Tuesday, January 8, 2008

Kisah SMS dan penyu....

Salam,
Kerana marah sms saya tidak dibalas...saya menghantar sms ini:
"Kalau hati ini awan... hujan yang turun pasti akan menjadi banjir"

dan laju pula dia membalas sedangkan sebelum itu sunyi sepi:
" huiyo...dashyatnya! Kalau hati ini petir, jadi apa pulak ya?"

Saya pun laju juga menekan kekunci dan menulis begini,
" Kalau hati ini petir, cahayanya pasti akan menerangi hatimu sepanjang malam."

Lepas tu saya ketawa sendiri. Saya memang suka jika diajak berlawan cakap. Dan jika lawan itu pandai pula membalas, lagilah saya suka. Hahaha....


Lagi satu sikap buruk saya selain suka bersms adalah.... tidak suka menunggu! Aduh... saya memang tidak suka menunggu. Kalau berjanji pukul 3, tolonglah muncul pukul 3. Jika ada halangan, tolong beritahu. Asalkan diberitahu, saya akan masih boleh bersabar. Manager yang mengikuti kelas latihan saya memang arif dengan perangai saya. Selalu saya ingatkan, jangan uji kesabaran saya. Jangan cuba menderhaka! Haha... ini untuk mereka yang kononnya mahu mencuba melawan cakap. Awal2 sy ingatkan, tak payah. Lawan cakap dgn saya, jarang boleh menang!

Ada yg kata sy garang tapi yang hairannya, sy yg garang ini jugalah yg mereka suka ikuti kelasnya. Maklumlah kelas saya, ilmu dgn lawak sama banyaknya. Tak pandai saya nak buat kelas yg serius. Seboleh mungkin, saya akan mencuba utk membuat orang ketawa.
Kenapa ya? Kerana LAUGHTER is the best medicine? Kerana bila org ketawa, sy yg berduka akan jadi gembira. Kerana penyu menangis siapalah yang tahu? Ya... emmmmmm......



2 comments:

LK said...

ko kena cari loyar untuk hatimu... aku tahu bila masanya lidah ko akan jadi kelu...

Lynn Dayana said...

haha... amboi laila, semenjak dada lapang...mcm2 yg kau perhatikan ya? Cikgu tu cikgu jugak....