Thursday, January 12, 2012
Saya Bermimpi : Saya mahu holiday....
Nampak tenang kan? Saya mahu jauh di sana. Ini di KK. Haihhh... Januari baru 13 hari tetapi rasa masalah macam berkoyan. Astaghfirullah. Sabar. Saya memujuk hati. Ketika entry ini di tulis, saya di HUKM. Another test. Another day of stress.
Tarik nafas. Inhale, exhale. Inhale.... semput jadinya. Cinta Perisa Dia sudah ada di pasaran. Pasti seronok jika dapat menelaah CPD di kawasan yang sunyi, aman dan jauh dari hiruk pikuk dunia macam ni kan? Hehe. Yang saya risaukan... membaca CPD dan keamanan di kawasan itu yang akan terjejas. Kuikuikui. Maklumlah... asyik kihkihkih ketawa.
Sesiapa yang sudah mendapatkan CPD, sudah sudi menelaahnya..sudi2kanlah memberikan komen ya. Daa...
0 comments:
Post a Comment