Monday, January 4, 2010

Tentang saya....pada 4 Januari,2010.

Saya masih di Batu Pahat lagi. Menghabiskan cuti tahunan tahun lepas yang masih berbaki 5 hari lagi. Sabtu depan baru saya akan pulang kepada hiruk pikuk Kuala Lumpur. Dan kekalutan hidup akan bermula semula kerana saya perlu mencari tempat dialisis yang baru dan kena memandu sendiri. Sebulan di kampung, saya ke sana sini di bawa oleh abang, kakak, abang ipar, anak saudara dan juga teman-teman. Mak tak izinkan saya memandu. Satria saya ada tidak bergerak. Selama sebulan baru dua kali saya memandu sendiri. Itupun ke kedai runcit yang tidak sampai sekilometer dari rumah. Itupun kerana terdesak perlu membeli barang. Kalau tidak, emak memang tidak membenarkan.
Sepanjang sebulan di Batu Pahat juga, masa yang ada saya gunakan untuk menulis. Novel ke 4 sudah siap dan sehari selepas novel ke4 siap saya memulakan novel yang ke 5. JCC. Ya dan tepat pukul 12 malam tadi, JCC saya sudah mencecah 127 mukasurat. Saya pulun menulis mengikut gerak hati. Saya mahu kalau tiada aral, menjelang hujung minggu ini saya mesti mencecah 200 mukasurat. Biar tinggal separuh lagi yang perlu saya siapkan.
Ada yang bertanya CET dan JCC akronim untuk apa. Sabar ya. Selagi tidak tercetak covernya, saya tidak boleh memberitahu apa tajuknya kerana novel saya masih lagi di dalam penilaian. C tentunya adalah Cinta. Haha….sesuatu yang sinonim di dalam tajuk karya saya.
Doakan saya supaya mampu terus menulis. Melalui tulisan, saya berkongsi kekuatan. Kata Hezzy, saya cemerlang kerana menulis dengan laju. Haha…Hezzy, aku dikejar masa yang tidak tahu berapa lama yang masih ada. Kata Kak Eka, she wish that she could be like me….Haha, jangan kak. Nanti hidup akak berendam airmata. Untuk Dhiya, the challenge is on! Jum….lawan! Laila…..seperti yang aku katakan hari itu, jika kau tak mampu membayangkannya….percayalah, aku sendiri tidak mampu membayangkannya. Takdir Allah….

9 comments:

I-sya said...

lin, bersalahnyer x tahu pasal ko. ...bkn xtau tp lmbt tau.

lin... sungguh berita ni buat aku menangis. walau x kenal rapat, setidak2nya aku pernah duduk sebelah kau, dengar kau membebel, ketawa...

Ujian sgt pahit untuk dilalui tp manis utk dikenang. Jalani dengan redha yer lin.

kaknOOr said...

Semoga lyn tabah doa akak semoga lyn sentiasa dalam lindungah ALLAH SWAT...

Maryam Kamal said...

kak lynn,
Allah bersama dgn org yg sabar.

Kak lynn xgtaw pun kak lynn sakit apa.
cuma kak lynn cakap kak lynn sakit.

ni sampai nak dialisis segala..
maknanya agak teruk jugak.
:(

be tough, k! (",)

Go Lynn Dayana, go! ;)

RinnTis said...

Live strong
be strong.

u wrote me once using those words.
tercetak kekal di ingatan. All the best with CET and JCC ;)



Jentayu

Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya

Di sayap taufan kau jelajahi
Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan

Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku

Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua

Pinjamkanlah syahdumu

Sufi Idany said...

be strong lynn.... teruskan langkah walau apapun yang berlaku.... take care.

Sufi Idany said...

be strong lynn.... teruskan langkah walau apapun yang berlaku.... take care.

Dyea said...

lynn,
be tough,
it's not easy,
but trust me, u you can do better :)

i'll pray for u.
ameen

haiza najwa said...
This comment has been removed by the author.
haiza najwa said...

Maaf I terdelete comment I sendiri. Sedeh dengar tentang penyakit you Lynn. Moga ALLAH swt yang Maha Pengasihani mengaugerahkan kesembuhan pada you. Dan moga DIA yg Maha Kaya mengilhamkan inspirasi yg lebih indah buat you dari yg seblom ini. Doa ikhlas dari kak Haiza. Salamz
[Sorry again 4 deleting own comment and whilst,messing ur page.]