Sunday, January 29, 2012
Friday, January 27, 2012
Saya Orang Kampung : Mee Bandung
Alhamdulillah.. Abang saya bungkuskan mee bandung untuk saya masa saya balik kampung tempohari. Sedap. Yummy... Memang ada kelas tersendiri. Tak jumpa kalau kat KL ni. Ada d Batu Pahat saja. yieha...
Wednesday, January 25, 2012
Saya Penulis : Diari Aktiviti 3
Marilah jumpa saya di MPH One Utama, pada 28 Januari Sabtu ini antara jam 2 - 5 petang. Mari kita bertemu mesra. Jangan malu ya nak tegur saya. Saya pun kadang2 pemalu juga. Kuikuikui...
Boleh dapatkan Cinta Perisa Dia dan juga koleksi Merah Cinta Kita.
Saturday, January 21, 2012
Saya Pemandu Berhemah : Kuikuikui..
(Satria Dalam Kenangan)
Salam,
Saya sebenarnya tidak mempunyai pengalaman memandu yang lama. Saya mendapat lesen 11 tahun yg lalu. Sebelum itu saya memang tidak pernah memandu. Kali pertama memandu adalah ketika di Sekolah Memandu. Masa tu baru belajar tengok...mak aii...banyaknya cermin kena tengok. Lepas tu kena fikir, ni jalan aku ke...jalan orang. Aku kena kuar dulu ke kereta yg itu dulu. Haru!
Saya ambil lesen 2 x. Hihihi.... Di bukit fail. Kereta di depan saya ngundur, saya panik... FAIL!
Kali ke dua bro JPJ tu kata, tengok muka awak... rasa nak tolong.(muka kesian nak dapat lesen). Alhamdulillah, bro tu yg siap bagi arahan, tekan clutch..lepas..tekan minyak, signal.... Hehehe... lepas!
Seminggu selepas itu saya beli kereta. Satria grey 1.5 auto. Masa nak amik kereta tu, saya dah fikir...macam mana nak bawa kereta auto ya? Hahaha... x pandai! Mujur ada staff yg tolong ambilkan kereta. Tapi balik rumah tu, saya pandu sendiri. Hujan.. uwaaaa... rasa nak nangis. Tapi okay jugaklah. Selamat.
Hari ketiga memandu... saya langgar tembok ketika mahu parking. Huhu. Kawan saya tolong ikat dengan tali rafia. No plat kereta baru.. bila drive, org tengok aje. saya pakat senyum.
Sepanjang saya memandu Satria itu juga, saya pernah melanggar orang, dilanggar orang dan kereta itu pernah dicuri orang. Hampeh. Tapi magik owh... Allah pulangkan balik keta saya selepas hampir 2 bulan. Kata orang, kereta dah accident, dah pernah hilang... jual sajalah. Tapi saya tak peduli. Pakai juga. Sampailah usia WJX saya (Yg pernah menjadi heroin dalam JIKA BENAR CINTA) menjadi 10 tahun usianya.
Hajat di hati mahukan Ford Fiesta atan MAzda3 tapi ingatkan medical bills yang banyak... tak jadilah. Saya yg dong2... ambil Satria Neo. Hahaha... Saya suka sebab sporty. Saya suka the black aura thingy.
Dengan Satria Neo baru ni (dah 6 bln pun, x lah baru), saya belum lagi kena saman. Sebab macam saya katakan... saya pemandu berhemah. Hahaha... Dengan WJX yang dulu... erk..ops.... kadang2 saya bawa terlaju. Ada masalah pedal minyak yang cepat gelincirannya.
Pagi tadi memandu dari KL ke Bt Pht, alhamdulillah terasa sekejap saja walaupun ada beberapa kejadian kemalangan. Insaf seketika... Tapi musim raya ni, kereta banyak so memang tak boleh bawa kereta laju pun. Harap2 pagi Selasa nanti, jalanraya tidaklah sesak. Sementara itu, saya mahu lena seketika.. malam nanti nak shopping groceries dengan mak.Lepas tu mahu menyambung menaip. Daa...

Thursday, January 19, 2012
Saya penulis : Diari Aktiviti 2
Ini teaser untuk Majalah Rapi, keluaran Februari nanti. Pertama kali melihatnya saya ketawa... Kenapa? Aduhai, saya yg konon pandai berposing ini...rupa2nya kayu juga. (Padahal bukan main tgk American Next Top Model) Ahaks..
Ini adalah sebahagian dari promosi untuk novelet remaja Merah Cinta Kita. Novelet untuk adik2 berumur 15 tahun ke bawah. Remaja purba pun boleh memilikinya. Tak berdosa. Hehe...
Wednesday, January 18, 2012
Saya Perindu : Saya Mahu Lupakan Kenangan Lalu
Salam,
Kadang-kadang pernah tak rasa selepas kita buat sesuatu dan setelah segalanya berlaku....anda termenung dan berfikir, macam mana aku boleh buat macam tu? What makes u to decide that kind of choices? Haihhh.... Ada masanya yang menuntun kita hanya naluri. Naluri yang hanya kita saja yang tahu bagaimana rasanya. Dan kerana dipengaruhi harapan, kita pun membuat keputusan yang berlainan dengan apa yang naluri kita katakan. Lalu goyahlah seluruh tunjang rasa. Jadi keliru. Jadi kelabu.
Melihat masa lalu atau melihat 'dia' ada masanya seumpama melihat lakon layar yang 200 inci besarnya. Skrin itu penuh dengan sesalan. Kenapa saya membiarkan keputusan sebegitu diambil. Argh... pada ketika itu, yg berfikir adalah hati. Yang lupa mahu bersuara adalah minda yang waras.
Syhhhh... sudah. Jangan bersuara lagi. Tutup mata dan jangan menjelajah masa lalu yang suram. Pandang ke hadapan. One at a time.. Atur langkah... Bismillah.

Thursday, January 12, 2012
Saya Bermimpi : Saya mahu holiday....
Nampak tenang kan? Saya mahu jauh di sana. Ini di KK. Haihhh... Januari baru 13 hari tetapi rasa masalah macam berkoyan. Astaghfirullah. Sabar. Saya memujuk hati. Ketika entry ini di tulis, saya di HUKM. Another test. Another day of stress.
Tarik nafas. Inhale, exhale. Inhale.... semput jadinya. Cinta Perisa Dia sudah ada di pasaran. Pasti seronok jika dapat menelaah CPD di kawasan yang sunyi, aman dan jauh dari hiruk pikuk dunia macam ni kan? Hehe. Yang saya risaukan... membaca CPD dan keamanan di kawasan itu yang akan terjejas. Kuikuikui. Maklumlah... asyik kihkihkih ketawa.
Sesiapa yang sudah mendapatkan CPD, sudah sudi menelaahnya..sudi2kanlah memberikan komen ya. Daa...
Tuesday, January 10, 2012
Saya Penulis : Peraduan Merah Cinta Kita
Peraduan Merah Cinta Kita masih berlangsung. Adik2, jangan lupa hantar borang ya. :)
Angah : Nak minta nasi kerabu boleh?
Kisyah : Boleh, tapi warna pink eh.
Angah : Nasi kerabu warna pink?
Kisyah : Nasi kerabu Kisyah kan special! hehehe...
Monday, January 9, 2012
Saya Orang Kampung : Pucuk Paku Perak
Ini pucuk paku perak. Saya suka ke pasar dan melihat pucuknya yang muda dan menghijau, gulp...telan air liur. Saya suka memasak lemak cili api pucuk paku perak dengan ayam atau daging salai. Buat pedas-pedas. Pergh... memang sedap. Lagi satu kalau guna burung puyuh salai. Memang yummy.
Nak memasaknya bukan susah. Sama macam memasak lauk lemak cili api yang lain. Bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai, cili.... kisar. Tumis dan masukkan daging salai/ayam/burung puyuh. Bila sudah empuk,masukkan santan. Sudah mendidih, barulah masukkan pucuk paku perak.
Makan panas-panas dengan nasi. Percik sedikit kicap... hehe. Nyaman. Sah, tekak orang kampungkan?
Thursday, January 5, 2012
Saya Penulis : Diari Aktiviti 1
Hujung Disember yang lalu saya berpeluang ke Radio Web Selangor bersama editor novelet Merah Cinta Kita, Puan Siti Zarinah. Mula-mula rasa takut juga, tapi kemudiannya saja ketawa saja. haha... DJ Mansor, sporting. Dia tanya saya, nak minta lagu apa2? Saya laju menjawab, " Lagu Patah Seribu, Shila Amzah."
Argh...seronoknya bila dia hubungi Shila Amzah dan saya berpeluang untuk berbual sekejap dengan dia. Nice...
Tambah seronok bila berpeluang untuk berbual tentang novel2 saya. Hehe, penulis bilis saja tetapi saya seronok sebab menghadiri promosi ini menambah pengalaman hidup saya.
Mana tahu ada rezeki, berpeluang untuk ke Nasi Lemak Kopi O...(angan2). Manalah tahu juga kalau ada rezeki novel diadaptasi, pasti saya tersenyum syukur. (angan2 lagi) Tidak mengapa, angan2 tak perlu bayarkan? Hehe.
Novel remaja, sedikit saja lagi nak habiskan di samping menunggu Cinta Perisa Dia yang jadualnya Januari ini akan tiba. Allah, syukur di atas rahmat-MU.
Tuesday, January 3, 2012
Saya Orang Kampung : Pucuk Ubi
Ini pucuk ubi. Anda kenal? hehe...aje naya kalau tak kenal kan? Saya rasa pucuk ubi yg di KL ni keras. Yang emak masak di rumah, lembut saja. Mungkin kerana yang emak masak itu, pucuk ubi yang selalu di petik. Atau mungkin juga yang emak masak itu penuh kasih sayang? Huhu...
Cara mencelur pucuk ubi :
Ambil 3 pucuk yg atas saja. Didihkan air. Bila sudah mendidih, masukkan dan biarkan sehingga pucuk ubi lembut.
Sudah lembut... curahkan ke dalam tapis. Basuh di bawah air yang mengalir. Perah.
Jenis masakan:
1. Lemak pucuk ubi : Yang dah dicelur itu potong dalam 2 sm. Rencah : bawang putih, merah, ikan bilis dan santan. Letak perasa. Tadaaaa.... sedapnya.
2. Lemak cili api dengan ayam : sama rencahnya, tapi jgn letak ikan bilis... letak cili api, serai dan ayam..kalau best, bahagian ribs...rangka. Best.
3. Cicah dengan sambal tumis : Dah lepas celur tu... makan dengan sambal tumis bilis. Memang yum yum.
4. Kerabu pucuk ubi : yg dah celur tu campurkan dengan taugeh. Remcahnya : belacan bawang putih bawang merah cili dan ikan bilis. Tumis, then kalau nak campur kelapa sedikit ...then masukkan pucuk ubi dan taugeh.
Kenapa saya tiba2 cerita pucuk ubi ya? Hahaha... ya, saya rindu pucuk ubi emak saya. Dapat dengan ikan kering gelama, sambal belacan, ikan goreng, sambal tempe... Nyaman!