Thursday, September 11, 2008

Ramadhan


Salam,

Saya ni suka benar berfikir. Teman rapat memberitahu, ' dont think too deep, dont seek too much...just enjoy the ride!"

Hasilnya, mahu bersuara tetapi saya diamkan saja. Mungkin saya kena belajar untuk menjadi seorang yang penyabar. Emm....lupakan kisah saya yg tak seberapa. Semalam buat kali pertama saya ke pasar ramadhan di Tmn Tenaga Puchong. Yang saya beli adalah nangka masak lemak, nasi kosong, rendang hati daging lembu dan air mata kucing. Jeng,jeng,jeng...jumlahnya RM7.50. Mahal ke? Saya pun x pasti sbb akhir2 ni ramai yang menyatakan pasar ramadhan mahal harga barangannya. Yalah, saya ni makan seorang tentulah tak terasa sangat.

Semalam juga sewaktu berbual dgn kawan, saya menjerit kerana cemburu. Mak dia menghantar makanan... ada nasi impit, nasi putih, mee goreng, kari ayam kampung, rendang daging, asam pedas pari, nangka masak lemak, pucuk ubi masak lemak, ubi rebus, sambal tumis.... uwa.... tension saya mendengar. Especially part pucuk ubi dan ubi rebus cicah sambal tumis! Emm... kenapalah dia jauh sangat. Kalau dekat, sah saya pergi. Haha.... banyak betul mak masakkan untuk anak bujang dia yang dari awal puasa tak dapat balik kampung! Geram dengar! Anak kesayangan emak, nak buat macam mana!

Oh ya... tidak lupa... TAHNIAH untuk Lily Suriani @ Yong... yang menyajikan TIKA RINDU BERLAGU untuk ramadhan kali ini. Yong.... mcm mana mahu melupakan kalau rindu terus berlagu tak mahu henti macam radio rosak? on and on and on....... Haha....

5 comments:

lilysuriani said...

kau ambik kapak, kau hentak je sekuat hati,sure rosaknya radio tu hahahaha tak pun cari je lagu lain pulak, lagu cinta ke, lagu ghazal ke, masyuk gak tu.Ampun!! :P

thanks dear!thanks for the promo, thanks for the support!Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Lynn Dayana said...

Ko aritu nak karan aku. Ni suh kapak jugak. Tak baik tau.... ini radio yang tak berbateri. Ini radio yang ada satu siaran saja. Ini radio yang menyentuh hati. Ini radio yang lagunya masih belum mahu berhenti.
Hahaha...radio ajaib ni! Doakan yang terbaik...itu hak seorang kawan! Aku wish all the best of luck untuk TRB... moga TLC nanti akan muncul juga.... Amin!

lilysuriani said...

asal lah kau jumpa radio ajaib? lain kali jumpalah cerek klasik ajaib. gosok2, mana tau keluar jin hensem. cerek tu kau boleh jual kat kak anis atau kak lily, depa tu kan suka barang antik. kaya kau! dah kaya tu,jangan lupa aku ye!

Rinn said...

ni macam set2 radio berantu yang dulu tayang kat astro ria tu la kot. turn lynn plak dapat radio tu.. aku tak mo :p

tahniah yer lily S. Tak sabar nak baca novel baru. citer baru ni ada kuda ek?

Lynn Dayana said...

Rinn... cite dia ada kuda kepang... kuda terbang.... kuda kuda? hahaha.... kudaku lari gagah berani! Lari lari....