Tuesday, January 3, 2012
Saya Orang Kampung : Pucuk Ubi
Ini pucuk ubi. Anda kenal? hehe...aje naya kalau tak kenal kan? Saya rasa pucuk ubi yg di KL ni keras. Yang emak masak di rumah, lembut saja. Mungkin kerana yang emak masak itu, pucuk ubi yang selalu di petik. Atau mungkin juga yang emak masak itu penuh kasih sayang? Huhu...
Cara mencelur pucuk ubi :
Ambil 3 pucuk yg atas saja. Didihkan air. Bila sudah mendidih, masukkan dan biarkan sehingga pucuk ubi lembut.
Sudah lembut... curahkan ke dalam tapis. Basuh di bawah air yang mengalir. Perah.
Jenis masakan:
1. Lemak pucuk ubi : Yang dah dicelur itu potong dalam 2 sm. Rencah : bawang putih, merah, ikan bilis dan santan. Letak perasa. Tadaaaa.... sedapnya.
2. Lemak cili api dengan ayam : sama rencahnya, tapi jgn letak ikan bilis... letak cili api, serai dan ayam..kalau best, bahagian ribs...rangka. Best.
3. Cicah dengan sambal tumis : Dah lepas celur tu... makan dengan sambal tumis bilis. Memang yum yum.
4. Kerabu pucuk ubi : yg dah celur tu campurkan dengan taugeh. Remcahnya : belacan bawang putih bawang merah cili dan ikan bilis. Tumis, then kalau nak campur kelapa sedikit ...then masukkan pucuk ubi dan taugeh.
Kenapa saya tiba2 cerita pucuk ubi ya? Hahaha... ya, saya rindu pucuk ubi emak saya. Dapat dengan ikan kering gelama, sambal belacan, ikan goreng, sambal tempe... Nyaman!
2 comments:
sedapnye.... x jumpa pucuk ubi kt puncak alam.. alahai...
Post a Comment