Sunday, June 13, 2010

JCC : Teaser 1 & 2

Salam,

Saya tahu...jika diri saya dinilai...kerdilnya saya ini ALLAH saja yang tahu. Pahala tidak sebanyak mana, dosa entah-entah melebihi pahala. Saya merasakan kewujudan saya ada masanya seakan tidak diperlukan. Astaghfirullahalazim... Pasti ada sebab mengapa ALLAH mewujudkan saya, meniupkan roh dan memberi peluang untuk saya terus menghirup udara dunia dan belajar mensyukuri nikmat yang dikurniakanNYA.

Entahlah... Ada masanya, segala-gala terasa sarat benar. Malam tadi sambil menaip, saya mengelap airmata. Huhu...lama tak buat macam tu. Saya tak sabar nak menghabiskan novel yang ke5 ini. Biar cepat boleh mulakan yang baru. Another 100 pages...

Fragmen 1 JCC:
Matanya merenung ke skrin komputer. Dia mahu menulis menyambung semula manuskrip yang sudah terhenti selama tiga hari semenjak dia pulang ke kampung. Namun, kepalanya buntu. Tiada idea yang boleh dilakarkan. Jiwanya terasa kosong. Balik-balik, dia asyik mengingati Haqiem.
“Jodoh kau panjang dengan dia kot?” Sara cuba memujuknya di talian sebentar tadi.
“Berapa kilometer?”
“Bengonglah engkau! Aku doakan kau jatuh cinta balik dengan dia! Huh!” Sara memarahinya dan memutuskan talian.


Fragmen 2 JCC:
“Maya, semalam mak jumpa jantung hati kamu yang dulu tu.” Puan Sumerah membuka cerita.
Mata Zana dan Maya yang sudah mahu tertutup kini celik semula.
“Siapa mak?” Zana yang sibuk mahu tahu.
“Siapa lagi? Anak Mak Yam, jiran selang dua buah rumah dari sini.” Puan Sumerah ketawa. Kelakar mengingatkan bagaimana taksubnya Maya meminati lelaki itu. Sanggup tidak makan dan minum jika balik ke kampung dan tidak berjaya melihat anak lelaki sulong Mak Yam itu.
“Mak ni! Itu cerita lamalah. Zaman tok kaduk. Zaman Sir Stamford Raffles!” Maya cuba mengelak.
“Tapi mak tengok dia sekarang ni makin segak. Dulu kurus menonjang sekarang badan dah berisi sikit.” Puan Sumerah menjeling kepada Zana sambil tersenyum-senyum.
“Dah kahwin dia mak?” tanya Zana.
“Belum lagi. Semalam masa mak tanya dia kata agaknya jodoh dia nak bermentuakan emak kot! Pandai melawak Reza tu!” Puan Sumerah ketawa dengan hati yang senang.
“Amboi...mak yang gatal ya!” Maya mencelah. Malu apabila diusik begitu. Reza memang menjadi lelaki idamannya semenjak zaman sekolah dahulu. Lelaki itu tua 4 tahun darinya dan entah kenapa, dia suka gila dengan Reza yang menjadi pengawas sekolah dan merupakan pelajar cemerlang di sekolah. Lelaki itu juga atlet dan dahulu setiap kali lelaki itu berlari maka dialah yang menjadi tukang sorak hingga hilang suara.
“Manalah tahu masin mulut dia. Masa mak jumpa dia tu lepas hujan turun. Elok dia beredar, mak tengok ada pelangi kat langit.” Puan Sumerah berseloroh.
“Orang dah besarlah mak. Reza tu mesti berbaris teman wanita. Orang handsome macam tu menipu kalau tak ada orang nak.” Maya merendah diri. Dia masih ingat apabila Reza menolak cintanya. Reza menyatakan dia masih muda dan tidak bersedia. Sebenarnya Reza tidak mahu bertemankan dia budak hingusan yang tidak comel dan bulat sepertinya.
“Mak kata kamu sekarang ni dah cantik. Dah tak tembam macam dulu.” Puan Sumerah menyambung tawanya.
“Mak ni!” Maya semakin malu. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Reza. Ketika dia mengambil SPM, Reza sudah ke luar negara menyambung pelajarannya. Sudah bertahun lelaki itu tidak ditemuinya. Menyedari kekurangan diri, dia menjauhkan diri. Kadang-kadang ada terdengar juga nama lelaki itu disebut olah teman-teman sekolah yang terserempak namun dia memilih untuk melupakan saja kenangan lalu.
“Mak jemput dia datang esok.” Puan Sumerah memberitahu.
“Huhu! Esok adalah orang yang pakai baju kurung sepanjang hari!” Zana mengusik.



Hingga jumpa lagi.... ini 'teaser' aje... hehe...

5 comments:

kay said...

emmm..agk menarik..

Lynn Dayana said...

Hie Kay...
Sekadar teaser! masih ada 100 ms lagi perlu dihabiskan!

Maryam Kamal said...

kak lynn..
nak lagi...
1 ms je lagi..
babak budak handsome jmpa budak tembam.. pls3??

kak lynn kan cute... :)))
*blink3*

:D

Lynn Dayana said...

Haha Maryam,
Walaupun akak cute...hehehe, babak tu xdelah...
Nanti akak masukkan Teaser 3, ya. Babak lelaki ke 3 pula. Huhu...

Lynn Dayana said...
This comment has been removed by the author.