Thursday, February 4, 2010

Cerita kelakar...tentang saya!


Salam..

Semalam saya kalut sungguh. Kelmarin hari Rabu, saya ke JB. Pergi pagi dan malamnya kembali semula ke KL. Aduhai...badan saya sengal-sengal jadinya. Dan menambah seksa...huhu kereta kawan saya tu...air cond rosak! Keretanya panas. Sauna! Saya sudahlah sehari hanya boleh minum 750ml air sahaja semenjak saya sakit ni! Maka...oven dunia jadinya.
Then pagi Khamis, dialisis seawal 7 pagi. Meredah jem. Kali ini saya tidak menaip novel sebab mengantuk. Habis dialisis pada pukul 12.30, saya memandu dalam keadaan pening mahu ke office pula. Haha! Kalau orang tanya, boleh ke memandu? Saya jawab, kalau orang lain tidak mahu dilanggar Satria saya...eloklah mereka ke tepi! Haha! S.Alam kan terkenal dengan round about yang besar-besar tu! Pening saya jadinya!
Sampai office pukul 1.30 tengahari. Makan dan pening bersambung sampai ke petang...
Balik petang, hujanlah pulak! So, seperti biasa...jem! Balik dengan rasa yg sangat lapar. Sampai di rumah, berkejar menunaikan asar! Itulah....patut solat di pejabat dulu! Selepas siap, saya memasak nasi menggunakan microwave. Entah apa bengongnya, nasi saya keras. Saya tambah air tapi nasi tu dah x mahu kembang dah! Haha! So saya kena masak lagi nasi! Then dah siap, saya pun amik ikan yg saya bakar bersama sayur kacang botol yang saya masak kari, sebab nak sedikit kuahkan. Tengok2 ikan yg saya bakar tu...bahagian tengah tak masak. Aduhai....saya bangun n bakar balik ikan! Uwa....masa tu jam dah 8.30 malam!
Kesimpulannya, dua tiga hari ni memang saya kelam kabut! Kelakar betul! Macam2 serba serbi tak kena! Ada wayar yang putus agaknya di minda saya? Haha...

Namun dalam kekalutan ini, saya terus tersenyum...apabila editor memberitahu CET sedang dalam proses mahu membuat cover. Saya tiada anak tapi ada baby! Hehe...baby yang ke4 saya hampir mahu 'dilahirkan' ke alam nyata. Seronoknya. Pada masa yang sama, novel ke5 saya sudah siap separuh. Jadi saya rasa seronok membuat apa yang boleh saya buat! Perkara yang saya tidak boleh buat...atau bukan berada di dalam kawalan saya...ketepikan saja kan? Saya mahu belajar menghargai apa yang saya ada, bukan asyik bermimpi apa yang saya tidak miliki! Yang saya miliki...bakat menulis, yang mungkin hanya kecil...hanya picisan tetapi saya bersyukur dengan anugerah-NYA!

Sehingga entry seterusnya....semoga ALLAH merahmati kita semua!

" GOOD THINGS HAPPEN WHEN YOU GO FOR IT!"

6 comments:

MrAndMrsM said...

chaiyo2...
saya n suami akn terus sokong awak...
kami akan jd peminat awak...
teruskan berkarya ya... :)

Lynn Dayana said...

Thanx Mr N Mrs M....sokongan anda saya hargai! Banyakkkkkkk sangat! Hehe

dhiya zafira said...

Alahai...serba serbi tidak kena. kelakar aku dok imagine mcm manalah hang kat dapur tu...
Tumpang gembira sama utk CET. Iya Lynn..ingat saja perkara2 yang menyenangkan.

Maryam Kamal said...

haaa..
Kak Lynn dah thinking all postives..
I likeee.. :)

Chayo2!!
Lynn Dayana boleyyhhh!!!
:)

RinnTis said...

cek wayar microwave tak? tahniah with CET and good luck :)

Aizam Aiman@Leeya Myra said...

Salam,

Saya suka ayat Lynn, belajar menghargai apa yang kita ada, dan bukan mimpikan yang tiada.

Saya juga sedang melakukan yang sama. Fokus kepada apa yang kita ada dan mampu buat, bukan yang kita harap tetapi tidak ditakdirkan untuk kita.

Bertabah dan berusaha ya. Saya doakan semoga awak sentiasa dalam lindunganNya. Semoga yang baik-baik sahaja yang berlaku dalam hidup awak.