Thursday, February 18, 2010

Cerita tentang tangan saya....



Salam...

Saya merasakan sukarnya mahu melakukan banyak perkara apabila tangan kiri saya bengkak. Urat darah saya kecil, jadi semasa mahu menggunakan fistula...tangan saya bengkak dan kini lebam. Sakitnya? Aduhai. Sakit fizikal + sakit emosi = sabar ajelah.
Menaip pun guna sebelah tangan. Yang paling mencabar adalah memandu guna sebelah tangan. Mak aii...mujur kereta satria saya auto. Itu pun saya dah menangis sepanjang perjalanan balik ke rumah Isnin lepas. Kereta Satria kan rendah so bila nak swipe Touch n go alamak susahnya...sebab tangan kiri tak boleh pegang stereng. Kerana itulah...dalam cuaca yang panas...kereta saya dibanjiri airmata. Mengucap, mengucap juga. Beristighfar, beristighfar juga dan langkah seterusnya adalah...menangis, menangis juga! Haha....

Pesan saya adalah : JAGA diri baik2, jangan jadi macam saya. Bila dah sakit...kesukarannya sangat terasa walaupun kita menganggapnya sebagai ujian dari ALLAH. Jaga pemakanan, jaga kesihatan...

7 comments:

Maryam Kamal said...

2 nikmat yg tidak disedari manusia semasa menikmatinya ialah nikmat sihat dan masa lapang..

terima kasih kerana mengingatkan saya bahawa saya masih memiliki nikmat sihat, masih boleh menaip menggunankan dua belah tangan, boleh mengangkat barang2 berat...

oleh itu, sy juga menganjurkan kak lynn agar menikmati nikmat masa lapang yang kak lynn nikmati skrg.. mgkin x banyak masa lapang yg Lynn Dayana ada, tp nikmatilah masa tersbeut kerana mungkin org lain yang tersangat sibuk dgn duniawi sudah kehilangan nikmat masa lapang..

yang pasti, setiap titisan air mata diiringi istighfar, Allah dengar. Allah tahu dan Allah Maha Bijaksana untuk menilainya.

Semoga Kak Lynn terus tabah dan dibekalkan kesabaran yang tak putus oleh DIA, yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Chill, sis. :)

ina said...

mmg ini adalah ujian tanda kasihsayang DIA pada lin.selwat dan istigfar supaya kita tidak lalai dan mengikuti rasa amarah kerana tidak daya melakukan kerja2 yg biasa kita buat.

moga cepat sihat ye...
nak makan coklat bagus gak nih...insyallah cepat sembuh..

I-sya said...

segala-galanya telah tertulis lin. biar menangis asal jgn mengeluh dan menyalahkan takdir Illahi. Kau lebih dekat dgn DIA dari aku lin... kau lebih disayangiNYA.

Aku selalu berdoa moga aku tidak lalai sehingga segala nikmatNYA buat aku ditarik balik. Setidak2NYA kesakitan dan kesengsaraan orang lain adalah panduan dan peringatan buat aku.

BE STRONG SIS!!! U CAN!

[rania firdaus] said...

salam kak lynn..
yakinlah kak, DIA menguji hamba2-NYA mengikut kemampuan.. DIA duga akak sebegitu sbb DIA yakin akak mampu.. bertabahlah, kak.. DIA maha penyayang..

fzzh said...

Sabar Lynn
Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya harap lynn akan tabah & sabar menempuhinya dan percayalah Allah sentiasa menyayangi umatnya.

UstazCahaya said...

Salam Lynn Dayana.

saya suka dengan ayat yang berakhir dengan "menangis, menangis juga" itu;-) Iye bener menangis itu normal.

Cerita tentang tangan ini mengingatkan saya dengan filem Indon 'Novel Tanpa Huruf R'. Rupanya jari telunjuk tangan kanan si hero putus.

anisayuni said...

Lynn kena beli smart tag...