(Satria Dalam Kenangan)
Salam,
Saya sebenarnya tidak mempunyai pengalaman memandu yang lama. Saya mendapat lesen 11 tahun yg lalu. Sebelum itu saya memang tidak pernah memandu. Kali pertama memandu adalah ketika di Sekolah Memandu. Masa tu baru belajar tengok...mak aii...banyaknya cermin kena tengok. Lepas tu kena fikir, ni jalan aku ke...jalan orang. Aku kena kuar dulu ke kereta yg itu dulu. Haru!
Saya ambil lesen 2 x. Hihihi.... Di bukit fail. Kereta di depan saya ngundur, saya panik... FAIL!
Kali ke dua bro JPJ tu kata, tengok muka awak... rasa nak tolong.(muka kesian nak dapat lesen). Alhamdulillah, bro tu yg siap bagi arahan, tekan clutch..lepas..tekan minyak, signal.... Hehehe... lepas!
Seminggu selepas itu saya beli kereta. Satria grey 1.5 auto. Masa nak amik kereta tu, saya dah fikir...macam mana nak bawa kereta auto ya? Hahaha... x pandai! Mujur ada staff yg tolong ambilkan kereta. Tapi balik rumah tu, saya pandu sendiri. Hujan.. uwaaaa... rasa nak nangis. Tapi okay jugaklah. Selamat.
Hari ketiga memandu... saya langgar tembok ketika mahu parking. Huhu. Kawan saya tolong ikat dengan tali rafia. No plat kereta baru.. bila drive, org tengok aje. saya pakat senyum.
Sepanjang saya memandu Satria itu juga, saya pernah melanggar orang, dilanggar orang dan kereta itu pernah dicuri orang. Hampeh. Tapi magik owh... Allah pulangkan balik keta saya selepas hampir 2 bulan. Kata orang, kereta dah accident, dah pernah hilang... jual sajalah. Tapi saya tak peduli. Pakai juga. Sampailah usia WJX saya (Yg pernah menjadi heroin dalam JIKA BENAR CINTA) menjadi 10 tahun usianya.
Hajat di hati mahukan Ford Fiesta atan MAzda3 tapi ingatkan medical bills yang banyak... tak jadilah. Saya yg dong2... ambil Satria Neo. Hahaha... Saya suka sebab sporty. Saya suka the black aura thingy.
Dengan Satria Neo baru ni (dah 6 bln pun, x lah baru), saya belum lagi kena saman. Sebab macam saya katakan... saya pemandu berhemah. Hahaha... Dengan WJX yang dulu... erk..ops.... kadang2 saya bawa terlaju. Ada masalah pedal minyak yang cepat gelincirannya.
Pagi tadi memandu dari KL ke Bt Pht, alhamdulillah terasa sekejap saja walaupun ada beberapa kejadian kemalangan. Insaf seketika... Tapi musim raya ni, kereta banyak so memang tak boleh bawa kereta laju pun. Harap2 pagi Selasa nanti, jalanraya tidaklah sesak. Sementara itu, saya mahu lena seketika.. malam nanti nak shopping groceries dengan mak.Lepas tu mahu menyambung menaip. Daa...
1 comments:
hehehe..sy pun kes y same mse naik bukit amik lesen last jpj tulun..
Mlm td pown..ade kecemasan kna g kedai hujan..akak ipar suh bawak keta dia..auto..kaget..duk kat sit..bimbang turun balik naik umah amikk knci moto..pergghh lega
Post a Comment