Sunday, January 20, 2008

Life is for living...

Salam,
Saya selalu cuba berfikiran positif walaupun hati saya berwarna kelabu bila dipukul sendu! Saya bekerja dalam bidang 'training' - maka salah satu tugas saya adalah memberi motivasi supaya ahli pasukan ada inisiatif untuk memajukan diri. Selalu saya katakan, relax! Ambil nafas, kalau hujan pun paling teruk.... banjir. Banjir pun lama kelamaan surut. Dan pada yg sudah berjaya tetapi kemudiannya mengeluh kerana banyak menerima dugaan, saya katakan... siapa yang menjanjikan selepas awak berjaya, jalan yang awak lalui seterusnya ditar dengan emas?
Haha... sesungguhnya, memberi nasihat memang mudah! Bila kita yang mengalaminya? Aduh, berpinar juga mata. Dunia jadi kelam kalibut!
Selasa dan Rabu lepas saya ada teambuilding di Seremban. Aduh, memanjat pokok lagi. Panjat bangunan lagi. Repelling, flying fox... dan alhamdulillah kerana sudah membuat beberapa kali... saya yg sebenarnya takut hehehe... dapat juga melakukannya. Sempat lagi memujuk kawan yg menggeletar kaki. Saya ni senang saja. Dah ada nun tinggi kat atas pokok... nak tak nak kena turun jugak! So, layan ajelah. Naik 5 tingkat bangunan sebelum boleh buat flying fox... alah terbang je, sbb gila apa nak turun memanjat berpuluh2 anak tangga yang melekat rapat di dinding! Huh, tak payah! Terjun saja. haha...
Hak CINTA Terpelihara... saya mencuba menggarap dgn sebaik mungkin, ada yg kata berat... tetapi saya mahu mencari kelainan dan hasrat saya... setiap karya saya ada peningkatan. Lawak jenaka, tidak saya tinggalkan because that is me! Hehe.... Dalam hidup kita jangan jadi penakut,kan? Dalam hidup, kalau tak ada dugaan... mesti tidak menarik,kan? Ya, pesanan untuk semua..... Jadilah insan yang memelihara cinta, hati dan perasaan. Dunia ini sunyi tanpa cinta, maka riuhkanlah dunia dengan memilikinya!

7 comments:

[Fadilah Diyana] said...

"dunia ini sunyi tanpa cinta"wow...sedap ayat akak...fad ske tp fad xjumpa lagi my mr right...so xtau la mcm ne feeling yg sebenar...ehehehe...(gatal jap=P)

kak lynn,kalu fad minta akak jd speaker tuk seminar yg bakal group fad anjurkan pd 15 mac ni bleh tak???xramai...70 org students jer...tp jgnla letak harga tinggi2...kami xmampu...ehehe...hope kak lynn bleh pertimbangkan...=)

[Fadilah Diyana] said...

opps lupa nak bgtau ni bawah subjek personal development...topic- 10 reasons why u never get a job...hope akak pertimbangkan but ni bukan paksaan=)...if akak ada hal lain its ok...just cuba nasib...=D

Lynn Dayana said...

Huhu... InsyaALLAH boleh klu tak ada aral. Tapi akak confirm balik masa awal March boleh? 18& 19 akak ada kursus. Dan kerja akak ni biasalah, kadang2 unexpected jadualnya. Takut janji then x boleh. Fad email akaklah the details. Dimana, length of the talk, the audience...Tapi akak bukan pandai sangat!

[Fadilah Diyana] said...

akak,td kawan fad kata dia dpt seorang wakil dr punb...tp dia kata selagi xdpt black n white lagi selagi tu org tu xconfirm...so pape perubahan fad bgtau akak ye...maaf ye,mcm kelam kabut...tp thanx ya...

Lynn Dayana said...

Tak apa... Klu nak cakap suka2 tentang hal kerja pun takpe. Ada masa, kita jumpa ek...InsyaALLAH

Novelis Aleya Aneesa said...

hai kak lynn... berat atau ringan sesuatu karya itu tergantung kepada penilaian siapa yang membaca. kalau rasa berat, akan jadi beratlah sesebuah karya itu. begitu juga sebaliknya. dan kesimpulannya, lain padang lain belalang... maksudnya, kak lynn tentu tahu kan?

Lynn Dayana said...

Salam, Aleya...
Haha... faham sesangat Aleya. Hope u read my book. Lupakan yg 20 buah x baca lagi tu. Haha... itulah rahsia utk rambut kerinting kekal lama. huhu... in spite of everything, jgn lupa ketawa kan? sbb... Allah lbh tahu apa yg ada dlm hati kita.