Thursday, January 28, 2010

Catatan penghujung January...

Salam,

Semalam saya asyik memikirkan sebaris ayat ini.
Things will be better, things will be better, things will be better

ya, saya asyik mengulang ayat yang sama. Semoga kekal dalam ingatan. Semoga terukir kemas di dalam hati! Siapa yang mahu sedih2? Siapa yang mahu asyik menangis? Saya pun mahu ketawa dan gembira tetapi adakalanya tersenyum juga sukar dilakukan. Seikhlasnya, bila orang berpesan jaga diri baik2...maka jawapan saya adalah, "Saya tak terasa mahu menjaga diri lagi...biarkan saja." Namun, saya masih waras. Tidak sampai kepada tahap mahu menamatkan riwayat hidup. Saya masih ingat ALLAH. Masih bersyukur dengan nyawa yang diihsankan kepada saya. Tidak tahu untuk berapa lama. Mungkin ini jumaat yang terakhir. Mungkin jumaat depan...mungkin jumaat satu lagi!

Hari Isnin lepas saya ke HUKM bersama anak saudara yang ikhlas mahu menderma buah pinggangnya kepada saya. Penat dah dia buat test macam2. Travel ke sini lagi... then dapat tahu yang HUKM tak buat transplant antara anak saudara dengan emak saudara. Kenapa tak bagitahu awal2? Aduhai. Saya disuruh mencari dari saudara yang rapat! Sama ada emak (mhmm....of course x boleh, mak x sihat), dari suami (opps....manalah saya ada) atau dari adik beradik (saya anak bongsu so most of them ada penyakit)

Jadi apa pilihan saya yang ada? Jawapan yang jujur ialah apabila mendengar saya hilang segala rasa. Ada anak saudara yang boleh, tetapi tidak diterima! Mahu buat di hospital swasta? Huhu...ratusan ribuan kosnya. Saya hanya diam saja.

Lewat malam, bila sudah balik dan sendirian di sofa.....saya menangis!
So...bukan saya tidak mahu ketawa, tetapi saya ada banyak perkara yang difikirkan. Jika bicara saya berbunyi mendatar...saya sedang bergelut dengan seribu rasa! Soalan2 yang diajukan kadang2 saya tak mampu menjawabnya. Jadi maafkan saya jika saya menjadi seseorang yang berbeza!

10 comments:

I-sya said...

apa pun hakikat dan suratannya... aku tahu kau sangat tabah! insyaallah Lin.. akan ada jalan yang terbaik... insyaallah... percayalah pada kuasaNYA. Insyaallah...


>> aku dpt rasakan keperitan yg kau rasa... :(

Maryam Kamal said...

kak lynnnnnnn..
sulitnya keadaan..
tersepitnya situasi..

Sy xtaw nak kata apa..
berat mata memandang,
berat lagi pundak kak lynn merasa..

Allah takkan uji Kak Lynn kalau Kak Lynn xmampu... DIA tahu, Kak Lynn. DIA pasti tahu!

Sabarlah, Allah bersama dgn org2 yg sabar..

Kami sokong Kak Lynn.. (",)
Jgn rasa lemah..
Walaupun kami tak dapat tolong sembuhkan Kak Lynn,
tapi kami boleh doa bila2 masa, di mana je, supaya ALLAH sembuhkan Kak Lynn..

Kalau Allah nak, sesaat je dia boleh bagi sembuhkan Kak Lynn.
Mungkin Allah nak anugerahkan Kak Lynn pahala xtra..

Sabarlah..
Tabahlah...

Duhai Lynn Dayana..

Lynn Dayana said...

salam Camarputih...
Ya...insyaAllah aku tabah.

Lynn Dayana said...

Salam Maryam...
Aduh...sedih baca komen Maryam! Ya, harapnya Allah memberi saya rahmatNya. Amin.

UstazCahaya said...

Salam Ziarah, Lynn.

Terima kasih berziarah ke blog saya dan meninggalkan mesej di sana. Saya sudah menjawabnya.

Bila hari hujan lebat, dan saya sedang berada di luar rumah, dan saya pula membawa motorsikal.. Saya berdoa:

"Ya Allah, aku adalah hamba-Mu. Awan, langit, hujan dan diriku adalah dalam kuasa-MU. Engkau yang berhak ke atas kami. Aku tidak layak untuk meminta Engkau menghentikan hujan, kerana Engkau adalah Tuhan yang melakukan sesuatu sekehendak-MU. Hamba hanya memohon, lindungilah diri hamba dari bahaya dan kejahatan dalam perjalanan hamba meredah hujan, Amin Ya Rabb Al-Alamin"

Selesai berdoa, jika saya perlu cepat dan tidak boleh menunggu hujan teduh, saya sarung baju hujan, dan menunggang motorsikal dengan hati penuh tawakkal.

Dalam kehidupan, jika menghadapi waktu yang sukar dan sempit, saya suka memujuk diri dengan membaca Surah Al-Insyirah dan Surah Ar-Rahman. Saya perbanyakkan beristighfar dan membaca Surah Al-Ikhlas untuk menguatkan iman dan hati.

Pada setiap kesusahan yang kita hadapi, ada dua perkara yang pasti. Satu, jaminan pahala. Dua, jaminan penghapusan dosa. Kedua2nya milik kita selama kita sabar dan redha.

Saya mendoakan kamu, Amin Ya Rabb Al-Alamin.

rentan said...

menangis bukan jawapan utk soalan..aku dah penat menangis sepanjang hidup, tp soalan x pernah terjawab.. jd nikmati kehidupan yg ada.. enjoi ur life! ingat kehidupan utk di nikmati! be strong!

ummi said...

salam kak lynn dayana..dah sehat ke.rindu sgt2...

Maryam Kamal said...

lorhhh..
sedih lagiii?
senyum2 laaaaaa...
:)

MrAndMrsM said...

sabar ya....sy doakan yg terbaik utk awak...bersyukur la, disaat awak cmni, ramai yg mengasihi awak....klau menulis boleh meringankan beban perasaan yg awak alami, teruskanlah...sbb awak mmg penulis yg best...sy akn beli novel ke-4 awak ok... :)

erin zehana said...

salam akak lyn dayana

rasa sedih bace entri kak lynn ni.. abah saya juga megalamai nasib yag sama..mest pergi dialisis 3 kali seminggu...yg melihat tntu tk sme degn yg mengalaminya...kalo pn ade krgnya sesuatu dlm hidup kite tntu Allah akn beri lebih pd yg lainnya...hrp kak lyn tabah