Salam,
Saya ke Melaka hujung minggu yang lalu. Aduhai, jemnya. Dengan kakak dan 3 anak saudara, petang Sabtu tu kami ke Jonker Street. Ramainya manusia sedangkan jam baru pukul 5 lebih. Menikmati cendol di tepi jalan di depan bangunan merah sambil melihat gerak geri orang yang lalu lalang....macam-macam fesyennya.
Niat di hati nak cari beg, tapi sayang stok tak ada yang cantik. Last2, melayan anak sedara beli getah ikat rambut yang warna warni! Hehe... Then, anak sedara sibuk beli kipas angin yang kecik tu. Makcik ni pun tumpang jugaklah seronok!
Baby, anak sedara paling kecik umur 5 tahun...selamba panggil saya, Lynn Dayana! Kakaknya menyampuk mengatakan...mana boleh panggil macam tu...kena panggil Makcik Lynn Dayana atau sebab mak usu tak kahwin lagi...kita panggil Miss Lynn Dayana. haha...ntah apa2 aje anak sedara saya ni. Merapu aje kerjanya.
Semalam, pagi Ahad, kul sembilan pagi Sue muncul dah mengambil saya. Kami ke Lake Garden. hehe....sarapan pagi kat sana! Saya makan lontong + sambal tumis paru, Sue pulak makan nasi lemak kukus ayam goreng dara! Lepas tu kami ke Taman Rama-Rama! Yang geramnya, rama-rama ni nak hinggap kat kanak-kanak kecil aje. Kat kami tak mau langsung sampailah kami dah nak balik tu, ada sekor hinggap pada Sue, sekor hinggap kat saya! Haa....barulah kami boleh balik! Hehe...
Hajat nak sambung ke taman rusa tapi jalan ke sana di tutup pulak. Geram betul, dah 2 kali ke sana hajat tak kesampaian. Kami sambung ke Sogo dan Jln Tar. Hehe...beli tudung, kebaya pink, langsir..... Puas hati!
Balik rumah dah kul 3 ptg. Sue tolong pasang langsir, saya lak masak ikan tenggiri asam pedas. Hehe.... lepas relax, kul 5.30pm kami makan malam!
Hujung minggu yang terisi dengan aktiviti yang meriangkan! Dari Jumaat sampai semalam, saya berjaya menulis 14 page. Haha, lembab tapi asalkan bergerak....it's okay!
Sampai jumpa lagi... Daa...
0 comments:
Post a Comment