As Salam,
Ya, saya mahu bertanya, apa yang anda lakukan semasa anda memandu dan lampu trafik itu merah? Waktu menunggu lampu hijau, apa agaknya yang anda lakukan? hahaha....Kalau saya :
1. Minum air mineral? Meredakan tekak yang kering di dalam kesesakan jalanraya.
2. Mungkin ada yang gatal menukar saluran radio? Ahaa....ini bukan saya. Saya hanya mendengar Hot FM saja ketika memandu kerana saya pemalas menukar channel.
3. Berangan : sampai destinasi nanti apa yang mahu dilakukan?
4. Kalau waktu tu lapar : hahaha...mulalah saya berangan, menu apa yang mahu dimasak atau dibeli...
5. Capai novel dan curi baca beberapa baris...
6. SMS....(dosa ni: jangan ikut)
7. Betulkan tudung? Pakai lipstick? Ahaaaa....pakai lipstick x pernah saya buat, takut nanti sampai destinasi...muka dah jadi clown hahahaha
8. Atau ada masanya saya menjengah kehidupan orang lain.... wah, cantiknya no plat keta orang tu, wah..cute kata2 signage yg dipasang, mhmm....bahagianya kereta sebelah ni makan suap2....alahai comelnya anak orang tu.
9. Kadang2 saya menyanyi sekuat hati...biarlah hujan. Haha...yang penting, tak susahkan orang sebab saya memandu sendirian saja. Kuikuikui
4 comments:
part yg dengar hot fm tu, saya pon sama.. sejak dri awal pakai kereta sehingga kini radio kereta saya hanya hot fm yg berkumandang. malas dah nak tukar2:)
Capai novel... baca secepat mungkin sbb nak kejar masa....
Capai novel... baca secepat mungkin sbb nak kejar masa....
Asal jgn langgar keta org sudah Hani hehe
Post a Comment