak kata.... kak tau kan apa dlm ati kak tuh

Ain Aishah said...

sabar ya kak..kuatkan semangat akak tu. ain tahu akak kuat dengan semua ni..jadikan semua ni penguat utk akak berjaya dan maju ke hadapan...DIA tahu akak kuat melawan semua ni sebab itu lah DIA uji hambaNya..