Kalau mood saya sudah menggila....segala penghalang nampak macam hama aje. Hehe...kerana itu CET boleh dihabiskan walaupun dgn menaip sebelah tangan. TLC pulak sya menangis sambil pegang tisu buat lap airmata. hahaha. Tapi sekarang ni? Huhu....entah ke mana semangat juang saya. Rasa hambar saja. Bila saya teliti, blog ni pun saya biarkan berhabuh, jarang di up date. Awat malas ya? Kerana serangan influenza gila lalalala? Hahaha....
Semalam saya mula menulis semula. Hujan lebat. Jengah dari tingkat 11 ni, mak aiii...kereta bersusun kat jalanraya tu. Macam parking lot aje. Bila hujan, smart tunnel akan jadi x smart. Hehe...akan ditutup. So, jemnya.....aduhai!Maka saya menulis novel ke 6 yang baru mencecah 23 ms. Hehe...Baru CERKON - Cerita Kontot. Haha.
Kenapa saya menceceh ni ya? Ada 2 sebab kalau saya jadi tidak betul macam ni. Pertama, hati saya tidak tenteram maka untuk mengurangkan ketidakwarasan itu saya akan bercakap n buat lawak yang bukan-bukan. Kedua, saya akan menceceh bila saya betul2 bengong n happy. Haha. So, saya di kategori yang mana?
Seikhlasnya....saya berada di wilayah Sentral. Hahaha, tidak mahu ke selatan, tidak mahu ke utara, tidak mahu ke timur. Saya statik di sini nampaknya. Jangan bagi saya gps. Jangan bagi saya lokasi koordinat yang baru. Jangan serahkan pada saya peta. Free Touch n Go pun tak mahu. hahaha.... Saya tiada kekuatan mahu ke mana-mana. If people choose to be so unkind to me....let it be. If people choose to be heartless...it's okay.
Up, up on the way.... Livestrong!
0 comments:
Post a Comment