Sunday, July 12, 2009

Cinta Zaris vs Amirul 2

“Zaris! Zaris!”
Suara nyaring emak membuatkan dia mengusap tangannya yang terasa perit terhentak bucu meja. Bermimpi rupanya dia! Aduh! Amirul Ferhad, kenapa dalam alam mimpi pun payah benar mahu dimiliki. Zais duduk termenung di atas lantai. Sepatutnya, mungkin bukan sepatutnya tetapi semestinya Amirul Ferhad adalah cinta hatinya yang agung ketika di alam mimpi! Zaris membuat andaian tersendiri. Mana boleh dalam mimpi pun tak dapat! Zaris memarahi dirinya sendiri.
“Zaris Sofea!” Emak memanggil nama penuhnya pula.
“Ya mak!” Dia menyahut sambil berkejaran keluar dari bilik. Dia takut, jeritan emak yang seterusnya akan singgah di telinga rumah jirannya. Malu nanti. Jatuh pula saham yang sememangnya rendah!
“Kamu buat apa kat dalam bilik tu?” tanya emak dengan mata yang bulat.
“Mengait mak!” laju saja jawapan Zaris.
“Sejak bila kamu pandai mengait?” emak bertanya lagi.
Soalan emak hanya dijawab dengan sengihan oleh Zaris yang tersilap skrip anak wayangnya.
“Ni lauk asam pedas ni. Pergi hantar rumah Mak Jah. Amirul kata teringin nak makan.” Emak mengunjukkan mangkuk berisi lauk yang sudah dimasukkan dalam beg plastik.
“Asam pedas? Amirul?” Zaris memandang wajah emak dengan senyuman yang manis.
“Ha, yalah! Habis dah air liur mak bercakap, kamu tak dengar lagi?”
“Jap mak, nak sikat rambut!” Zaris sudah berlari menuju ke bilik. Berdiri di depan cermin lalu lari ke bilik air dan membasuh mukanya. Tuala yang disidai ditarik dan wajahnya dilap dengan penuh berhati-hati. Sedikit bedak disapukan ke mukanya. Lip gloss berwarna merah jambu hadiah dari kak ngah dioleskan sedikit. Bukan hadiah sebenarnya kerana dia meminjam dan kemudiannya menganggap lip gloss itu sudah disedekahkan kepadanya.
Zaris merenung wajahnya di cermin. Comel! Sepit rambut berwarna merah jambu juga disepitkan di rambut. Memang comel dan menawan!
“Zaris Sofea!”
Aduh! Emak sudah mula menjerit lagi nama penuhnya. Dia segera menukar seluar pendek yang dipakainya dengan seluar jeans yang baru dibeli minggu lepas. Biar nampak up-to-date dan ranggi.
“Ok mak! Dah siap. Zaris gi dulu!” laju dia menuruni anak tangga.
“Zaris Sofea! Lauknya ni?”
Zaris tersengih-sengih menaiki semula anak tangga. Emak pula hanya menggelengkan kepala. Anak bongsunya ini memang kuat berangan.

6 comments:

yAsMiN BaTrIsYiA said...

salam..

hye lynn.. ni bukan nak komen pasal cinta zaris vs amirul.. tapi nak tanye ckit.. kampung lynn memang kat BP ke? spesifik lagi, kat Kg Kenangan Dato' Onn 2 tu..? Kg kita kat Kg Kenangan Dato' Onn ( kat bangunan Tbg Haji tu..)Dato' Onn 2 kat mane ekk.. kat depan k4 tu ke..?

Eka Fahara said...

hehehehehe suka sikap cempera Zaris! sambung...sambung sampai tamat cite ni.

Lynn Dayana said...

Salam Yasmin,
Ya rumah sy depan k4. depan parkson...

Lynn Dayana said...

Salam Kak Eka,
haha...saja syok2 kak...

momo said...

plot cerita novel ni not bad juga 4 someone yg baru nak berjinak-jinak baca novel melayu cam sy nih,hehe..akak, continue la cter ni..dah xsaba nih

Lynn Dayana said...

Salam Momo,
Alamak... citer ni hanya ditulis biler stress melanda. Insyaallah akan ditulis dan disambung mengikut mood semasa!