Monday, February 22, 2010

Peringatan Untuk Diri Sendiri...


The pursuit of happiness is the chase of a lifetime! It is never too late to become what you might have been.
Life is too short to wake up with regrets. So love the people who treat you right.. Forget about the one's who don't. Believe everything happens for a reason. If you get a second chance, grab it with both hands. If it changes your life, let it. Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it.

Thursday, February 18, 2010

Cerita tentang tangan saya....



Salam...

Saya merasakan sukarnya mahu melakukan banyak perkara apabila tangan kiri saya bengkak. Urat darah saya kecil, jadi semasa mahu menggunakan fistula...tangan saya bengkak dan kini lebam. Sakitnya? Aduhai. Sakit fizikal + sakit emosi = sabar ajelah.
Menaip pun guna sebelah tangan. Yang paling mencabar adalah memandu guna sebelah tangan. Mak aii...mujur kereta satria saya auto. Itu pun saya dah menangis sepanjang perjalanan balik ke rumah Isnin lepas. Kereta Satria kan rendah so bila nak swipe Touch n go alamak susahnya...sebab tangan kiri tak boleh pegang stereng. Kerana itulah...dalam cuaca yang panas...kereta saya dibanjiri airmata. Mengucap, mengucap juga. Beristighfar, beristighfar juga dan langkah seterusnya adalah...menangis, menangis juga! Haha....

Pesan saya adalah : JAGA diri baik2, jangan jadi macam saya. Bila dah sakit...kesukarannya sangat terasa walaupun kita menganggapnya sebagai ujian dari ALLAH. Jaga pemakanan, jaga kesihatan...

Sunday, February 14, 2010

Cerita Saya Pada 14 Februari...

1431 Hijrah, 2010...Tahun Harimau....mana ngaumannya? Saya rasa sunyi sungguh. Ya, KL sewaktu musim perayaan memang sunyi sepi. Senang saja mencari parking. Ke Jusco pun semalam tak payah bersesak-sesak. Mungkin sebab saya keluar pada pukul 10.30 pagi kot! Hehe...
Aturcara hidup saya bangun saja tidur semalam pada 14 Feb adalah : basuh baju, buat air teh, mkn ubat, mandi, bersiap mahu keluar ke Jusco, beli barang keperluan...lunch, balik dengan barang penuh satu troli. Dah 2 minggu tak beli groceries and toiletries. Sampai rumah pukul 12.30, kemas semua barangan, jemur baju, sapu sampah...Jam 1.20 tengahari saya tengok movie Pizza My Heart, then solat. Tidur sekejap. Solat n memasak. Kobis masak lemak, sambal tumis ikan bilis, ikan caru bakar... ibu jari kena kuali panas. Ouch...sakit. Potong steam masa makan. Mujur ibu jari kiri. Pastu saya kebosanan. TV boring. Buka laptop. YM kejap dengan Maryam. Menulis 2 page JCC. Bosan. Tengah menulis dengar dentam dentum mercun. Keluar ke balkoni....mhmmm...cantiknya. Makan ubat. Solat. Baca buku La Tahzhan sampai bab 10. Sebelas malam saya tidur...
Yang tak bestnya, kul 3.30 saya tersedar dan mata membuntang segar! Sepanjang hari semalam saya tidak 'bercakap' dengan sesiapa. Bersms saja... Suara saya ada atau tidak nya? Haha...Saya berdeham, periksa peti suara berfungsi atau tidak. Saya beristighfar sendiri.....

Thursday, February 11, 2010

Cerita tentang Saya Yang Marah!

Salam,

Saya tidak suka membaca suratkhabar kerana berita di dalamnya lebih banyak yang menyedihkan dari yang menggembirakan. Sana-sini berita yg dibawa hanya menambah sakit di dalam hati. Ada 2 perkara yg buat saya geram dan marah:
1. Kes buang bayi perempuan di Melaka tu.
Kasihannya baby yg comel tu merah2 mayatnya digigit semut. Saya teringat burung tekukur jawa emak yg menurut abang saya, emak kebumikan. Emak tangisi kematiannya. Ini bayi yang sebegitu comel boleh dicampak begitu saja? Mana ya perginya belas kasihan ibu dan bapanya? Kejam sungguh. Tergamak seorang ibu memperlakukan sebegitu kepada bayi yang 9 bulan dikandungnya. Tiada langsung rasa kasih?
Semasa saya diberitahu saya sakit buah pinggang, doktor kedua saya semasa di BP memberitahu, saya tidak akan ada peluang utk memiliki zuriat. Jika saya berkahwin, peluang mahu mengandung sangat tipis. Terdiam saya apabila mendengar kata-kata doktor itu. Ya, realiti itu sangat pahit untuk ditelan. Jadi saya faham jika orang memilih untuk menjauhkan diri dari saya. Saya terima. Namun melihat bayi yang comel dibuang begitu saja....mhmm...benarlah kata orang, kita selalu tidak menghargai apa yang kita miliki.

2. Kes askar batalkan majlis perkahwinan di Batu Pahat dengan sms
Sekali lagi saya merasakan, di dalam zaman moden yg akhir zaman ini....manusia semakin hilang belas ehsannya. Ya, saya tidak tahu apakah masalah yang bergolak antara mereka tetapi dapatkah anda menbayangkan lagi 2 hari majlis dan anda mendapat sms? Ya ALLAH, hancur hati saya mengenangkan semua persiapan yang sudah dibuat. Ya, ini semua berkenaan dengan jodoh. Tapi ....sedihkan? Mahu saya menangis siang dan malam!

Inilah sebab mengapa saya marah. Mungkinkah ada pengaruh Tahun Rimau! hehe.... a long weekend akan datang. Esok saya akan ke Ng 9. Anak saudara saya akan menikah malam ini dan majlisnya pada hari Sabtu nanti. Pasti rimas menjadi perhatian orang dan menjawab soalan2 yang skima dan tidak skima. Perancangan saya adalah SENYUM saja. Kalau saya malas mahu menjawab, saya akan SENYUM saja. Sedekah...itu misi saya Sabtu nanti! Harap dimakbulkan!

Tuesday, February 9, 2010

Cerita tentang Emak...

Salam,

Pagi tadi ketika baru saja menghidupkan enjin, telefon saya berbunyi. Emak yang menelefon. Selepas memberikan salam, emak bertanya saya di mana. Saya katakan saya mahu ke ofis. Tiba-tiba terdengar suara emak menangis teresak-esak. Panik saya jadinya. Cepat-cepat saya menekan brek. Tidak jadi mahu memandu.
Emak pun mengadu. Rupa-rupanya burung tekukur jawa emak sebanyak 3 ekor mati dihurung semut api malam tadi. Kata emak, dia terdengar suara burung-burung itu menjerit tetapi malam sudah lewat dan emak pula tidak berani mahu keluar dari rumah. Kasihan burung-burung yang sudah lama menjadi teman emak berbual. Setiap hari, jika di kampung...burung-burung ini selalu berbunyi merdu tidak kira masa dan ketika. Sudah terbiasa mendengar mereka menyanyi.
Saya menenangkan emak. Suara emak yang menahan tangis....aduhai, saya pun turut sama sedih! Itu baru burung! Mhmm.... sebenarnya burung-burung ini adalah kegemaran arwah abah. Sama juga dengan akuarium besar di depan rumah yang didiami ikan-ikan yang pelbagai jenis. Keduanya hobi arwah abah...yang emak teruskan kerana kenangan barangkali. Jadi apabila burung-burung itu mati...emak menjadi sedih.
Kehilangan...mahupun sekadar burung tekukur jawa bukanlah sesuatu yang mudah diterimakan?

Thursday, February 4, 2010

Cerita kelakar...tentang saya!


Salam..

Semalam saya kalut sungguh. Kelmarin hari Rabu, saya ke JB. Pergi pagi dan malamnya kembali semula ke KL. Aduhai...badan saya sengal-sengal jadinya. Dan menambah seksa...huhu kereta kawan saya tu...air cond rosak! Keretanya panas. Sauna! Saya sudahlah sehari hanya boleh minum 750ml air sahaja semenjak saya sakit ni! Maka...oven dunia jadinya.
Then pagi Khamis, dialisis seawal 7 pagi. Meredah jem. Kali ini saya tidak menaip novel sebab mengantuk. Habis dialisis pada pukul 12.30, saya memandu dalam keadaan pening mahu ke office pula. Haha! Kalau orang tanya, boleh ke memandu? Saya jawab, kalau orang lain tidak mahu dilanggar Satria saya...eloklah mereka ke tepi! Haha! S.Alam kan terkenal dengan round about yang besar-besar tu! Pening saya jadinya!
Sampai office pukul 1.30 tengahari. Makan dan pening bersambung sampai ke petang...
Balik petang, hujanlah pulak! So, seperti biasa...jem! Balik dengan rasa yg sangat lapar. Sampai di rumah, berkejar menunaikan asar! Itulah....patut solat di pejabat dulu! Selepas siap, saya memasak nasi menggunakan microwave. Entah apa bengongnya, nasi saya keras. Saya tambah air tapi nasi tu dah x mahu kembang dah! Haha! So saya kena masak lagi nasi! Then dah siap, saya pun amik ikan yg saya bakar bersama sayur kacang botol yang saya masak kari, sebab nak sedikit kuahkan. Tengok2 ikan yg saya bakar tu...bahagian tengah tak masak. Aduhai....saya bangun n bakar balik ikan! Uwa....masa tu jam dah 8.30 malam!
Kesimpulannya, dua tiga hari ni memang saya kelam kabut! Kelakar betul! Macam2 serba serbi tak kena! Ada wayar yang putus agaknya di minda saya? Haha...

Namun dalam kekalutan ini, saya terus tersenyum...apabila editor memberitahu CET sedang dalam proses mahu membuat cover. Saya tiada anak tapi ada baby! Hehe...baby yang ke4 saya hampir mahu 'dilahirkan' ke alam nyata. Seronoknya. Pada masa yang sama, novel ke5 saya sudah siap separuh. Jadi saya rasa seronok membuat apa yang boleh saya buat! Perkara yang saya tidak boleh buat...atau bukan berada di dalam kawalan saya...ketepikan saja kan? Saya mahu belajar menghargai apa yang saya ada, bukan asyik bermimpi apa yang saya tidak miliki! Yang saya miliki...bakat menulis, yang mungkin hanya kecil...hanya picisan tetapi saya bersyukur dengan anugerah-NYA!

Sehingga entry seterusnya....semoga ALLAH merahmati kita semua!

" GOOD THINGS HAPPEN WHEN YOU GO FOR IT!"

Monday, February 1, 2010

Cerita awal February


Salam...

Saya tidak mahu bercerita tentang yang sedih-sedih lagi....tetapi apa cerita yang menggembirakan ya mahu dikongsi bersama? Mhmm.... 13 Feb ini, seorang lagi anak saudara saya akan melangsungkan perkahwinan. Malasnya nak pergi. Ops... jangan masuk ke wilayah kesedihan itu! Haha...no entry.
Hari ini semasa memandu ke pejabat, saya mengingatkan diri... I am strong, I am strong, I am strong. Pada waktu itu....Satria saya terasa macam bawa kereta kebal saja! Hehe...
Semalam semasa dialisis, saya menulis. JCC saya sudah di page 180. Dah separuh! Huhu! Jangan buang masa. Bersedih boleh tapi jangan sampai hanyut tenggelam. Bercinta? Lupakan saja. Kalau ada dengan tiada, sama saja situasinya...renung-renungkanlah! Januari berlalu pergi. Dah 2 bulan saya sakit. Apa yang saya dapat selama 2 bulan ini? Banyak...Mengajar saya erti bersabar. Mengajar saya siapa kawan, siapa lawan... Novel ke4 saya siap. Tajuk pun dah confirm. Ada rezeki keluarlah bulan Rabiul Akhir ataupun Jamadil Awal. Bila tu? Haha...gi tengok kalendar Islam.
Saya mencuba untuk menjadi lebih bersemangat. Berdoa agar diberikan kekuatan. Jika ini kehidupan yang ada...saya kena laluinya dengan berusaha sebaik mungkin. Yang tidak menghargai saya...tidak mengapa. It's okay.
'ALWAYS ASK YOURSELF TO BE BETTER'