Salam,
Kisah 1
Saya semalam tanpa sengaja telah membuat hati seorang teman terusik. Tanpa niat sebenarnya. Namun bila dia memberi sms mengatakan dia kecil hati, aduh saya pula ditimpa perasaan bersalah. Saya balas sms meminta maaf tapi hati saya tetap tidak senang.
Sudahnya, saya telefon juga dia. Risau juga kalau2 dia tidak mahu menerima panggilan. Alhamdulillah, panggilan saya diterima. Dan saya menjadi tersentuh apabila mendapat tahu, kerana kata2 saya, dia mengalirkan airmata. Saya tanya, " la... kenapa nangis?" Dia menjawab sambil ketawa, " entah, tak tahu. Sensitif pulak jadinya." Kami kemudiannya sama2 ketawa.
Moral:
Kadang2 kita rasa, dia kawan kita maka kata2 selamba saja dilafazkan hingga terlupa yang manusia bertindak berbeza-beza mengikut situasi yang menimpanya. Maaf ya kawan! Maaf! Terima kasih kerana sudi memberitahu kesilapan yang tanpa sengaja terjadi!
Kisah 2
Saya tidak sihat beberapa hari ni. Hari Rabu lepas pergi ke klinik. Sementara menunggu giliran diperiksa doktor, saya memberitahu seorang kawan yang saya sakit. Dan saya jadi tersentuh hati, kerana hari tu, 3 kali dia menelefon. Sekadar mengingatkan saya, jangan lupa makan ubat, makan nasi dulu before makan ubat, makan ubat sampai habis dan entah apa2 lagi yang dibebelnya. Saya jawab bebelannya dengan gelak. Terharu kerana keprihatinan dia.
Moral:
Kalau kita buat baik dgn orang, insyaALLAH... dia juga akan buat baik dgn kita. Emm...
2 comments:
sensitif sungguh kawan ko tu lynn...haaha...takpe itu tandanya dia sayang...merajuk pada yg sayang...
huhu laila...silap aku kerana silap menjangka hati dia. hehe
Post a Comment