Monday, February 1, 2010
Cerita awal February
Salam...
Saya tidak mahu bercerita tentang yang sedih-sedih lagi....tetapi apa cerita yang menggembirakan ya mahu dikongsi bersama? Mhmm.... 13 Feb ini, seorang lagi anak saudara saya akan melangsungkan perkahwinan. Malasnya nak pergi. Ops... jangan masuk ke wilayah kesedihan itu! Haha...no entry.
Hari ini semasa memandu ke pejabat, saya mengingatkan diri... I am strong, I am strong, I am strong. Pada waktu itu....Satria saya terasa macam bawa kereta kebal saja! Hehe...
Semalam semasa dialisis, saya menulis. JCC saya sudah di page 180. Dah separuh! Huhu! Jangan buang masa. Bersedih boleh tapi jangan sampai hanyut tenggelam. Bercinta? Lupakan saja. Kalau ada dengan tiada, sama saja situasinya...renung-renungkanlah! Januari berlalu pergi. Dah 2 bulan saya sakit. Apa yang saya dapat selama 2 bulan ini? Banyak...Mengajar saya erti bersabar. Mengajar saya siapa kawan, siapa lawan... Novel ke4 saya siap. Tajuk pun dah confirm. Ada rezeki keluarlah bulan Rabiul Akhir ataupun Jamadil Awal. Bila tu? Haha...gi tengok kalendar Islam.
Saya mencuba untuk menjadi lebih bersemangat. Berdoa agar diberikan kekuatan. Jika ini kehidupan yang ada...saya kena laluinya dengan berusaha sebaik mungkin. Yang tidak menghargai saya...tidak mengapa. It's okay.
'ALWAYS ASK YOURSELF TO BE BETTER'
6 comments:
kak lynn!
punyalah luas bumi Allah ni..
knp letak gambar kubur??
xde related langsung!
ish3
kak lynn,
kan betul depa dok cakap..
setiap benda berlaku ada hikmahnya..
Lynn Dayana kini lebih penyabar, dah kenal sape kwn sape lwn..
kan kan kan..
kalo xsakit, mana tau semua ni?
er.. rasa ringan x bahu kiri?
mesti banyak dosa2 lampau Allah dah delete ..
untung...;)
kak lynn..
single is simple.
couple is trouble..
kan kan kan?
;)
rilek2 saje..senyum sokmo laa..
awet muda..
:D
Salam Ziarah, Lynn..
Syukur Allah, tahniah;-)
"Islam mengajar kita memperbaiki diri setiap hari. Semalam yang telah berlalu, adalah cermin untuk kita menilai diri, mencari kelebihan dan kekurangan diri.
Hari ini adalah peluang yang dianugerahkan Allah untuk kita gunakan mensyukuri kelebihan diri dan memperbaiki kekurangan diri.
Esok hari yang belum pasti, mengingatkan kita untuk sentiasa bersedia.
Andai hari ini adalah hari terakhir kehidupan kita, sudah sediakah bekal untuk kita melangkah ke alam barzakh pada keesokan hari;
andai esok hari kita masih diberi Allah usia, apakah pula perancangan dan persediaan kita untuk esok.
Begitulah setiap hari, berulang-ulang dalam kehidupan kita, sehingga tiba masanya ajal menjemput kita kembali menghadap Ilahi."
PS: Kita sama pada satu perkara, 'kita sama-sama tidak tahu sampai bilakah usia kita'..
bila tgk kau bersemangat, aku pn rasa semangat jugak. jgn sia2kan hidup ni. sekali je tempoh hidup kita ni. semangat!!
Salam maryam,
Tu gambar pusara abah. Teringatkan dia...so letaklah gmbr pusara abah. I m okay....don't worry ya adik kecik!
Salam Ustaz...
Terima kasih krn sudi memberi nasihat! Saya berusaha sebaik mungkin saja. Meminta dari DIA, kadang-kadang segan jugakan sebab amalan saya tidak sebanyak mana. Tapi saya tidak jemu berdoa kerana saya tahu ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang!
salam rentan...
Ya, semangat ni macam pasaran saham. Hehe... xpe, its okay!
Post a Comment