Sunday, March 23, 2008

Sukarnya...

Salam,
Saya selalu cemburu pada mereka yg mempersiakan CINTA. Kekasih yang baik ada tetapi tetap juga tidak puas hati. Suami yang prihatin, tetapi isteri pula tidak ambil peduli! Kenapa ya?
Mungkin kerana lahiriah manusia yang tidak pernah rasa CUKUP. Sudah ada yang A, kemarukkan yang B. Emmm....
Semalam sewaktu saya membaca suratkhabar ruangan surat untuk Putri, ala yang ruang kaunseling tu... saya terketawa. Umur 26, gadis ini mengatakan mempunyai 3 buah kereta , 2 motosikal, 1 rumah, 1 kondo dan satu perniagaan sendiri. Katanya, pengalaman cinta bersama 8 lelaki tidak memberangsangkan dan sebelum August ini dia merancang untuk berkahwin namun kini bingung kerana perlu memilih antara 4 lelaki yang ada di sampingnya, siapakah yang paling layak untuk dijadikan suami!
Aduh, 4 orang sekali boleh dijadikan pilihan? Sy tak tahu nak kata apa. Nak kesian, rasanya tidak. Nak marah adalah! Haha... tetapi masalah dia, maka tentulah dia saja yang merasa bebannya! Namun saya akui membuat pilihan, bukannya mudah! Dia berharta maka mungkin dia takut, lelaki yang datang... sekadar mahu menumpang kesenangan.
Apalah dosa gadis yang berjaya, baik dalam kerjaya, pelajaran dan mengumpul harta ya? Emmm.... Rencana TUHAN, pasti yang baik dan penuh hikmah.
Selain dpd itu, tak sabar rasanya nak menunggu April datang. Wp April ini, jadual hidup buat saya merenung kalendar dengan rasa kagum! Banyaknya agenda, kelas dan meeting!
Harap2 sy akan dapat beli tiket Celine Dion, berjumpa dgn peminat2 novel, mak selamat pembedahan mata dan have fun di Club Med, Cherating minggu berikutnya. April, datanglah segera....

13 comments:

Hezzy Azra... said...

Lynn,
Bagi aku semua keadaan sukar... sama ada mempunyai terlalu byk pilihan atau tak de pilihan langsung. Klau byk pilihan... takut tersalah pilih dan menyesal seumur hidup. Klau tak de pilihan...buruk baiknye itu lah yg terpaksa ditanggung seumur hidup!

Moralnye, life is a total risk! Setiap langkah terselit seribu risiko...u just have to bear with it!

Lynn Dayana said...

Hai Hezzy,
bear ya? hehehe...

lilysuriani said...

selagi kita bernama manusia, selagi itulah kita tidak akan berpuas hati dengan apa yg kita ada, lagipun kita tak akan dapat semua yang kita nak. lagipun mana ada manusia sempurna, baik macam mana pun, tetap ada lompongnya...

Lynn Dayana said...

Ya Lily... tetapi kita sendiri yg biasanya suka menyemakkan fikiran dengan perkara yang bukan2!

lilysuriani said...

oii dah lama benar aku tak dengar ko panggil aku dengan nama tu. kalau tak, yong, yong, naik risau aku hehehe

Miss Zero said...

hi lynn,

lama tak menjengah ke sini. saya pun baca juga semalam.pagi tadi ketika memandu, saya terkenang masalah gadis tu. 4 orang? huhu... macam nak pilih jawapan soalan objektif pulak... dan paling penting yang buat saya terkenang-kenang, kayanya dia! kenapa saya yang seangkatan dengan dia tak ada apa-apa? hehe....

Mersik said...

Kadang2... bahagia tidak datang bergolek. Kita yang kena bergolek2 untuk mendapatkannya..

Alahaii...

( Yang direbuti oleh kebanyakan gadis2.. pada zaman kemuncaknya.. hik hik )

Lynn Dayana said...

Salam Miss Zero,
Haha... saya pun naik konpius dgn masalah dia! Umur 26, kaya gila ek? N she did mention that everythings r gain by herself, bukan dgn pertolongan family!
Rezeki dia Miss Z. Atau mgkin ada kesilapan taip? 36? 46? Hehe.

Mersik? Popular? hehe....kat SMS tu rasanya I lagi popular... haha!

eymanhykal said...

Lynn,

Memilih ni ada tiga. Pertama, memilih antara yang buruk dan yang baik. Ini paling mudah. Kedua, memilih yang terbaik antara yang baik. Ini pun boleh mudah kalau tak rambang mata dan hati. Ketiga, memilih sesuatu yang tak mahu dipilih. Ini paling sukar seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa. Si gadis sedang membuat pilihan jenis kedua ;)

Lynn Dayana said...

salam En Eyman,
Namanya pun pilihan,kan? Maka tentulah sukar untuk dilakukan. yg pastinya, tak ada jaminan! Cop SIRIM pun bukan jaminan!

Damya Hanna~ said...

april fool... jgn lupa wish besday kak anis time tu udah... bz sgt akak sorang ni ngan keje... ke sbb bulan april ada sst yg bakal merubah idup kak lynn? huhu...

Lynn Dayana said...

Hish budak kecik ni? sy tak dilambung ombak, sy tak panas dibakar gelora cinta... hehe! So tidak ada sesuatu yg akan berlaku! Yg ada hanya sunyi dan sepi... sehingga yg terdengar hanya deru desah nafas sendiri! Huh! hehee

barb michelen said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is