Sunday, April 29, 2012

Cerita Kontot : Terakhir Kali

Bunga kemboja berguguran. Angin berhembus tenang dan suasana yg sunyi bertambah beku dan sayu.
"Aku suka kemboja. Bila tgk pokok kmboja, aku rasa mcm pokok tu kuat sngt." Suara Lin menerpa d telinga Mei.
"pokok kuat? Jati lg kuat. Keruing pun kuat."Mei membalas.
Lin ketawa.
"Gila kau. Nk tnm pokok jati kat kubur aku? Ko ingat ni hutan?" Lin ketawa lagi. Wajah Mei yg tenang itu membuatkan dia cemburu.
"Kau ni...ceritalh pasal kita plan nk ke Perth ke? Gi Paris ke? Cari salji! Gi tgk pokok epal n oren n anggur mcm yg ko berangan selama ni!" Mei membantah.

Lin tersenyum. Bukan dia tidak mahu pergi.

"Ceritalah tntg hidup. Tntg harapan. Bukan tntg kematian." Mei terus bersyarah.

"Tak ada salahnya mengingati mati." Lin mempertahankan pendapatnya.

"Okay. Mmg x salah. So, kau nk kemboja warna apa? Pink? Putih? Merah? Aku janji aku belikan." Mei akhirnya mengalah.

"Pink atau merah. Putih is too sad. I want it to be red. Let it bloom with full of loves." Lin membuat permintaan.

"Nak kena jirus air kerap x?" Mei bersungguh2 mencatatkan maklumat itu di dalam telefonnya.

Lin tersenyum dan menarik nafas perlahan.
"masa tu aku dh xde. Kau jgn lh bazirkn masa nak melepak di kubur aku."

Mei menjeling marah. Lin ni cakap yg bukan2.
"Aku, x akan pernah lupakn engkau d mna pun kau berada." Mei melafaz janji.

"Mei...dah lewat ni, jum balik." Lia mengajak. Hatinya sebak mlht Mei yg masih duduk berteleku d sisi pusara Lin.

Mei melihat sekuntum kmboja merah yg gugur di hadapannya. Dia mencapi kuntuman itu. Pipi terasa panas dan dia terus menahan diri. Bukankah dia sdh berjanji utk tabah?

"Doakan dia Mei."

Mei menoleh sekali lagi. Kemboja, moga kau terus berbunga. Lin, semoga Allah merahmati kamu. Suasana pusara yg sunyi dan sepi itu mnambah sebak dan duka yg blm mahu berhenti menghuni hati.

Wednesday, April 25, 2012

CUD : Bab 17

17
Seperti anugerah yang diberi namun hilang sebelum disentuh

PERTEMUAN itu berlangsung di kafe yang tersorok sedikit. Anis hampir-hampir sesat kerana peta arah laluan ke situ memang mengelirukan. Berpeluh mencari kafe yang sungguh tidak popular itu. Maklumlah, semasa dia masuk melangkah ke dalam kefe itu, tiada pengunjung. Kosong! Menambah misteri apabila Mariam tiba memakai cermin mata hitam dan selendang menutupi kepala. Amboi, bukan main rahsia.
Mereka duduk di sudut kafe itu dan menunggu minuman. Mariam menoleh ke arah kanan dan kiri beberapa kali. Anis menjadi semakin tidak selesa. Mariam ada masalah apa?
“Minumannya kak.” Pelayan itu membawa dua gelas air.
Setelah menyedut minuman, barulah Mariam nampak lega. Cermin mata hitamnya dibuka.
“Risau aku.”
“Kenapa?” tanya Anis. Dalam tidak selesa, Anis merasa kelakar pula melihat karakter Mariam. Macam selebriti yang diburu paparazi.
“Aku takut kalau Kamal ekori aku.”
Kini, Anis pula yang memerhatikan kawasan sekeliling. Tiada suspek yang mencurigakan. Cis, dia pun sudah terpengaruh dengan Mariam yangg terlebih tengok drama penyiasatan agaknya.
“Jangan takut. Mak aku kata dia ke luar bandar hari ni.” Mariam tersenyum sedikit.
Mendengar jawapan Mariam, Anis mahu ketawa. Kalau sudah begitu apa yang mahu ditakutkan? Pelik betul. Buat lenguh leher dia memerhatikan keadaan sekeliling.
“Aku bukan apa. Aku takut Kamal arahkan konco-konco dia perhatikan aku.” Mariam memberitahu dengan nada yang berbisik. Jus epal itu disedut perlahan. Dia kemudiannya mengeluarkan sebuah sampul surat dan meletakkannya di atas meja. Sampul surat itu ditolak ke hadapan Anis.
Anis melihat sampul surat nipis itu. Wang upah?
“Ini maklumat yang aku ada tentang Kamal.”
Maklumat rupa-rupanya. Anis mencapai dan membuka sampul itu dengan berhati-hati. Sehelai kertas dikeluarkan. Di atas kertas itu hanya ada sebaris nama. Kamarul Bahrain Haji Firdaus. Mata Anis mencerlung ke arah Mariam. Maklumat apa kalau ada sebaris nama saja? Anis mengangkat kertas itu ke arah cahaya matahari. Manalah tahu, Mariam menggunakan dakwat ajaib. Tetap kosong juga.
“Kau tengok apa?” tanya Mariam.
“Mana maklumatnya? Sebaris nama ni aje?” Mahu saja Anis menambah, ini kerja gila namun mengenangkan Jenny yang meminta tolong supaya dia membantu Mariam, Anis menzip mulutnya. Bersabar itukan separuh dari iman. Anis mengingatkan diri.
“Itu maksud aku! Aku tak tahu apa-apa tentang dia. Kosong. Aku cuma tahu nama dia. Aku cuma ada nombor telefon dia dan kereta dia. Lain-lain kosong. Kau ingat aku tak risau?” Mariam mula bercakap tanpa hati.
“Okay, okay. Tarik nafas. Tenang.” Anis mengingatkan. Mariam macam promosi lagu Najwa Latif saja apabila mengulang perkataan kosong itu beberapa kali.
“Aku takut dengan dia tahu tak.”
Sehelai tisu Anis keluarkan dan menghulurkannya kepada Mariam yang sudah mula bergenang airmatanya. Ini kes yang serius. Patutlah Mariam sanggup membayar sampai seribu ringgit.
“Dia ada buat apa-apa yang tak elok pada kau ke?” Anis bertanya. Baru mahu mengkagumi lelaki itu. Jika Mariam menjawab ya, memanglah hampeh sungguh.
“Tak.”
“Habis tu?”
“Kau kena cari maklumat. Aku nak tahu terperinci. Apa dia suka. Apa yang dia tak suka. Mana dia pergi? Dia ada girlfriend ke tidak. Kau kena bagitahu aku segala-galanya.” Mariam membuat permintaan. Soalan Anis tidak dipedulikan. Memanglah Kamal menyentuhnya pun tidak tetapi jika tidak dihalang, kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan nanti. Lelaki bermuka serius itu tidak sesuai dengan dirinya. Sama sekali tidak sesuai. Minta dijauhkan!
“Apa maksud kau bila kau kata dia ada konco?” Anis tiba-tiba teringat perkataan yang disebut oleh Mariam sebentar tadi. Kamal ini geng mafiakah? Ketua kongsi gelap? Samseng?
“Aku tak tahu. Yang aku tahu, dia diberhentikan dari polis. Kenapa? Aku tak tahu, tapi orang yang kena berhentikan ni mesti orang yang tak baikkan? Aku kena pergi. Bil minuman ni kau masukkan dalam total bil nanti. Aku balik dulu. Kau balik selepas lima minit.” Mariam memakai cermin matanya semula dan menarik selendang supaya menutup wajahnya.
Anis yang ditinggalkan sendirian mula termenung. Ini tugas yang mencabar. Kamal, polis yang diberhentikan? Menarik. Pasti ada sesuatu yang berlaku. Rasuah? Bulu roma di tengkuk terasa meremang.

CUD : Bab 5

5
Seperti langit runtuh lalu hatiku basah kedinginan

MEREKA duduk menunggu di situ. Suasana senyap. Jenny sibuk dengan telefonnya. Hafiz mengunyah gula-gula getahnya dan Amran pula termenung. Semua seakan-akan hanyut dalam dunia sendiri. Langsung tidak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling.
“Aku nak balik.” Anis bersuara. Dia mencapai beg sandangnya. Tidak mahu membuang masa menunggu lagi. Masa itu mahal. Bukan bolah dibeli di mana-mana kedai pajak gadai pun. Langkahnya tergendala apabila Hafiz menarik beg sandangnya dengan kuat. Terduduk dia semula.
“Aduh, sakitlah.” Anis sudah mengambil begnya dan memukul Hafiz beberapa kali. Aksi ganas yang tidaklah ganas mana.
“Aduhai...macam budak-budak.” Jenny menegur.
“Sepupu kau ni yang macam budak-budak. Bukan aku.” Anis mencebik. Dia membuang pandang ke tempat lain. Tidak mahu memandang Hafiz. Nanti dia akan menjelirkan lidah ke lelaki itu dan ketika itu barulah dia boleh dikategorikan sebagai budak-budak.
“Tunggulah sekejap. Kan Iskandar kata dia nak datang. Kejap lagi muncullah tu.” Amran pula yang masuk campur. Dia bangun dan memandang kawan-kawannya itu.
“Aku pergi beli minuman dululah. Nak apa?” tanya Amran. Mahu meredakan suasana yang membara. Mahu membeli masa supaya tiada siapa sedar yang Iskandar itu memang patut diluku kepalanya. Gagal menepati temujanji yang ditetapkan oleh Hafiz semalam. Iskandar ini memang tidak serik-serik mahu menjadi punca kemarahan kawan-kawan.
Jenny menggeleng.
“Sirap limau.” Hafiz menyebut minuman kegemarannya itu.
Amran berdiri menunggu kata-kata dari Anis namun gadis itu diam. Sudah merajuk nampaknya. Dua perempuan ini memang sejak mereka sampai lebih kurang lima belas minit tadi memang keduanya mood tidak baik. Entah-entah mereka berkongsi PMS. Amran dengan mudah membuat kesimpulan. Dia segera membelikan minuman. Kembali ke meja dia meletakkan air kelapa itu di depan Anis. Untuk Jenny pula dia membelikan cincau.
“Thanks.” Jenny mencapai gelas itu dan menghilangkan dahaganya.
“Amboi, tadi bukan main menggeleng.” Hafiz menegur.
Jenny memberikan jelingan secara percuma. Yang masih kaku diam tidak bersuara hanyalah Anis. Masih masam seperti jeruk kelubi.
“Anis, minumlah. Buat sejukkan hati. Kejap lagi Is sampai. Dia dah mesej ni. Tengah cari parkir.” Hafiz memujuk. Dia sudah arif dengan rajuknya Anis. Bukan lama pun cuma akhir-akhir ini dia perasan juga yang Anis lebih suka menyendiri. Mungkin kerjanya bertambah namun di antara mereka semua, Anis saja yang bekerja di rumah. Sepatutnya Anis yang paling relaks kan? Namun tanggapan itu disimpan kemas di dalam hati saja. Dia takut jika diluahkan, ada kelapa yang terbang ke arahnya. Kerja aniaya. Tidak pasal-pasal masuk hospital.
“Aku tak rasa nak minum.” Perlahan saja Anis menjawab dalam nada suara yang perlahan.
“Kau perlu minum air ni. Kejap lagi kalau kau menangis, badan kau tak cukup air.” Hafiz masih lagi bersuara dengan lembut.
Kata-kata Hafiz itu menyebabkan Anis berpaling. Wajah yang kononnya tidak mahu dipandang itu kini ditatapnya dengan wajah yang penuh tanda tanya. Apa maksud Hafiz? Lelaki itu bersahaja namun Anis dapat merasakan yang ada sesuatu cerita yang mahu dikongsikan Hafiz. Penting. Itulah yang diberitahu Hafiz lewat panggilan telefon malam tadi. Penting hingga menyebabkan Anis tidak sampai hati mahu berdolak dalih. Kalau ikutkan hati, dia malas mahu berjumpa mereka semua.
Anis menyinggung lengan Jenny. Temannya itu menoleh dan menggeleng. Tanda tidak tahu juga. Baru Anis mahu membuka mulut dia melihat kehadiran Iskandar. Argh, tembok kesabaran terasa runtuh. Sibuk sungguh Nina yang tersangkut di tangan Iskandar.
“Sorry guys. Tak ada parking.” Iskandar menegur. Wajahnya bersahaja, tiada langsung riak rasa bersalah.
“Hai....” Meleret ucapan hai yang diberikan oleh Nina yang datang dengan memakai dress pendek berwarna merah. Tangannya memeluk lengan Iskandar dengan rapat. Bibirnya lebar dengan senyuman. Gembira.
“Darling nak minum apa?” tanya Iskandar.
“It’s okay. I leave you with your friends. Jangan nakal-nakal tau. I pergi salon tu dulu ya. Bye guys!” Nina berlalu pergi dengan lenggang lengguknya. Dia sudah terlewat untuk temujanji mahu mencuci rambut dan memotong hujung rambutnya yang rosak.
Iskandar mencapai air kelapa Anis dan menyedut straw selepas membaca bismillah.
“Air aku tu.” Anis memukul tangan Iskandar.
“Tadi kata tak rasa nak minum.” Amran menegur.
Anis menjegilkan mata. Tidak sekolah betul Amran ini.
“Itu tadi. Sekarang haus. Haus!” Anis mengambil semula air kelapa itu.
“Kedekut. Nanti kat kubur kau, kita orang tanam pokok kelapa dua tiga pokok.” Iskandar bersuara lalu ketawa namun lawaknya tidak disambut oleh kawan-kawannya. Adiknya Jenny sudah menyepak kakinya di bawah meja.
“Okay, sorry. That’s not funny. Apa hal yang penting sangat ni?”
Suasana menjadi kembali senyap.
“Hafiz nak cakap apa sebenarnya?” tanya Anis. Senyuman yang kini menghiasi bibir Hafiz terasa tidak ikhlas saja. Empat pasang mata memaku ke wajah Hafiz. Menagih jawapan. Orang yang ditanya hanya tersenyum-senyum.
“Kau nak kahwin eh?” tanya Amran. Emak Hafiz hari itu ada mengatakan yang dia sudah tidak sabar mahu menimang cucu.
“Ngarutlah.”
“Kau ada awek baru? Naik gaji? Beli kereta baru?” Jenny pula mengasak. Meneka tiga senario sekaligus. Untung-untung ada yang kena namun sepupunya itu tetap menggeleng.
“Kau nak belanja kitaorang makan?” Giliran Iskandar meneka.
Hafiz ketawa. Kini matanya beralih kepada Anis. Adakah gadis itu mahu meneka. Anis menggeleng.
“Beritahu sajalah.” Anis meminta. Melihat raut wajah Hafiz dia terasa sebak tiba-tiba.
Mata Hafiz dihalakan kepada kawan-kawan yang dikenalinya sejak dia masih kecil lagi. Amran, Iskandar dan Jenny memang sepupunya maka hubungan mereka memang sudah lama akrab. Anis pula dia rapat semenjak sepuluh tahun yang lalu. Bibirnya berat mahu bercerita.
“Cakaplah,” desak Jenny semakin tidak sabar.
“Aku nak ke Perth, Australia.”
Semua terdiam.
“Cuti?” Laju mulut Anis bertanya walau hati seakan tahu bukan itu jawapan Hafiz.
“Land of kangaroo.” Itu pula yang dijawab Hafiz.
“Yalah. Satu dunia tahu kat Australia banyak kangaroo. Yang kami nak tahu, kau nak buat apa ke sana? Dah tak suka kawan dengan kami? Nak ganti dengan kangaroo pulak?” Jenny sudah memetir. Bahu Hafiz ditolak beberapa kali. Geram. Atau mungkin juga kerana terbit rasa kehilangan.
“Kau ingat Uncle Douglas? Pakcik belah emak aku?” Hafiz mula mahu bercerita.
Mereka semua mengangguk. Mereka pernah berjumpa lelaki itu beberapa kali ketika dia pulang ke Malaysia.
“Dia mahu aku bantu dia di sana. Uruskan rumah penginapan yang dia ada. Diakan tak ada anak. Dia nak tinggalkan perniagaan tu pada aku. Jadi, sementara dia masih sihat ni dia nak aku belajar selok belok segala benda.”
Semua terdiam.
“Kau pergi sekejap ke lama?” tanya Anis.
“For good. Sekali sekala baliklah sini. Emak aku ada kat sini. Tapi akan datang, mak aku ikut juga ke sana.” Hafiz menerangkan.
“Good for you.” Iskandar menepuk bahu Hafiz.
Jenny memukul bahu abangnya. Apa yang baiknya? Hafiz akan meninggalkan mereka. Jauh di sana. Pasti akhirnya akan terputus hubungan.
“Apa dia?” Iskandar menoleh ke arah adiknya itu. Asyik memukul bahu orang, mahu lebam sesiapa yang menjadi suami Jenny agaknya.
“Nanti tak boleh jumpa.” Jenny meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Facebook ada. Skype ada. Emel ada. Kumpul duit dan bila lapang, kita ke sana. Sekarang bukan zaman Flinstones.” Iskandar menegur adiknya itu.
“Betul tu Jenny. Ini masanya untuk Hafiz ambil peluang yang ada. Kita patut bagi dia sokongan.” Amran yang semenjak tadi diam kini bersuara. Dia tahu selama ini hubungan mereka rapat. Sekolah rendah di sekolah yang sama. Sekolah menengah juga di tempat yang sama. Ke universiti pun, tidak jauh terpisah. Semua masih di Kuala Lumpur sahaja.
“I will miss you.” Tiba-tiba Anis pula bersuara.
Hafiz menoleh dan tersenyum.
“I will miss you too.” Hafiz membalas.
Kawan yang lainnya melihat mereka berdua. Amran berdeham.
“Jangan nak buat apa-apa hipotesis. Aku dengan Anis kan saudara.” Hafiz membalas.
Anis juga turut tersenyum. Dia akan kehilangan seorang sahabat. Sahabat yang selalu ada untuk mendengar keluh kesahnya.
“Tak apalah Jenny. Lain kali ke Perth, kita dah ada bilik.” Anis menyedapkan hati Jenny yang raut mukanya kesedihan.
“Lagi pun, Hafiz tak ada...aku kan ada.” Amran bergurau. Serta merta suasana yang sedikit tidak selesa itu menjadi reda seketika.
“Sengal.” Jenny membalas.
“Kau jangan...nanti aku suruh Hafiz gajikan aku jadi chef kat sana, tinggal kau kat sini sorang-sorang.” Amran mengugut walaupun hakikatnya niat sebegitu langsung tiada terbit di dalam hati. Rezekinya di tanah Malaysia ini saja. Dia gembira menjadi chef di Hotel Hilton sahaja.
“Sudahlah.” Hafiz menenangkan suasana.
“Bila pergi?” tanya Iskandar.
“Empat hari lagi.”
Semua mata sudah terbeliak memandang Hafiz.
“Sorry. Aku tak sampai hati nak bagitahu korang.” Hafiz mengangkat tangan tanda meminta maaf.
Suasana senyap seketika. Semua berfikir sendiri-sendiri.
“Kita buat makan-makan sebelum kau pergi.” Jenny mencadangkan.
“Tak payahlah susahkan diri.” Hafiz menolak. Tidak mahu menyusahkan mereka. Cukuplah dengan doa untuk kejayaannya di sana.
“Jangan ngada-ngada. Kau datang dan makan saja. Semuanya Amran akan uruskan.” Jenny membuat keputusan. Suaranya tegas dan penuh semangat. Dia sudah mengeluarkan nota kecilnya dari dalam tas tangan. Mahu membuat perancangan.
Amran yang mendengar terkulat-kulat. Sepupunya ini memang ada darah ‘queen control’. Dia mengangkat ibu jari tanda setuju. Separuh rela namun diturutkan kerana Hafiz.
“Buat kat rumah Anislah. Makanan minta tolong Mak Jah uruskan.” Jenny sekali lagi membuat keputusan.
Telefon Jenny berbunyi maka dia beredar jauh sedikit. Mereka yang tinggal berpandangan.
“Queen control dah gila kuasa.” Iskandar bersuara dengan berbisik.
Mereka semua ketawa. Memang arif dengan Jenny yang kadang-kadang perasan yang dia itu ketua kumpulan mereka.
“Korang ngumpat aku?” Jenny kembali dengan wajah yang serius.
“Mana ada. Ni, Iskandar kata dia akan shopping bahan masakan dengan Mak Jah.” Anis membuat cerita.
Iskandar memandang Anis. Amboi, Anis pun mahu mengambil kesempatan namun demi Hafiz dia mengiyakan saja. Hafiz melihat wajah kawan-kawannya itu. Setiap satunya memiliki personaliti yang berbeza namun mereka ada satu persamaan. Mereka sayangkan persahabatan mereka. Tiada apa yang mampu mengubah rasa kasih itu.

Monday, April 23, 2012

23 April, Isnin...2012

Salam, 370 hari yg lalu saya mengingatkan diri yang bagasi jiwa ini sudah terlebih berat bebannya. Sudah setahun lebih berlalu dan mengapa kaki masih terasa tersekat di ruang yang sama. pelikkan? Saya tidak pernah tahu yang saya jenis orang yang begini! Sungguh mengecewakan. Ahaks.... But i guess, u dont really know who u are until u face certain situations that makes u realised, how different u really are compare to the person that u imagine u r before. Satu yang pasti, segala pengalaman ini tidak mungkin boleh dibeli di mana2. Kalau dijual mahu pun dilelong, tiada siapa yang berani membelinya. Terlalu besar risikonya.

Sunday, April 15, 2012

Saya takut...

Salam,

Ini adalah kronologi saya dalam usaha membuat transplan :

1.5 Disember 2009 : saya di diagnos renal failure. Kedua buah pinggang kini hanya boleh berfungsi sebanyak 20% saja. Lima hari di hospital. Buat fistular operation. Sebulan lebih mc. Kembali bekerja pada Februari 2010.

2. Anak saudara setuju nak beri buah pinggang. Mulakan work up process di Hsptal Putra, Batu Pahat. Siap early work up (ujian darah sama, buah pinggang dia sihat dan dia tiada penyakit) kami diusul ke HUKM. Sayang, HUKM x buat pembedahan transplan antara ibu saudara dan anak saudara.

3. Teruskan dengan dialisis 2 kali seminggu.

4. April 2011, kakak pula mahu jadi donor. Sekali lagi buat work up di Putra dan kali ini ke HUKM lagi.

5. 18 April, meeting woth dietician HUKM, mulakan ambil sample urin, xray...

6. 19 May, kakak perlu buat stress test. saya buat ultra sound test.

7. 1 June, selain darah yang diambil bertiub2....jumpa pakar sakit jiwa.

8. 13 june, ambil darah untuk tissue typing.

9. 7 july, buat femur ultrasound pula. ini untuk urat atau saluran darah sama ada elok dan boleh digunakan.

10. 27 july, ambil darah lagi... Hantar untuk white cell test di Singapura. Nak tengok white cell matching tak.

11. 28 july, ke workshp tentang transplant.

12. 7 september, kakak saya ada dtpa scan.

13. 14 september. ivu test utk kakak saya.

14. 19 sept, kakak saya admit d hukm untuk angio test (sebenarnya separuh dari test2 ni saya pun tak tahu untuk apa...so many test)

15. 28 sept, buat another test. Masukkan air dalam pundi kencing. Nak tengok ada problem ke x.... sakit!

16. Dec, hemoglobin saya rendah... sangat rendah.... mulalah masuk venofer masa dialisis.

17. 7 Dec, jumpa datin.... doktor yg head of nephro n transplant unit. Scary.

18. 13 Januari, sekali lagi dtpa test untuk kakak. Yg aritu keputusan tak elok.

19. 15 januari, kakak buat mcug test.

20. 6 feb, jumpa doktor transplant lagi...

21. 15 feb, gynae pula sbb period yg heavy dan hb yg rendah...

22. 27 feb, ambil darah lagi n jumpa doktor

23. march..mercera injection.

selain dari ambil darah, saya juga ambil HOPV injection, Hepatitis B injection.. Naik lali tapi rasa sakit diinjek tetap sakit. Start Disember 2011 juga saya mula dialisis 3 kali seminggu. Hidup menjadi semakin terkongkong. Dengan kerja, dengan dialisis di KPJ selangor, appointment dengan HUKM...lalok saya jadinya.

Last appointment dengan doktor hari itu, saya diberi tarikh 24 April masuk hospital, 2 may transplant. Tapi hemoglobin darah saya rendah.. Entahlah. Kadang2 dalam berharap, jadi putus asa juga.

Esok 16 April, ada appointment dengan doktor. Saya tak tahu apa yang akan berlaku. Jika hb masih rendah...mhmm.... saya pun tak tahu nak kata apa. Kalau ikut rancangan asal, 17 April saya dah mula dialisis di HUKM. Saya takut... dengan berita yang akan diterima esok.

12.

Thursday, April 12, 2012

Bila balik kampung..

Ini senarai bekal yg sy bawa dr kmpg. Hik hik.. Mcm lh kat kl xde tp dh emak offer, saya amik aje. 

1. Bwg merah, bwg putih (haha...lps kenduri, ada bnyk, mak srh amik)
2. Betik sebiji (pokok mak tnm, jns betik kecik)
3. Pucuk daun soh (ini pucuk buah belinjau yg org buat emping tu...sedap jika tumus air atau msk lmk campur labu)
4. Pucuk ubi (kuikuikui...pck ubi kl keras! Kmpg punya lmbut)
5. Tempe 4 kpng kecil
6. Sambal kicap (srh anak sedara buatkn)
7. Serunding kelapa(pesan dgn abang...yummy klu mkn dgn bubur)
8. Lada cili, lada hijau, lada merah (shoppingkn mak brg dapur, sy beli cili sekali)
9. Satu tin kecil sardin... Ini stok klu terdesak xde mknn.

Xdelh bnyk kan. Lps kenduri, xde rasa nk mkn mknn yg berat2.. Smlm anak saudara hntr ayam lmk cili api, sy yg mls msk sbb pagi tu sibuk bawa mak sarapan, ke kubur dan kemudiannya ke carrefour, belikn stok mknn kering utk emak... So tengahari semalam sy potong cili, bawang..tumis dan masukkn ikan bilis. Letak belacan sikit, tuang kicap lmk mns. Yum, yum... Menu org malas, tapi mak sy berselera makan. Hihi...oklh tu. 

Yalh, mlm kenduri sebelum tu dah menunya : nasi pth, mee goreng, kari ayam, sambal goreng, sambal tumis udang, ikan kering bulu ayam, serunding... Blm lg kuih muih: bahulu, karipap, dadih, puteri ayu, kaswi, kek coklat, kuih dangai.... Sesungguhnya, saya mkn dadih 1 saja. Yg lain sy tengok aje. Lepas dialisis, terus travel balik kmpng. So tgk mknn, alahai xde selera. 

Syukur alhamdulillah majlis berjln dgn lancar. 1 majlis, 3 agenda - kenduri arwah abah, kesyukuran anak saudara dpt spm yg cemerlang dan semoga pembedahan transplan itu berjaya dilakukan. Amin.

Tuesday, April 10, 2012

5 tahun Sudah Berlalu





Setiap kali ke sini, di atas kawasan bukit ini....saya selalu rasa tenang. Saya suka angin yang bertiup damai... Saya suka melihat kuntuman kemboja atau melur yang berkembang indah. Tenang.

Lima tahun yg lepas, arwah abah mempunyai 21 orang cucu dan seorang cicit. Teringat antara pesanannya semasa di akhir hayat abah... "kumpulkan semua anak cucu dan cicit. Nak jumpa." Kami berkampung di hospital. Duduk berderet di ruang menunggu dan kami bergilir2 membacakan yasin tanpa henti. Kini cucu abah bertambah lagi seorang dan ada 5 orang cicit lagi.

Abah semasa hayatnya bukan jenis yang banyak bercakap. Setiap kali kami memasak, mesti abah akan datang menjengah dan bertanya apa yang kami masak sedangkan arwah abah bila ada sepuluh lauk pun, hidangan abah hanya nasi dan sejenis atau 2 jenis lauk sahaja. Tak macam kami, kalau ada sepuluh lauk..semua pun nak rasa.

Abah lelaki tipikal yang tidak mengucapkan kasih sayang tetapi jika kami ke mana-mana, selagi kami tidak pulang...abah akan berulang alik di depan rumah hingga kami pulang. Di akhir hayat abah, semasa dia masih boleh bersuara, abah mengatakan...abah sayang kamu semua jugak dan basahlah pipi kami saat dia sudah tidak mampu bersuara dan giliran kami membisikkan di telinganya supaya berzikir nama Allah tanpa henti.

Susah payah abah membesarkan kami tidak mungkin akan kami lupakan. Kerana abah dan emak...saya menyimpan janji untuk mengubah hidup. Untuk belajar pandai2 dan berharap keluarga kami keluar dari era kesusahan. Alhamdulillah...anak2 abah berjaya dalam hidup dan pelajaran.

Kini, kami hanya ada emak. Semoga emak sihat dan dirahmati Allah selalu. Amin.

Ubi Kari Yummy



Malam semalam saya minta emak masakkan ubi kari. Hehe...ada sesiapa pernah makan? Mudah saja cara membuatnya tapi bila emak yg masak, yummy! Bawang merah, bawang putih, ikan bilis tumis. Masukkan rempah kari. Masukkan ubi kayu. Tambahkan air dan daun kari. Biar ubi kering sehingga empuk. Argh sedapnya. Sangat sedap. Arwah abah suka makan ubi kari ni. Sebab tu agaknya emak lama tak membuat hidangan ini.

Monday, April 2, 2012

CUD : Teaser...... bab 16

SETELAH melayan Mak Mah yang bertanya itu dan ini tentang majlis di rumah Arman itu, Anis keluar semula dan duduk di balkoni. Di tangannya ada sekoleh Nescafe panas. Memang dia berhajat untuk tidak tidur malam ini nampaknya. Lagi pun dia sudah tahu yang matanya ini akan membuntang hingga ke pagi. Trauma dengan panahan mata lelaki bernama Kamal. Anis senyum sendiri. Mengarut sungguh.
“Eh, anak ayah uda ni tak tidur lagi?” Ariffin menegur Anis.
“Kejap lagilah ayah uda. Mana ibu?” tanya Anis. Menjengah ke belakang ayah uda dan dia lihat tiada siapa di situ.
“Sudah lena diulit mimpi.” Ariffin membalas.
“Ibu kata majlis perpisahan tu meriah.”
Ariffin mengangguk. Mereka berdua ke majlis yang meraikan persaraan salah seorang teman sekerja Faridah. Dia memandang Anis yang asyik merenung langit tidak berbintang.
“Ada siapa kat langit tu?” tanya Ariffin. Kata isterinya, Anis sudah memakai tudung dan semenjak bertudung ini sikap Anis kelihatan lebih lembut dan nampak matang. Berubah secara sendiri atau kerana dorongan seseorang? Rahsia itu mahu juga dikongsi bersama.
“Bukan siapa tapi apa. Ada awan, ada udara dan ada planet.” Anis senyum.
“Ayah uda ingat ada satria muda melambai-lambai dari atas sana.”
Serta merta Anis menoleh.
“Kalau ada orang yang melambai-lambai dari atas sana, Anis dah cabut lari ayah uda.”
Tawa mereka berpadu.
“Kamu ni Anis, saja nak lari dari topik. Bila nak kenalkan dengan kami kekasih hati? Ayah uda rasa tak sabar nak bina pelamin, tempah katerer, berbalas pantun...”
“Ehem...jauhnya ayah uda berangan! Anis baru 25 tahun. Lagi pun mana ada sesiapa.” Anis menundukkan wajah. Malu.
“Nak ayah uda kenalkan dengan anak-anak kawan ayah uda? Anis nak yang mana? Majistret? Lawyer? Penyanyi?” Ariffin menyambung tawanya.
Anis nak kenal dengan Kamal. Suara hatinya berdesis. Dan kemudiannya dia ketawa sendiri. Dia menutup mulut apabila sedar ayah uda memerhatikannya dengan penuh minat. Alamak, kantoi!
“Aha! Adalah ni.”
“Hisy, tak adalah.”
“Iskandar, Hafiz....Amran? Dah lama kawan. Dah kenal rapat. Kalau kahwin senang.” Ariffin memberikan cadangan.
Sebenarnya, dia suka kalau Anis ada jodoh dengan salah seorang dari mereka. Keluarga pun sudah kenal mesra. Pasti mudah dan tidak perlu pening kepala. Yang peliknya, anak muda ini semuanya seakan-akan tidak tertarik antara satu sama lain. Mungkin cupid belum mula memanah agaknya.
“Amran tu bercinta dengan periuk belanga.” Anis ketawa.
Amran pernah berkata, dia akan hanya bercinta apabila kariernya sebagai chef sudah berjaya. Bila ditanya, bagaimana tahap yang dia boleh kategorikan sebagai berjaya, Amran membalas dia mahu popular sedikit dari Chef Wan. Mujur bukan Chef Ramsey atau Nigella Lawson. Bongkok tigalah jawabnya mahu mencapai tahap itu.
“Hafiz?”
“Hafiz sedang bersusah payah dahulu, bersenang lenang kemudian. Dia jauh dekat sana ayah uda. Kalau dia kahwin dengan perempuan rambut perang mata biru hijau kuning, tak mustahilkan?” Anis menjawab dengan rasa hati yang rindu. Ya, dia rindu mahu bercerita secara langsung dengan Hafiz yang selalu menjadi pendengar setia.
Nada suara Anis yang mengendur membuatkan Ariffin menoleh ke arah wajah Anis. Ada riak kosong di wajahnya.
“How about Iskandar?”
Anis ketawa dan menggeleng.
“Is bertukar girlfriend macam tukar baju.” Berat terasa mulut mahu mengatakan begitu tetapi realitinya memang begitu. Iskandar memang lelaki yang tidak boleh hidup sendirian. Cepat putus dan cepat pula mendapat pengganti.
Bahu Anis ditepuk perlahan.
“Mungkin dia belum jumpa baju yang sesuai. Mungkin saiznya tak muat. Atau baju yang ada dah luntur.” Ariffin memberikan rumusan.
“Ayah uda ingat, Iskandar tu buka kedai dobi?” Anis mencebik.
Tidak setuju. Tidak baik memberikan harapan kepada orang dan kemudiannya meninggalkan mereka keliru dengan apakah kekurangan diri mereka hingga diri hanya layak ditinggalkan. Jika dibuat kajian, entah berapa ramai bekas kekasih Iskandar yang terkorban perasaan di medan percintaan itu. Entah apa agaknya yang dicari oleh Iskandar. Soul mate yang lebih baik dari sempurna?
“Jodoh ni sebahagian dari rezeki, Anis. Ada orang rezekinya cepat, ada yang rezekinya lambat. Ada yang sudah dapat rezeki itu tapi hilang bila tak menjaganya baik-baik.” Ariffin memberikan nasihat.
Terasa sebak pula dada Anis mendengar kata-kata ayah uda itu.
“Jumpa dengan ibu Anis adalah rezeki dan rahmat yang sangat berharga dalam hidup ayah uda. Suatu hari nanti, bila Anis jumpa si dia, Anis akan tahu. Jangan lepaskan.” Ariffin memegang tangan Anis dan menepuknya perlahan.
“Jangan berembun lama sangat kat luar ni. Demam nanti. Good night.” Ariffin menepuk bahu Anis dan masuk ke dalam rumah. Puas hati kerana di dalam kesibukan tugasnya, malam ini dia berjaya berbual dari hati ke hati tentang jodoh dengan Anis. Anis itu tanggungjawabnya walaupun dia bukan wali untuk Anis. Seperti mana dia menghargai isterinya, Faridah, dia juga menghargai Anis yang menjadi sinar di dalam dunianya yang malap sebelum kehadiran mereka berdua.
Anis menghirup sisa kopi yang ada. Telefonnya bergetar. Dia melihat ada mesej yang masuk. Jenny.
Upah RM1000. Mariam mahu kau siasat siapa Kamal ni. Dia x nak kahwin dengan Kamal. Kau kena tolong dia.
Argh, sudah! Anis memandang skrin telefon itu tanpa berkelip. Siasat Kamal? Ini termasuk dalam kategori rezekikah?