Monday, May 25, 2009

Salam Dr Negeri Di Bawah Bayu

Salam...
Saya menaip entry kali ini dari Kota Kinabalu. Ada kelas yang perlu saya selenggarakan selama 2 hari di sini. Akan balik ke Semenanjung pada hari Khamis nanti. Semalam habis buat diskusi untuk kelas hari ni, saya ke Pasar Filipina, hehe...apa lagi...saya minum air kelapa yg pertama. Saya minum untuk kak anis, aleya dan ziana! Hehe...
Saya sebenarnya suka sangat ke sini...bukan apa, suka melihat sayur-sayuran yang segar. Kalau lah saya boleh bawak balik ke semenanjung, hehe...tapi takut sampai sana dah layu dah. Ke sini juga, saya akan beli ikan bilis, udang kering dan ikan kering. Hehe...balik rumah, beg baju tu bau seafood!
Minggu lepas saya di Kuching, ada kelas juga di sana. Semalam pagi juga semasa naik teksi, pemandu tu kata, "Pernah ambik awak sebelum ni. Nak ke Sabah lagi?" Saya senyum saja. Hehe, saya tak perasan wajah pakcik ni sebenarnya. Sedekah senyuman ajelah.
Kakak saya sempat mengusik, " Entah2 baju balik dari Kuching tak sempat cuci lagi, kau dah gi KK!" Saya balas, " Dah cucilah, sebab tau nak outstation lagi." Dia balas, "Mesti tak lipat lagi!" Hahaha, ya kali ini, saya terpaksa bersetuju! Kadang2, beg troli tu bertukar beg aje. Bukan selalu, kadang2 aje.
Kata abang ipar saya, best jadi saya. Kata anak sedara saya, jadi mak usu best...boleh buat sesuka hati. Aduhai...kalau travelling bukan kerana kerja memang best tapi kalau sebab kerja..ahaks.... tapi satu yang pasti, kerana bekerja di Pizza Hut lah yang menyebabkan saya puas merayau ke sana sini. Yang tak seronoknya, pergi mana-mana pun...adalah orang yang tegur!
Dua minggu lepas, saya keluar dengan kawan. Dia tak tau saya ni bekerja di Pizza Hut so kesian lak kat dia. Bercakap sepatah dengan saya, adalah orang datang menegur!
Dia kata, selalu datang ke sini ke? U r so popular! Hahaha, popular apa...mereka ni ada yg datang kelas saya atau tahu saya ni orang HQ.
Hehe...saya terbayang air kelapa lagi. Petang ni mesti sebiji lagi dan saya nak cari buah-buahan pulak. Enjoy whatever you have kan? Sebelum duka datang menjengah! Sebelum kerisauan bersarang di kepala. Pada Allah, saya berdoa....semoga terus mendapat rahmatNYA. Ketenangan ini moga berpanjangan!

8 comments:

anisayuni said...

Teringat kenangan kita minum air kelapa sambil tergelak2 dan hampir tersedak. Adik dan pokcik yg jual air kelapa pun pelik tengok kita yg dari mula duduk asyik ketawa. Lepas tu ode air kelapa kejap nak yg yg sejuk, kejap tak nak sejuk. Abis minum, balik hotel pikul ikan bilis dan ikan masin. hehehe ...

sueaiilee said...

lorrr kat sana lak ko..

neng plan nak gi Melaka tu braper hb yer? aku luper hehe ko letak dlm organizer ko kan?

Lynn Dayana said...

Haha...semalam sy beli jugak ikan kering n ikan bilis utk kakak n emak. Sy beli setengah kilo, ikan kering rangup yang akak suka makan tu. Haha! Semalam 2 biji air kelapa!

Lynn Dayana said...

Sue...
Hari tu letak 27 kot tapi aku rasa aku tak leh sbb nama aku naik utk gi climbing Mount Kinabalu!
21 lak...anak sedara aku kahwin.

sueaiilee said...

wahhhh ko nak naik gunung neng!
aku pon tgh berhajat nih tapi tak tersampai lagi....

oklahh postpone to July insyaallah

seriadriani said...

salam
lynn, wah.. bestnya pi sana. Akak teringin nak gi sabah. Nak gi shopping kristal. huhhhh.. kirim! ehheheh..

Lynn Dayana said...

Salam Kak Aida,
semalam saya gi jugak pasar malam sinsuran tu sbb kak anis kirim. Hehe... tp sy berani beli sebab aritu masa gi dgn dia, sy tau dah yg mana dia nak. Itu pun sy call n sms 2,3 kali sbb takut tak menepati piawaian Cikgu Latipah. hehe
saya sendiri tak beli apa pun sbb dh biasa ke sini. Ada rezeki...datanglah!

Lynn Dayana said...

Ya Sue... maaflah kerana tetiba kena naik gunung lak. Seram weh... hehe, kita postphone, simpan duit banyak sikit then kita gi!