Thursday, February 11, 2010

Cerita tentang Saya Yang Marah!

Salam,

Saya tidak suka membaca suratkhabar kerana berita di dalamnya lebih banyak yang menyedihkan dari yang menggembirakan. Sana-sini berita yg dibawa hanya menambah sakit di dalam hati. Ada 2 perkara yg buat saya geram dan marah:
1. Kes buang bayi perempuan di Melaka tu.
Kasihannya baby yg comel tu merah2 mayatnya digigit semut. Saya teringat burung tekukur jawa emak yg menurut abang saya, emak kebumikan. Emak tangisi kematiannya. Ini bayi yang sebegitu comel boleh dicampak begitu saja? Mana ya perginya belas kasihan ibu dan bapanya? Kejam sungguh. Tergamak seorang ibu memperlakukan sebegitu kepada bayi yang 9 bulan dikandungnya. Tiada langsung rasa kasih?
Semasa saya diberitahu saya sakit buah pinggang, doktor kedua saya semasa di BP memberitahu, saya tidak akan ada peluang utk memiliki zuriat. Jika saya berkahwin, peluang mahu mengandung sangat tipis. Terdiam saya apabila mendengar kata-kata doktor itu. Ya, realiti itu sangat pahit untuk ditelan. Jadi saya faham jika orang memilih untuk menjauhkan diri dari saya. Saya terima. Namun melihat bayi yang comel dibuang begitu saja....mhmm...benarlah kata orang, kita selalu tidak menghargai apa yang kita miliki.

2. Kes askar batalkan majlis perkahwinan di Batu Pahat dengan sms
Sekali lagi saya merasakan, di dalam zaman moden yg akhir zaman ini....manusia semakin hilang belas ehsannya. Ya, saya tidak tahu apakah masalah yang bergolak antara mereka tetapi dapatkah anda menbayangkan lagi 2 hari majlis dan anda mendapat sms? Ya ALLAH, hancur hati saya mengenangkan semua persiapan yang sudah dibuat. Ya, ini semua berkenaan dengan jodoh. Tapi ....sedihkan? Mahu saya menangis siang dan malam!

Inilah sebab mengapa saya marah. Mungkinkah ada pengaruh Tahun Rimau! hehe.... a long weekend akan datang. Esok saya akan ke Ng 9. Anak saudara saya akan menikah malam ini dan majlisnya pada hari Sabtu nanti. Pasti rimas menjadi perhatian orang dan menjawab soalan2 yang skima dan tidak skima. Perancangan saya adalah SENYUM saja. Kalau saya malas mahu menjawab, saya akan SENYUM saja. Sedekah...itu misi saya Sabtu nanti! Harap dimakbulkan!

7 comments:

ijad said...

cantik blog...

Maryam Kamal said...

senyumlah dari hati..
duniamu kan berseri..
:)

chill, kak lynn.
:)

Lynn Dayana said...

Salam Maryam...

Chill tu air cincau kan? haha

Sapidin Amran said...

SENYUM. Itulah amalan paling mudah. Dan seluruh manusia seluruh dunia FAHAM. :)

rentan said...

:)

UstazCahaya said...

Salam Lynn..

Teringat kata-kata Dr Harlina dalam perbualan telefon dengan MHI hari Khamis tu. Dr Harlina kata;

"Dari awal lagi si ibu itu tidak mempunyai rasa kasih sayang kepada bayi yang dikandungkan dan dilahirkannya.

Tapi percayalah, ibu yang membuang bayi itu akan dihantui oleh perbuatannya itu. Saya sebagai seorang ibu, tidak dapat membayangkan bagaimana ibu yang telah membuang anak itu akan melalui kehidupannya. Pasti dia akan dihantui oleh perbuatan kejamnya itu."

Tapi, ada juga saya jumpa beberapa orang gadis yang terlanjur, memelihara dengan baik anak mereka. Gantinya, Allah beri mereka suami yang baik juga.

Mungkin ini kerana mereka sanggup menanggung kesalahan diri. Maka Allah pandang kesanggupan mereka itu.

Maryam Kamal said...

kak lynnnnnnn..
iyakah???
sy baca dlm novel on9 Balqis Amani,
chill tu bukan maknanya, tenang, relax a.k.a cool??

erkkkkk..