Thursday, May 20, 2010
Saya sudah bermula....
Saya sudah mula menulis semula. Sudah 3 hari, balik dari pejabat walau macam mana penat pun saya akan menulis. Sekejap pada JCC, sekejap pada mss yang ke6. Yang saya tahu saya menulis. Pagi tadi sedar seawal 5.30 pagi. Hehe, tak adalah awal sangat tetapi alhamdulillah, fikiran saya elok saja mencerna idea. Yeah....saya sudah tahu bagaimana mahu memisterikan JCC. Huhu.... dan bila saya sudah tahu maknanya, saya tidak akan menoleh ke belakang lagi.
Teruskan perjuangan. Hajat di hati, sangat-sangat teringin jika JCC novel ke5 saya ini diterbitkan tahun ini juga. Jika ada rezeki, hujung tahun ini saya menyulam mimpi. Realitinya saya tidak pasti. Yang saya tahu...saya merasakan karya2 saya ini saja yang ada untuk saya banggakan. Tiada anak2, tiada suami, tiada pencapaian peribadi yang lainnya selain menulis. Buat apa yang kita mampu. Buat masa ini saya mampu menulis maka saya akan terus menulis selagi pihak penerbit masih sudi menerbitkan buku saya dan ada pembaca yang sudi membeli.
Macam sedih pula bunyinya ya? Haha....ALhamdulillah, saya okay saja. Segala yang berlaku pasti ada hikmahNYA.
Esok pagi, saya ada janji mahu bersarapan pagi dengan teman-teman rapat dalam dunia penulisan. Lama kami tak berjumpa dan sama-sama mencerna idea. Persahabatan ini adalah anugerah dunia penulisan yang tidak ternilai. Priceless!
2 comments:
teruskan kak lyn..menulis dan menulis, kiranya inilah yg memuaskan hati kita....
teruskan kak lyn..menulis dan menulis, kiranya inilah yg memuaskan hati kita....
Post a Comment