Salam,
Semalam saya sangat trauma. Setelah 5 hari satria saya demam, saya jadi trauma.. Bila memandu, hati berdetak-detak. Janganlah mati. Selamatkanlah perjalanan hamba-Mu ini. Macam-macam doa timbul! Alhamdulillah...satria sihat.
Semalam juga saya menjengah-jengah internet dan melihat harga kereta...aduhai saya terasa tidak teruja kerana memikirkan hubungan hutang dengan bank sekurang-kurangnya 7 tahun! Huhu...malasnya nak berhutang!
Swift RM79k. Toyota Yaris RM109k. Honda City RM86k. Hahaha....Saya jadi mhmm...nak beli apa? Pertama, saya tak suka kereta sedan! Kedua, saya rasa lebih dari RM60k tu penat saya nak bayar tiap-tiap bulan.
Jadi, pilihan saya kini pula adalah Gen2 yang baru atau paling tidak....ambil saja Satria Neo pulak. haha.... Apa fungsi kereta ya? Untuk saya ke tempat kerja, dialisis dan balik kampung. Jadi bukan tak nak beli Viva. Tak larat nak travel jauh dengan kereta kecil.
Ramai suruh ambik Swift kerana tahu saya sukakannya tapi jika saya sihat, it's okay. Sekarang ini kepentingan saya berbeza.
5 comments:
swift sgtlah admireable kak lynn! :D
tp, utamakanlah keperluan, berbanding kehendak.. :) take care kak lynn.. ;)
Kia Forte would be nice too...
Maryam....ya, best kan racing sgn swift...huhu!
Hezzy, Kia Forte? Berapa tu? Ramai kata jgn beli continental car...ntahlah! Confuse.
Beli keta kebal aje karang!
kereta kebal.. lepas tu g Gaza. :)
nice! :D
Keta "Maibi" pun okey gak. Sedang2 saja..
Post a Comment