Salam,
Kadang-kadang pernah tak rasa selepas kita buat sesuatu dan setelah segalanya berlaku....anda termenung dan berfikir, macam mana aku boleh buat macam tu? What makes u to decide that kind of choices? Haihhh.... Ada masanya yang menuntun kita hanya naluri. Naluri yang hanya kita saja yang tahu bagaimana rasanya. Dan kerana dipengaruhi harapan, kita pun membuat keputusan yang berlainan dengan apa yang naluri kita katakan. Lalu goyahlah seluruh tunjang rasa. Jadi keliru. Jadi kelabu.
Melihat masa lalu atau melihat 'dia' ada masanya seumpama melihat lakon layar yang 200 inci besarnya. Skrin itu penuh dengan sesalan. Kenapa saya membiarkan keputusan sebegitu diambil. Argh... pada ketika itu, yg berfikir adalah hati. Yang lupa mahu bersuara adalah minda yang waras.
Syhhhh... sudah. Jangan bersuara lagi. Tutup mata dan jangan menjelajah masa lalu yang suram. Pandang ke hadapan. One at a time.. Atur langkah... Bismillah.
0 comments:
Post a Comment