Salam,
"Jangan rasa bersalah...kerana merasakan yang diri awak berhak mendapat seseorang yang seribu kali lebih baik dari saya." Zaris menundukkan wajah.
"Saya tak pernah ada anggapan yang macam tu." Amirul menjawab dengan perlahan. Ya, dia sebenarnya memang merasa serba salah. Namun berdosakah dia mendengar kata hati. Dia merasakan Zaris tidak mungkin akan serasi dengan diri dia. Zaris adalah Zaris dan dia tetaplah Amirul yang merasakan gadis itu dengan dirinya bagaikan langit dan bumi jauh bezanya.
"Bukan salah awak... Salah saya yang tidak cukup baik." Zaris masih lagi mahu menyakitkan hatinya sendiri. Ya, itulah hobinya. Dia merasakan segala-galanya nampak kelabu dan hitam semata-mata. Amirul menolak dirinya tanpa pernah mahu memberi peluang. Tahukag Amirul, nikmat dicintai seorang aku? Hati Zaris meronta mahu menjerit sekuat hati. Kau rugi, Amirul! Akulah yang terbaik untuk dirimu! Zaris mahu bersuara tetapi dia masih lagi waras. Benarkah jika kita dikecewakan itu petanda bahawa ianya adalah lumrah kedewasaan? Jika begitu, dia tidak mahu dewasa! Dia tidak mahu terluka. Dia mahukan Amirul! Amirul saja... Zaris melepaskan keluhan.
"Jodoh awak dengan orang lain. Lelaki yang lebih baik dari saya." Amirul cuba menenangkan Zaris.
"Awak buat lawak ke ni?" Zaris bertanya dengan kasar.
"Ya, percayalah." Amirul berkata dengan penuh keyakinan.
Zaris terpaku terdiam. Ah lelaki! Amirul hanya bermanis mulut kerana mahu mengubati hatinya. Tidak perlu Amirul. Tidak berguna. Hatinya ini sudah hancur menjadi hablur-hablur kecil dan berterbangan di udara tanpa arah dan tujuan. Hatinya sudah remuk seperti dirempuh treler yang ada 88 tayar jumlahnya! Doktor pakar akan mengklasifikasikan hatinya sebagai gagal diselamatkan. Time of death : 14.20hours. Zaris mengerling sekilas ke arah Amirul. Untuk kali terakhir. Esok, nombor telefon lelaki ini akan dipadamkan. Gambar lelaki ini akan dimusnahkan. Segala kenangan mesti dilupakan. Mampukah dia? Zaris tidak mampu menahan airmata.
0 comments:
Post a Comment