1431 Hijrah, 2010...Tahun Harimau....mana ngaumannya? Saya rasa sunyi sungguh. Ya, KL sewaktu musim perayaan memang sunyi sepi. Senang saja mencari parking. Ke Jusco pun semalam tak payah bersesak-sesak. Mungkin sebab saya keluar pada pukul 10.30 pagi kot! Hehe...
Aturcara hidup saya bangun saja tidur semalam pada 14 Feb adalah : basuh baju, buat air teh, mkn ubat, mandi, bersiap mahu keluar ke Jusco, beli barang keperluan...lunch, balik dengan barang penuh satu troli. Dah 2 minggu tak beli groceries and toiletries. Sampai rumah pukul 12.30, kemas semua barangan, jemur baju, sapu sampah...Jam 1.20 tengahari saya tengok movie Pizza My Heart, then solat. Tidur sekejap. Solat n memasak. Kobis masak lemak, sambal tumis ikan bilis, ikan caru bakar... ibu jari kena kuali panas. Ouch...sakit. Potong steam masa makan. Mujur ibu jari kiri. Pastu saya kebosanan. TV boring. Buka laptop. YM kejap dengan Maryam. Menulis 2 page JCC. Bosan. Tengah menulis dengar dentam dentum mercun. Keluar ke balkoni....mhmmm...cantiknya. Makan ubat. Solat. Baca buku La Tahzhan sampai bab 10. Sebelas malam saya tidur...
Yang tak bestnya, kul 3.30 saya tersedar dan mata membuntang segar! Sepanjang hari semalam saya tidak 'bercakap' dengan sesiapa. Bersms saja... Suara saya ada atau tidak nya? Haha...Saya berdeham, periksa peti suara berfungsi atau tidak. Saya beristighfar sendiri.....
7 comments:
ehem, ehem...
Siapa Maryam itu?
:D
3.30pg kak lynn?
bestnya...
sblm tido memalam,
mesti sy niat nak bangun time2 cmtuh..
budak SEKOLAH cm sy ni,
kena bina hubungan diplomatik yg BAIK dgn ALLAH..
sng nak minta apa2.. :D
bukan budak skolah pun bleh..
bestnya qiam time nehhh..
tp sllunya saya tersedar kul 5.30 pg..
ahax!
:D
bestnya schedule kak lynn..
xde nak pikir nak siapkan latihan addmath, nota bio, oral BI, praktis fizik, buku kerja kimia bla bla bla..
:(((((
take care kak lynn.. May God bless..
Hai Lynn
Kekadang manusia ni sometimes difficut to please. Contohnya saya. Bila time kerja, mengomel banyak kerjalah, penatlah etc, etc. Ni dah cuti panjang 4 hari, boring sangat sampai tak tahu nak buat apa. Nak shopping, kedai tutup. Baca buku sampai nak termuntah. Boooriiing.
Sorry Lynn curahkan perasaan.
hehe he
penuh mase 1 hari ye
Salam..
Maryam!....sume kerja rumah tu akak dh buat lama dulu! Takde maknanya tetiba akak nak buat kerja rumah tu semula! Hehe...
Fzzh: Ya, manusia mmg unik n pelik! Hehe..., Cuti beberapa hr, kebetulan x sihat.... so sy langsung x menulis! Patutnya, mesti bolehkn!
Rentan: Dlm La Tahzhan, penulisnya kata.... jgn fkr tntg semalam, jgn fkr tntg esok....tapi lalui hari ini sebaik mungkin!
Smpi tghri tak bersuara pon.
lame tuh!
hehe
:)
sampai mlm sebenarnya......kempen senyap dan sunyi.
Kalau rasa nk ngeteh2 tu.. miscall2je la kita. Jangan malu2..hik hik
Post a Comment