Saturday, February 25, 2012

Bab 1 : CUD, novel ke 7 saya


Salam,

Mood mahu merapu tetapi tidak cukup ikan kerapu untuk beri kelazatannya. haha... Mungkin kerana hidup saya ini memang membosankan hingga tiada apa yang mahu diceritakan. yalah... saya kan sudah tidak ke mana-mana. Asyik duduk di rumah jadi apa yang nak dimerapukan?

Mahu baca cerkon? Mhmm....saya tak ada mood mahu menulis. Sungguh.. malam tadi hanya menulis 3 page kemudian tutup laptop dan tengok tv. Teruk betulkan...

Jadi, saya letakkan Bab 1, CUD, novel ke7 saya.

1
Seperti hati ditusuk selumbar, pedihnya hingga mata berkaca


25 TAHUN. Sudah suku abad dia menghirup udara di muka bumi ini. Kalau dia belon, pasti udara yang dihirupnya itu sudah menyebabkan dia kembung dan kembang. Anis melihat ke atas meja. Ada sebiji kek di atas meja itu. Sebiji kek yang kononnya dibuat dengan resepi rahsia. Sudah setengah jam dia termenung di situ. Di ruang tamu yang sunyi sepi. Melihat kek itu tanpa sekelumit rasa teruja. Kek yang cantik. Cantik sangat sampai terasa sayang mahu memakannya.
“Assalamualaikum!” Suara riuh rendah itu menjengah ke telinganya namun Anis masih tidak bergerak. Memilih untuk menjadi patung cendana. Tanda protes walaupun tangan tidak bersepanduk.
“Kalau ya pun marah, takkanlah dah jadi patung cendana kot?” Amran sudah duduk di sisinya. Anis memalingkan wajah.
“Kita orang nak datang awal tapi Hafiz ni tadi sakit perut!” Jenny pula yang melabuhkan punggungnya di lantai. Terus saja menuang air di dalam jag dan meneguknya dengan pantas. Tidak menunggu langsung untuk dijemput. Memang ada genetik penjajah!
“Aku sakit perut Anis. Sakit gila. Kau tak marah aku kan?” Hafiz mengunjukkan kotak hadiahnya. Anis menahan tawa. Kawan-kawannya ini memang menyakitkan hati.
“Hafiz! Kau tak ada duit ke nak beli wrapping paper yang cantik. Kau bungkus hadiah untuk aku pakai suratkhabar?” Anis sudah menjerit kuat. Mereka yang lain sudah menutup telinga. Anis kan lahir dalam gua. Kalau bercakap, memang jenis berdengung tidak ingat. Kelawar pun boleh mati.
“Kau ni tak belajar alam sains ke? Dunia ni dah nak pupus. Aku guna barang kitar semula aje sebab nak selamatkan dunia. Kau tak rasa ke usaha aku ni melayakkan aku menang hadiah Nobel?” Hafiz sudah menceceh.
Anis menepuk dahinya. Hadiah Nobel? Novel sebiji pun tidak tentu menang. Geram sangat melihat teman-temannya itu. Kenal sudah sepuluh tahun tetapi sepuluh tahun itu tidak mampu menampan segala kemarahannya kepada mereka yang terlambat datang ke majlis hari jadinya yang ekslusif itu. Ekslusif kerana para tetamunya yang khas saja. Yang dijemput pun empat orang saja. Bukan empat puluh orang.
Semalam ayah uda mengusiknya dengan mengatakan, majlis hari lahir Anis mempunyai senarai tetamu yang terkontot di dunia. Namun Anis tidak marah kerana bagi dirinya, mereka berempat itu sudah cukup untuk membuatkan dunianya gegak gempita. Indah bersulam huru hara.
“Anis! Kau sedar tak apa yang sedang kau lakukan sekarang ni?” tanya Jenny.
“Apa?
“Kau mendekatkan diri engkau kepada kemungkinan untuk mendapat sakit darah tinggi.” Jenny membalas lalu ketawa.
Namun melihat wajah masam Anis, dia meneguk air oren itu lagi. Usaha memujuk yang gagal. Jenny menelan air liur pula. Dia membaca surah AlFatihah di dalam hati dan menghembusnya ke arah Anis. Biar sejuk hati kawannya itu yang sedang panas.
“Bila boleh makan kek ni?” tanya Amran.
Anis masih diam.
“Kena tunggu Iskandar?” Hafiz bertanya dengan nada kecewa.
Anis mengangguk.
“Is lambatlah. Kita tinggalkan dia sepotong cukuplah.”
Jelingan tajam Anis menyebabkan Hafiz mencapai majalah dan pura-pura membaca. Anis kalau sudah mengamuk, susah mereka jadinya. Buat penat saja mahu memujuk. Elok duduk diam-diam saja. Lima, enam minit nanti suhu hati Anis yang panas akan sejuk kembali. Sekejap saja. Di antara mereka berempat, semua pun tahu yang Anis itu hatinya adalah kerak nasi saja. Kerak nasi yang lembut bila direndam.
Bunyi telefon Jenny menyebabkan semua mata tertumpu ke arah situ. Jenny mencapai dan menyergah si pemanggil.
“Kat mana ni?”
Selepas sergahan itu, Jenny menjauhkan dirinya ke pintu gelangsar. Amran dan Hafiz berpandangan namun nada suara Jenny terlalu perlahan. Tidak dapat mereka menelinga. Selepas beberapa minit, Jenny kembali ke situ. Mukanya masam. Jelas tidak puas hati dengan perbualan sebentar tadi.
“Kenapa?” tanya Anis.
Jenny melihat wajah temannya itu. Tidak sampai hati mahu menyampaikan berita sedih itu. Jika Iskandar didepannya, sah kembarnya itu sudah disekeh dan dicubitnya sampai lebam. Menyusahkan orang sahaja. Tidak bolehkah membuat onar di hari lain asalkan bukan hari ini. Hari istimewa untuk menyambut majlis hari lahir Anis yang ekslusif ini.
“Is tak dapat datang.”
“Owh.” Pendek saja jawapan Anis.
Amran dan Hafiz sudah mendekati dua gadis itu. Ada gaya mahu menyelamatkan keadaan tetapi dua-dua tidak tahu bagaimana caranya.
“Jum, potong kek.” Anis mengajak. Bukanlah dia ghairah sangat mahu menikmati kek mahal yang dibelikan Ayah Uda itu tetapi dia mahu segala-galanya cepat berakhir. Malas mahu berada di dalam situasi yang sama lama-lama.
“Kau marah?” tanya Jenny lagi. Yang marah sebenarnya dia. Tunggulah bila dia berjumpa dengan Iskandar nanti. Memang lelaki yang lahir lima minit awal darinya itu akan mendapat balasan.
Anis menggeleng. Dia memotong kek itu sebelum sempat Hafiz dan Amran menyanyi mahu pun menghidupkan lilin.
“Makanlah. Aku nak ke dapur kejap. Ambik mihun.” Anis terus bangkit. Sebenarnya ada airmata yang mahu menitis. Ada hati yang tercalar. Iskandar lupakan majlis harijadinya. Sampai hati sungguh. Bukannya tiap-tiap minggu majlis ini dibuat. Setahun sekali saja.
Amran dan Hafiz mahu bangkit ke dapur namun dilarang Jenny.
“Kenapa? Kesianlah kat dia. Aku nak pujuk dia.” Amran membantah.
“Potong kek tu!” Jenny mengeluarkan arahan.
“Kau bagilah tisu kat dia. Macam nak nangis aje tu.” Hafiz pula menyuruh. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hai, masalah perempuan memang bukan lapangan yang dia mahir. Ilmu tentang perempuan yang dia tahu hanyalah setakat menjaga hati Jenny yang merupakan sepupunya dan Anis, kawan baik Jenny. Itu pun sebab mereka dah bersahabat lama. Sudah arif dengan perangai masing-masing.
“Biarkan dulu. Dia perlu bersendirian.” Jenny mengambil pisau dari Amran yang tidak ubah seperti tikus membaiki labu. Kek yang cantik sudah hodoh jadinya. Nampak benar sepupunya itu kelaparan.
“Masuk perut nanti hancur jugak,” jelas Amran. Tahu benar apa yang berada di dalam fikiran Jenny. Pasti sedang mengutuknya.
“Syhh.” Jenny berdesis apabila melihat Anis keluar semula ke ruang tamu itu dengan semangkuk mihun goreng. Makanan kegemaran Iskandar yang bongek. Hati terasa sebal. Dia menjeling ke arah mata Anis yang sedikit merah. Dia hanya berharap lelaki yang berdua itu tahu menjaga mulut mereka. Janganlah ada yang komen. Mereka berdua ini bukan boleh diduga.
“Wah, mihun goreng.” Amran menyebut dan Jenny segera menyepak kaki sepupunya itu.
“Adui.”
“Kenapa?” tanya Anis.
“Laparlah tu. Apa lagi...” Jenny menjegilkan matanya kepada Amran. Awas! Jika mulut itu berbicara sesedap rasa lagi. Maka akan ada kaki orang yang pincang bila mahu balik nanti.
“Meh sini, aku cedukkan.” Hafiz menawarkan diri. Amran yang lapar perlu diberi makanan dengan kadar segera. Bila dah kenyang nanti barulah dia tidak akan ingat benda yang bukan-bukan atau merapu apa-apa perkara yang akan mengecilkan hati Anis yang sudah semakin kecil.
Mereka menjamu selera selepas Amran membaca doa makan. Laju sungguh doa makannya. Baru sebut bis dan akhirnya sudah terdengar amin. Memang laju betul. Kalah kelajuan cahaya. Di samping mihun itu, terdapat juga ayam goreng dan sambal tumis udang. Bukan main suka Amran apabila Mak Mah membawa keluar dua lauk tersebut. Jenny duduk rapat dengan Anis. Serba salah. Namun pesanan orang mesti disampaikan. Jika tidak, pasti dia menanggung dosa.
“Is kirim salam. Dia ucap happy birthday.”
Anis meletakkan garpunya ke atas pinggan.
“Dia tak ada mulut sendiri nak cakap dengan aku?” tanya Anis.
Soalan itu tidak dijawab oleh Jenny. Dia tahu Anis sedang marah. Apa juga jawapan yang dia berikan, Anis akan marah juga. Memang aktiviti yang membazir. Dia mendengar Anis mengeluh. Perlahan namun kedengarannya amat berat sekali.
“Dia jauh kat Tioman. Aku pun tak tahu dia pergi sana. Pagi tadi aku bangun, ibu aku kata dia dah keluar. Hilang.”
“Dia buat apa ke sana?” suara Anis sudah mengendur. Dia sedar ini bukan salah Jenny. Kasihan pada temannya itu yang terpaksa menjawab bagi pihak abangnya.
Jenny semakin berat hati mahu menjawab.
“Bagi tahu ajelah. Aku tak marah.”
“Esok birthday Nina. Dia nak raikan kat sana.”
Suasana ruang tamu itu jadi sepi. Hafiz dan Amran yang tadi sibuk makan, kini sudah diam menelinga juga. Nama Nina yang menarik perhatian mereka. Nina yang seksi. Nina yang manja. Teman wanita Iskandar yang baru. Edisi yang terkini. Baru berusia dua minggu perkenalan mereka. Masih hijau. Masih muda lagi. Mungkin kerana itulah Iskandar mahu memastikan sambutan itu romantik.
“Biarlah.”
Jawapan Anis itu menyebabkan mereka semua berpandangan. Anis tidak marah? Anis kelihatannya kembali menikmati mihun gorengnya. Bersungguh-sungguh pula nampaknya.
“Sedap mihun ni Anis.” Amran mengubah tajuk perbualan dan menceduk mihun untuk kali ke tiga ke dalam pinggannya.
“Sambal ni pun punyalah kick.” Hafiz menambah.
Anis hanya tersenyum. Dia tahu mereka mahu mengambil hatinya. Kalau tidak memikirkan yang ini adalah majlisnya, dia sudah lama meninggalkan rumah ini. Fikirannya kusut. Mendengar nama Nina, dia terasa seperti ditampar halilintar. Entah apa agaknya yang dilihat Iskandar pada gadis gedik itu. Berbulu matanya melihat. Nina yang tiada tulang belakang. Asyiklah melengser dekat dengan Iskandar. Lelaki memang suka perempuan yang begitu agaknya. Yang manja tidak bertempat. Yang seksa mata melihat.
Sekeping sampul surat diletakkan Amran di atas meja. Mata Anis melihat sampul itu. Ah! Sudah. Apa pula yang dimahukan oleh Amran kali ini. Pinggan mihun sudah diletakkan semula.
“Ni ada kes untuk engkau.”
“Amran...aku tak mahu.”
“Hish...kau ni. Anggaplah ni tugas fisabilillah. Kau membantu orang. Kau tak nak pahala?” Amran bertutur dengan serius.
Mahu ketawa Anis mendengar Amran bercerita tentang pahala. Amboi, Amran sudah mahu tazkirah!
“Aku rasa macam banyak dapat dosa adalah.” Anis menolak sampul surat itu. Jauh sedikit. Dia penat mahu menguruskan masalah hidup orang. Masalah hidup sendiri bertimbun.
“Ni dua ratus ringgit.” Amran mengunjukkan duit kepada Anis.
“Oui, banyak tu!” Jenny menjerit. Dia mengambil duit dari tangan Amran dan mula mengira. Hafiz hanya menggeleng. Tidak mahu masuk campur. Lebih baik makan kek sebelum Amran sambung makan kembali. Nanti tinggal udara saja yang tinggal.
“Banyaknya!” Anis memandang Amran dengan rasa tidak percaya.
“Kau nak amik tak kes ni?” tanya Amran sambil mengangkat keningnya.
Senyuman nakal melakari bibirnya.
“Ni kes yang last tau. Lepas ni aku tak mahu!” Anis mengambil duit itu dari tangan Jenny. Lepas kes ini dia akan insaf. Satu saja kes lagi. Satu. Anis berjanji dengan diri sendiri.

Sunday, February 19, 2012

Khilaf hati....

Salam,

Betul tak kalau saya katakan, sesetangah perkara kita tak boleh lupa? Walau berusaha untuk dilupakan, walau bersungguh-sungguh mahu bergerak ke hadapan dan bukannya tersekat di ruang masa lalu yang membelenggu.. Daya ingatan manusia ini pelik. Ada perkara yang kita patut ingat tetapi kita lupa. Ada perkara yang mahu dilupa tetapi asyik teringat.

Yalah, kita bukan robotkan. Kalau robot mungkin boleh reboot saja. Senang.... kalau susah sangat, masukkan virus. hehe....

Yang mampu kita lakukan adalah berdoa. Beberapa hari ini saya melihat tv dan asyik diingatkan.... lupuskan dendam, jangan memutuskan persahabatan....

Hakikatnya, kita hanya manusia biasa yg banyak khilafnya. Surah Ar-Ra'd ayat 39 menyatakan,

"Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan ingatlah pada sisinya ada ibu segala suratan."

Hati, bertabahlah. Segala ujian Allah itu untuk kebaikan diri sendiri juga. sabar... breath...

Saturday, February 18, 2012

Saya Orang Kampung : Daging Lemak Cili Api + Pucuk Paku Perak



Salam,

Menu di hari Ahad. Hehe, pagi2 keluar ke TEsco. Beli barang dapur. Sampai rumah pukul 10.30 terus kemas barang dan masak. 11.30, makan. Hehe...nyaman. Alah, masak satu lauk saja kan. Bolehlah cepat.

Bahan:


Cili api
Kunyit
Halia
Serai
Bawang merah
Bawang putih
Pucuk paku perak
Daging

Kisar semua bahan. Jerang periuk, masukkan bahan kisar, masukkan daging. Letak garam. Daging dah empuk, masukkan santan. Kuah mendidih, masukkan pucuk paku perak. Bila mendidih sekali lagi, tadaaaaaaa... Siap.

Yieha.

Wednesday, February 15, 2012

Novel remaja : Akan datang......tajuknya DA

Salam,

Saya sampai ke HUKM jam 8.45 pagi. Sarapan dan kemudian naik tingkat 6. Ambil surat untuk ke unit Ginekologi. ambil injection dulu dan bermulalah episod...Ke menunggu dan menunggu dan menunggu.....

Jam menghampiri pukul 3 baru sampai rumah. Panas, penat dan lapar. Saya pun mandi, makan dan solat. Ya ALLAH lamanya ya di klinik ginekologi tu. Kesiannya pada perempuan2 yang hamil dan menunggu giliran... Wad ginekologi, memang penuh dengan orang mengandung!

Saya tak ada idea mahu update blog ni. Layanlah ya... coretan untuk novel remaja saya yang akan keluar insyaAllah pesta buku nanti (dengan izin-NYA)

HARI Sabtu yang panas. Mereka baru saja siap membersihkan kawasan sekolah yang menjalankan aktiviti kebersihan dan membanteras nyamuk Aedes hari ini. Zaris, Suzi dan Aisya duduk di tepi padang tersebut sambil minum bekalan air yang dibawa.
“Panas sungguh ya.” Aisya memulakan bicara.
“Panas ke? Mari aku sejukkan kau.”
Tiba-tiba mereka mendengar suara dan di dalam sekelip mata, tubuh Aisya basah lencun. Myra dan gengnya ketawa gembira. Mahu tidak lencun. Mereka menjirusnya dengan sebaldi air.
“Oui. Apa yang korang buat ni hah?” Suzi sudah mula naik angin.
“Dia panas. Aku tolong sejukkan.” Myra selamba menjawab. Lya dan Tini bersungguh-sungguh ketawa.
“Korang ni nak gaduh ke?” Zaris bersuara. Pandangan matanya berlaga dengan Myra. Memang penuh rasa kebencian.
“Kau pun sama. Jangan mimpilah nak kan Amirul tu. Dia, aku yang punya.” Myra memandang Zaris dengan geram juga. Mentang-mentang rumah Zaris dan Amirul selang dua pintu, Zaris ingat dia ada harapan memikat Amirul. Gadis perasan tidak sedar diri.
“Siapa cakap Amirul tu engkau yang punya? Mak Jah sedekah Amirul kat engkau ke?” tanya Zaris. Dia sudah lama berdiam. TGG ini memang tidak berhati perut. Asyik mahu mencari kesalahan orang saja.
“Kau ni nak kena ni...” Myra sudah mula mahu mengangkat tangan.
“Ehem.” Suara dehaman itu menyebabkan mereka semua berpaling. Enam pasang mata kini memandang Pak Abu, tukang kebun sekolah mereka.
“Aktiviti dah habis?” tanya Pak Abu.
Semua jadi diam.
“Kalau dah habis, bersurai.” Pak Abu berdiri tegak dengan memegang cangkulnya yang berkilat itu.
The Great Girls terus berjalan laju meninggalkan kawasan padang. Rasa seram melihat cangkul Pak Abu yang berkilat. Kalau kena cangkul, aniaya duduk hospital beberapa minggu. Lagi pun mereka seram melihat misai Pak Abu yang seperti misai A.Galak. Melintang tegak dan tebal. Memang menakutkan.
“Terima kasih, Pak Abu.” Aisya bersuara memecah keheningan suasana.
“Terima kasih, Pak Abu!” Seperti kakak tua, giliran Zaris dan Suzi pula mengucapkan terima kasih. Kalau Pak Abu tiada di situ pasti mereka sudah bergaduh. Mesti main tarik-tarik rambut! Tiga lawan tiga. Agak-agak ada peluang tak untuk menang? Zaris berbicara di dalam hati.
“Baliklah. Dah tengahari ni.” Pak Abu memberikan saranan lalu beredar dengan cangkul diletakkan di atas bahu.
Mereka melihat Pak Abu beredar dan menarik nafas lega.
“Benda ni tak boleh dibiarkan.” Suzi membuka mulut. Tangannya mengepal penumbuk. Lagak hero mahu mengamuk saja.
“Panas hati aku ni.” Zaris menepuk dadanya. Sudah seperti Hang Jebat yang mahu mengamuk pula.
Aisya membuka air mineralnya dan mencurahnya di atas kepala Zaris. Zaris diam termangu. Suzi sudah ketawa. Aisya wajahnya selamba sahaja.
“Kau kata panas. Aku tolong sejukkan.” Aisya berbicara.
Suzi menyambung tawanya. Namun tidak lama. Tawanya terhenti apabila Zaris mencurahkan air mineral ke atas kepalanya pula. Kini barulah adil. Mereka bertiga sama-sama basah. Tidaklah sebasah Aisya namun baju Zaris basah juga jadinya. Tudung Suzi pula sudah senget.

DA novel remaja saya.... teruja mahu melihat ianya menjadi nyata. Sementara tu.... layan ya. Daaa....

Monday, February 13, 2012

Lagi tentang CUD : novel ke 7

​“Is kirim salam. Dia ucap happy birthday.”
​Anis meletakkan garpunya ke atas pinggan.
​“Dia tak ada mulut sendiri nak cakap dengan aku?” tanya Anis.
​Soalan itu tidak dijawab oleh Jenny. Dia tahu Anis sedang marah. Apa juga jawapan yang dia berikan, Anis akan marah juga. Memang aktiviti yang membazir. Dia mendengar Anis mengeluh. Perlahan namun kedengarannya amat berat sekali.
​“Dia jauh kat Tioman. Aku pun tak tahu dia pergi sana. Pagi tadi aku bangun, ibu aku kata dia dah keluar. Hilang.”
​“Dia buat apa ke sana?” suara Anis sudah mengendur. Dia sedar ini bukan salah Jenny. Kasihan pada temannya itu yang terpaksa menjawab bagi pihak abangnya.
​Jenny semakin berat hati mahu menjawab.
​“Bagi tahu ajelah. Aku tak marah.”
​“Esok birthday Nina. Dia nak raikan kat sana.”
​Suasana ruang tamu itu jadi sepi. Hafiz dan Amran yang tadi sibuk makan, kini sudah diam menelinga juga. Nama Nina yang menarik perhatian mereka. Nina yang seksi. Nina yang manja. Teman wanita Iskandar yang baru. Edisi yang terkini. Baru berusia dua minggu perkenalan mereka. Masih hijau. Masih muda lagi. Mungkin kerana itulah Iskandar mahu memastikan sambutan itu romantik.
​“Biarlah.”
​Jawapan Anis itu menyebabkan mereka semua berpandangan. Anis tidak marah? Anis kelihatannya kembali menikmati mihun gorengnya. Bersungguh-sungguh pula nampaknya.
​“Sedap mihun ni Anis.” Amran mengubah tajuk perbualan dan menceduk mihun untuk kali ke tiga ke dalam pinggannya.
​“Sambal ni pun punyalah kick.” Hafiz menambah.
​Anis hanya tersenyum. Dia tahu mereka mahu mengambil hatinya. Kalau tidak memikirkan yang ini adalah majlisnya, dia sudah lama meninggalkan rumah ini. Fikirannya kusut. Mendengar nama Nina, dia terasa seperti ditampar halilintar. Entah apa agaknya yang dilihat Iskandar pada gadis gedik itu. Berbulu matanya melihat. Nina yang tiada tulang belakang. Asyiklah melengser dekat dengan Iskandar. Lelaki memang suka perempuan yang begitu agaknya. Yang manja tidak bertempat. Yang seksa mata melihat.

Sunday, February 12, 2012

CUD : Novel ke 7, lalalalalala

“Kau nak marah aku sampai bila ni?” tanya Iskandar.
“Sampai raya haji.”
Iskandar ketawa. Anis terasa mahu menutup telinga. Dia benci mendengar suara tawa Iskandar. Terasa seperti hatinya dilanda bah besar. Sukar mahu bernafas. Dia menarik nafas dan cuba menenangkan diri. Mencapai pula terung bulat dan juga sayur kangkung. Ini bekalan untuk seminggu.
“Nak beli ikan tak?’ tanya Iskandar.
“Mak Mah nak ikan merah dengan ikan tongkol.” Anis memberitahu.
“Aku pergi tengok ada tak.” Iskandar berlalu ke bahagian itu. Langkahnya itu dilihat oleh Anis dengan hati yang berat. Bahaya sungguh. Dia segera mengalihkan perhatiannya. Ya ALLAH, janganlah begini. Iskandar itukan sahabat baiknya! Dia tidak boleh jatuh cinta dengan Iskandar. Tidak boleh! Berdosa.
“Amoi, boyfriend banyak handsome.”
Anis menoleh. Nyonya tua itu mengenyitkan mata dan mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Terperanjat Anis dengan kenyataan nyonya itu. Bukan salah diakan jika dia jatuh hati dengan Iskandar? Nyonya tua pun tahu menghargai Iskandar. Lagilah dia yang baru berusia suku abad ini.
“Ni ikannya.” Iskandar sudah datang kembali dan meletakkan dua bungkusan plastik itu ke dalam troli.
“Thanks.”
“Apa nyonya tu nak?” tanya Iskandar.
“Apa?” terkejut Anis dengan soalan itu. Nampak pula mata Iskandar perbualannya dengan nyonya itu.
“Nyonya tu nak apa?” Iskandar memetik jarinya di depan mata Anis. Baru menyambut hari lahir yang ke 25, sudah nyanyuk Anis. Semenjak dari tadi, tumpuannya seakan-akan terganggu. Entah apa yang difikirkan Anis agaknya. Fikiran Anis itu adakalanya seperti lampu kelap kelip selepas raya yang berselirat dan sukar dileraikan untuk mencari yang mana satu hujung, mana pula pangkalnya.
“Dia tanya mana bawang.” Anis menundukkan wajah. Ah! Hari ini dia menjadi seorang penipu.

Friday, February 10, 2012

Saya anak bongsu : kuikuikui... X pandai memasak?

Saya anak bongsu yg x manja. Kuikuikui.. Bila mak saya kata...adik tu adik ni... Kakak2 sy akan kata...cis, adik dah tua. Hihi. Tp sy still anak bongsu wlupun umur saya 70 tahun kn? Rezeki saya...d atas saya ada 3 org kakak. Sampai saya form 5...kakak sy msh iron kn uniform sekolah. Memasak jgn harap! Ya, sy x pndi nak memasak! Sampailah bila saya keluar dari usm. Duduk sendiri, rindu masakan mak...saya belajar memasak. So, msk memasak...saya ok! Jgn suruh buat kuih muih or kek. Itu jawabnya saya akan kata...bantulah industri kecil dan sederhana. Hihi. Kalau nak raya or kenduri or rmi2 balik kampung, saya memang rajin buat prep. My sis tinggal masak je... Saya suka buat prep. Hihi.. 

Dalam cerita kisyah, budak junior masterchef...ada scene, kisyah bercita2 nk belajar rajin2 supaya ada duit nk upah pembntu rumah yg pndai memasak... Hahaha...itu sah kisah saya. Waktu kecik dulu, mak saya yg pesan... Menjahit x pandai, memasak tak tahu...mesti belajar rajin2 supaya ada duit. Hehe... Alhamdulillah...saya pndai juga memasak sekarang. Yg mudahlah. Yg ada dalam novel2 saya tu...maksudnya, sy pndai masaklah. 

Menjahit? Ops....setakat kain koyak n nk jahit oklh. Suruh guna mesin Singer tu? Huh... Jgn harap! Saya fail! Adik beradik ada 8. 4 llki, 4 perempuan...semua pndi menjahit guna mesin Singer mak kecuali saya. Hahaha. Entah2, nak buat gaun...jadi langsir! Sebab tu dlm CPD pula saya bercerita tntg perempuan yg x pndai memasak atau menjahit. Its reality! Tp yg penting...keinginan untuk berubahkan? Tahu x pndai.. Kena belajar sampai pandai. (ini merujuk tntg memasak ya, menjahit tu...sy ttp x kuasa nk belajar) hahaha.... Tp saya pandai mengait!! Ada lah pernah buat. Kuikuikui. 

Wednesday, February 1, 2012

Mimpi d bulan Februari

Mimpi itu kn siaran astro yg x berbyr.. Jadi tidak slh saya melakar mimpi sambil berusaha menjadiknnya 1 kenyataan, bukan? 
Sempena hari pertama Februari ini..sy berharap mimpi ini jd kenyataan: 

1. Hemoglobin darah dapat dinaikkan. Selagi x naik, peluang trnsplnt nipis.
2. Pesta buku PWTC nanti adalah hendakNya...satu nvl remaja diterbitkan. 
3. Pesta buku itu juga akan lebih manis jika, antologi thriller yg saya tulis...menjadi nyata. Pasti indah!
4. Menjelang Pesta Buku jga hrpn sy... Novelet Merah Cinta Kita sudah di ulang cetak. InsyaAllah. 

Lagi apa ya? 
Semoga segala urusan transplnt ini dipermudahkan. Semoga Allah merahmati saya.