Monday, September 22, 2008

Bercinta Jarak Jauh

Bila bercinta jarak jauh...dugaannya banyak. Macam2 boleh berlaku maklumlah terpisah di hemisfera yang berbeza maka persekitaran yang berbeza boleh membuatkan hati juga berubah-ubah.
Kata Kak Eka, kalau boleh nak tengok hari2 depan mata. Bukanlah nak buat apa pun tapi mesti nak tengok. Agaknya dari orang macam Kak Eka nilah punca peribahasa yg mengatakan, tak nampak tuan punya badan...nampak bumbung rumah pun cukuplah! Haha...
Rindu, ya perasaan ini memang sukar ditepis. Bercakaplah di telefon berjam lamanya tapi bila phone diletakkan, rasa rindu datang semula! Huh! Tak percaya? Kalau tak betul cuba tengok bil orang yang bercinta... huhu.... boleh beli barang hantaran dah jumlahnya!
Sunyi... ni lagi satu perasaan yang sungguh tak sekolah. Dia jauh tapi macam terdengar suara dia, gelak tawa dia dan usikan dong dong dia. Dan bila lama tak jumpa, mulalah rasa sensitif datang menyerang. Mulalah soalan pelik akan keluar, " Tak rindu saya ke?" Jawapan yg diberikan akan menjadi pengubat hati, " Ye...rinduuuuuuuuuuuu."
Ah, itu semua rencah dunia bercinta dan berkasih sayang. Ayat-ayat cinta yang ajaib dan unik semuanya boleh dituturkan. Sejauhmana keikhlasan dan kebenarannya susah untuk diteka. Kerana itulah segala-galanya berteraskan kepercayaan.

3 comments:

Hezzy Azra... said...

Salam Lynn,
Aku tergolong dlm kategori bercinta jarak jauh selama 3 thn. Mak aaii... mmg tensen! Dgr bunyi enjin posmen pun aku dah berlari ke gate tau... hehe...maklumlah, 15thn lepas dok pakai surat/poskad. Mana reti email2 ni semua!

But the good side of it, is tat....absence makes the heart grow fonder!

Eka Fahara said...

Lynn,
Hehehehehe Bertuah punya adik! Dengar tu apa kata Hezzy, ABSENCE MAKES THE HEART GROW FONDER!!
Hah!!! Akak setuju!!!!
Pang! pang! pong! pong!(bunyi kompang-kot ada yg. x tau) hahahahaha

Lynn Dayana said...

Ala Hezzy/ Kak Eka... ini setakat coretan aje....