Monday, March 26, 2012

Cinta Untuk Disewa : He...make his first appearance

MAJLIS kenduri itu berjalan dengan sempurna. Ramai saudara mara dan jiran tetangga yang datang. Mendoakan perjalanan ibu bapa Amran ke Tanah Suci Kota Mekah itu selamat di samping ada yang berkirim pesan dan barang.
“Kau dah makan?” tegur Amran. Mereka hanya bersua sebelum majlis dan kini barulah ada peluang untuk bercakap setelah jumlah tetamu semakin susut. Yang tinggal hanya saudara rapat.
“Dah. Dah nak balik pun ni. Aku tunggu Jenny. Dia kata nak bungkus makanan nak bagi Mak Mah.” Anis memberitahu.
“Aah. Jangan lupa bawak untuk Mak Mah. Patut kau ajak Mak Mah datang sekali.” Amran membalas dan mencapai agar-agar yang ada di depannya. Sedap.
“Kan aku dah kata, dia ada kelas agama.”
Anis memanjangkan leher mencari Jenny. Lama betul membungkus lauk. Untuk satu batalion tenterakah?
“Jenny settle kan hal Mariam kot. Tadi aku nampak budak tu menangis tepi sinki.” Amran memberitahu dan mengambil pula karipap. Lapar. Dia yang lapar kerana tidak sempat makan kerana memastikan semua tetamu selesa dan puashati dengan majlis itu.
“Apasal dia menangis?” tanya Anis.
“Sabun habis kot.” Amran menjawab lalu ketawa berdekah-dekah.
Anis mengambil pinggan kosong dan mengetuk tangan Amran. Tidak guna betul. Saja mahu mengenakan dia.
“Kau ni saja tau.”
“Manalah aku tahu. Ada masalah perempuanlah tu. Kalau perempuan, mesti masalah pasal lelaki kan?” Amran beria-ia membuat rumusan.
Bunyi enjin kereta berhenti di hadapan rumah itu menyebabkan Anis dan Amran berhenti berbual. Seorang lelaki yang memakai jaket kulit berwarna hitam dan berbaju-T warna putih keluar dan memberi salam. Amran membalas. Susuk tubuh lelaki itu tinggi dan wajahnya kelihatan serius.
“Mariam ada?” tanya lelaki itu.
“Nak cari Mariam? Sekejap ya.” Amran berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Anis berdiri memerhatikan lelaki itu yang mengerling jamnya beberapa kali. Jelas menunjukkan dia sudah bosan atau mungkin juga mengejar masa. Menyedari dirinya diperhatikan, lelaki itu menoleh ke arah Anis. Mata mereka bersabung. Entah mengapa, Anis tidak menundukkan wajah. Dia terus memerhati.
Lelaki itu mendekati Anis.
“Kamal?”
Anis menoleh dan melihat Mariam berpegangan tangan dengan Jenny menghampiri mereka. Wajah Mariam jelas keruh dan bermasalah. Tidak suka dengan kehadiran lelaki itu barangkali. Anis membuat tekaan.
“I kan kata I boleh balik sendiri.” Mariam bersuara dengan nada yang tidak senang.
Anis menoleh. Mahu melihat riak wajah lelaki yang dipanggil Kamal itu dan dia terkejut. Lelaki itu masih memandang tepat ke wajahnya? Anis mula terasa bahang menyerbu ke muka. Ada kotorankah di mukanya. Mengapa tidak memandang kepada Mariam?
“Your mum asked me to pick you.” Suara itu kedengarannya seperti sangat malas namun setiap patah perkataan diksinya jelas dan tersusun. Penuh karisma. Anis terus berdiri di situ.
“I am not a garbage that need to be pick!” Mariam bersuara tegas.
“Never thought that way but since you have said it...”
“You!” Mariam kehilangan kata-kata.
“Let’s go home. I have other things to do beside watching you throwing tantrum in front of your lovely friends.” Kamal bersuara lalu membukakan pintu kereta.
Sekali lagi wajah Anis terasa panas. Mata Kamal bersabung dengan matanya ketika perkataan ‘lovely’ itu disebut. Adakah dia berkhayal? Mabukkah jika hanya minum oren kordial sebentar tadi?
“Aku balik dulu.” Mariam memeluk Jenny.
“Selamat ke ni?” tanya Jenny.
Mariam tidak menjawab namun menghentak kaki menuju ke arah pintu yang sudah dibuka untuknya. Mereka bertiga terus menonton drama yang masih belum habis nampaknya.
“Tak payahlah hentak kaki tu. Bumi tak pernah bersalah. Assalamualaikum.” Kamal mengangkat tangan ke arah mereka bertiga. Kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah itu.
“Wow!” Amran tiba-tiba bersuara.
“He is a tyrant.” Jenny mencebik.
“He is amazing.” Anis menambah.
Jenny dan Amran menoleh. Benarkah apa yang mereka dengar?

9 comments:

NamaSayaDiana said...

Lagi Kak Lynn. Abiskan sampai bab yang dah siap tu pun xper. Hehehe....

Lynn Dayana said...

huwaaaa....hehe

Maryam Kamal said...

Kamal... he is amazing? whoa :D
apa hubungan Mariam dengan Kamal? Maryam Kamal? *tiba2 heheh

nak lagiiiiiiiiiiiiii :))))

liana said...

ish..lagi kuat hati saya meronta supaya masa cepat berlalu...hehehe...

leeyana said...

i want more!i want more!!i want more!!!

che oni che din said...

ahh..sweet nyer mamat kamal niey..hahahaha

Lynn Dayana said...

sabar ya.... kuikuikui

aqil said...

Wow....hahah..anis...?? Kamal...? Maryam...? Hihi cant wait for the nxt part...ni da kluar ke ...?klu da nk cari..

aqil said...

Wow....hahah..anis...?? Kamal...? Maryam...? Hihi cant wait for the nxt part...ni da kluar ke ...?klu da nk cari..