Thursday, January 5, 2012

Saya Penulis : Diari Aktiviti 1




Hujung Disember yang lalu saya berpeluang ke Radio Web Selangor bersama editor novelet Merah Cinta Kita, Puan Siti Zarinah. Mula-mula rasa takut juga, tapi kemudiannya saja ketawa saja. haha... DJ Mansor, sporting. Dia tanya saya, nak minta lagu apa2? Saya laju menjawab, " Lagu Patah Seribu, Shila Amzah."

Argh...seronoknya bila dia hubungi Shila Amzah dan saya berpeluang untuk berbual sekejap dengan dia. Nice...
Tambah seronok bila berpeluang untuk berbual tentang novel2 saya. Hehe, penulis bilis saja tetapi saya seronok sebab menghadiri promosi ini menambah pengalaman hidup saya.

Mana tahu ada rezeki, berpeluang untuk ke Nasi Lemak Kopi O...(angan2). Manalah tahu juga kalau ada rezeki novel diadaptasi, pasti saya tersenyum syukur. (angan2 lagi) Tidak mengapa, angan2 tak perlu bayarkan? Hehe.

Novel remaja, sedikit saja lagi nak habiskan di samping menunggu Cinta Perisa Dia yang jadualnya Januari ini akan tiba. Allah, syukur di atas rahmat-MU.

2 comments:

TS said...

waahh..suke nye dapat borak ngan shila amzah sis..
anyway congrats and gudluck on ur writing... :)

Unknown said...

Hai akak..:)