Wednesday, May 6, 2009

Hari Ibu

10 May akan menjelang lagi. Hari Ibu. Hari di mana kita meraikan ibu yang kita sayang. Wanita yang bertungkus lumus membesarkan kita. Wanita yang saya panggil emak ini selalu buat saya tersentuh dengan pesanan yang tidak pernah jemu diberikan kepada saya.
Mungkin kerana saya anak paling bongsu...dan yang masih tidak lepas lagi maka emak selalu risau tentang saya. Dan kerana itu juga...saya selalu berahsia. Saya memilih untuk tidak bercerita perkara yang bukan-bukan dengan dia. Takut emak risau tentang saya yang duduk paling jauh dari dia.
Emak saya bukannya muda lagi dan saya tahu entah berapa lama agaknya saya boleh menumpang kasih dengannya. Sempena Hari Ibu ini juga saya terfikir, semua manusia yang lahir ke dunia ini mempunyai ibu. Namun, tidak semua dari kita ini akan menjadi seorang ibu! Mhmmm...

4 comments:

LK said...

salam utk ibumu ek

Lynn Dayana said...

Ya buk Laila!

Mersik said...

Kim salam juga kat ibu awk. Nanti ada masa bley ngeteh2 kat benteng, jen kwan ka.. hik hik

Lynn Dayana said...

Mersik, jen kwan ada lagi ke? Haha. Lama tak dengar nama tu! Dulu makan mee bandung n satay kat situ kan!
Makan mee bandung kat odeon pun best! Hahaha