Sunday, February 19, 2012

Khilaf hati....

Salam,

Betul tak kalau saya katakan, sesetangah perkara kita tak boleh lupa? Walau berusaha untuk dilupakan, walau bersungguh-sungguh mahu bergerak ke hadapan dan bukannya tersekat di ruang masa lalu yang membelenggu.. Daya ingatan manusia ini pelik. Ada perkara yang kita patut ingat tetapi kita lupa. Ada perkara yang mahu dilupa tetapi asyik teringat.

Yalah, kita bukan robotkan. Kalau robot mungkin boleh reboot saja. Senang.... kalau susah sangat, masukkan virus. hehe....

Yang mampu kita lakukan adalah berdoa. Beberapa hari ini saya melihat tv dan asyik diingatkan.... lupuskan dendam, jangan memutuskan persahabatan....

Hakikatnya, kita hanya manusia biasa yg banyak khilafnya. Surah Ar-Ra'd ayat 39 menyatakan,

"Allah menghapuskan apa juga yang dikehendaki-Nya dan Ia juga menetapkan apa juga yang dikehendaki-Nya. Dan ingatlah pada sisinya ada ibu segala suratan."

Hati, bertabahlah. Segala ujian Allah itu untuk kebaikan diri sendiri juga. sabar... breath...

1 comments:

aish aisah said...

ya betul ada sesetengah perkara yang kita tidak lupa dan sebaliknya. Itulah kekuasaan ALLAH..Manusia mempunyai akal fikiran yang terbatas..