Wednesday, November 28, 2007

abcdefgh......z

Saya tertarik dengan entry Kak Lily H tentang nama. Betapa penyair, madah pujangga menyatakan, apalah ada pada nama? Hakikatnya, nama itu penting! Yang saya nak bangkitkan adalah tentang TAJUK. Baru2 ini saya suka benar lagu GANTUNG nyanyian Melly Goeslow. Tajuknya tak sedap langsungkan? Tapi cuba hayati liriknya. Aduhai sedih, kerana lelaki itu menggantung cintanya, sengaja mendiamkan diri tanpa kata pasti!

' Kau menggantungkan hubungan ini, Kau diamkan aku tanpa sebab, Maunya apa, Ku harus bagaimana... kasih? Smpi kapan kau gantung cerita cintaku? Memberi harapan.. Hingga aku tak sanggup lagi...dan meninggalkan dirimu...'

Macam mana pula dengan tajuk novel? Berdebar2 bila editor bermesyuarat. Saya kerisauan, adakah cadangan tajuk novel saya diterima. Berdoalah bersungguh2. Alhamdulillah, setakat ini kedua2 novel saya, tajuk saya diterima. Amin! Bukan mudah mahu memilih tajuk yang sesuai dengan jalan cerita. Kerana faktor komersil juga diambil kira.

Sewaktu mahu mencari nama heroin dan hero, saya akan mula menyelak buku nama2 dalam Islam. Takut ada nama yg tak elok. Mulalah saya menyebut2 nama yang sesuai beberapa kali. Sedapkah bunyinya bila dilafazkan di bibir? Haha... dong2 nya saya!

Satu lagi, saya suka bila ada kakak atau kakak ipar yang diberitakan mengandung. haha... ada peluang mencadangkan nama yang sesuai. Dulu pernah berangan, anak pertama mula nama A. Anak kedua mula nama B, Ketiga mula nama C! hahaha...

Ada seorang lelaki yang saya kenali, mempunyai koleksi anak patung yang diberi nama... Bila saya ketawakan, alasan yang diberikan, ' masa kecik hidup susah... tak dapat main anak patung. Dah besar ni, baru berpeluang membeli sendiri.' Hilangkah kemachoan dia? Tapi hobinya ini, orang rapat sja yg tahu. Tapi pelik,kan!

Bicara saya berhenti di sini... 29 hingga 2 Dec, saya bercuti ke Cameron Highland. 3 meeting. 4 & 5, kelas! Alahai... 8 hingga 11 pula saya cover kawan yg anaknya berkahwin. Emm... sedar2, december berlalu dan tirai 2007 akan ditutup!

Monday, November 26, 2007

Ragam Penulis


Ada masanya penulis boleh menjadi orang yang pelik. Mana tidaknya, cara mereka berkarya, berbeza dan unik pada setiap individu. Ada yang sewaktu menulis, mahukan suasana sunyi dan sepi. Tidak boleh ada gangguan. Telefon tidak mahu diangkat. Pendek katanya, dia hanya mahu hidup dalam dunianya sahaja. Barulah pelbagai idea datang mencanak dan aliran kekereatifan lancar saja datang.
Saya pula apabila menulis mesti ada muzik. Kalau bosan mendengar radio atau cd, saya akan membuka tv. Siaran drama cina pun saya layan. Yang saya mahukan, bunyi-bunyian! Namun ada masanya, saya juga boleh menulis sambil menonton tv. Tangan berjalan, telinga mendengar. Bila ada scene menarik, saya berhenti dan melihat dgn tekun. Waktu iklan, tangan saya menulis semula.

Malah, sambil menaip saya juga masih boleh bersms! Haha. Mungkin bagi diri saya, idea datang dari orang sekeliling saya. Idea datang dari siri tv yang ditonton. Idea datang bila ada muzik yang mengiringi jemari saya menari di keyboard!
Dan menjadi satu kepuasan apabila siap menulis, saya akan khabarkan pada kwn2 berapa page saya berkarya hari ini! Haha… mulalah lily yong mengatakan, sudah2lah tu… jum tengok catwoman kat tv. Rose pula: kata penat…tidurlah dulu! Hehe… mereka terbakar apabila mendengar laporan saya!

Itu semua tidak mematahkan semangat malah menjadi inspirasi untuk terus menulis. Kerja saya yg tidak menentu, kerja saya yg mcm tidak siuman, kerja saya yg ‘gila’… bukan alasan untuk saya tidak menulis. Prinsip saya: Mesti menulis setiap hari, walau hanya beberapa patah perkataan!

Friday, November 23, 2007

Berapa nilai HARGA DIRI?

Semalam sy berjanjitemu dgn rakan sekolah semasa tingkatan 6. Dia duduk di belakang saya waktu di kelas. Sy baris pertama( kononnya ilmu cepat smpi bila duduk di hdpn), dia pula di baris kedua. Kami bersembang lewat hari semalam dan juga apa kisah terbaru yg berlaku dlm hidup dia dan sy. Macam2 yg kami ceritakan.
Satu yg menarik perhatian sy adalah kisah suaminya yg menjadi buruan seorang gadis muda. Setiap hari menelefon, tidak kira siang dan malam malah sanggup memperdaya semata2 kerana mahu meraih perhatian. Mengajak suaminya untuk lunch and dinner, bila ditolak dgn lembut, taktik yg lain pula digunakan. Kononnya mahu celebrate so, lunch untuk satu department. Bila suami kwn sy ni sampai, hanya mereka berdua. Bila ditanya, jwpannya... yg lain on the way! Sedangkan realitinya dia yang on the way kesesatan kerana taksub dengan suami orang.
Mujur suami kawan sy ni masih kuat imannya. Berpuluh2 sms dihantar, dia tidak melayan. Dia membalas," I love my wife. I love my kids. Please don't disturb me."
Yg anak gadis tidak cukup akal tetapi terlebih emosi ini menjawab," Give her one month of ur love, I'll be satisfied even for just one night!"
Aduh, tak ke haru bila orang gila jatuh cinta, kemaruk kasih sayang hingga hilang harga diri. Kawan saya langsung tidak mahu menyerang malah membiarkan saja suaminya yg menguruskan hal kemaruk itu. Dia kata, dia tidak mahu martabat wanita diremehkan apabila serang menyerang berlaku. Akhirnya, sang suami mengugut akan membuat laporan polis jika terus diganggu. Barulah, si gadis yang mahu menjadi rebung muda ini mengalah.
Moralnya: Ya, mencari lelaki yg baik sekarang ini memang.... susah! Tapi hak orang yang sudah tentu terpelihara, janganlah diambil. Hak orang, tetap hak orang. Berkongsi kasih, bukannya mudah. Kalau rebeh bahu nanti, siapa yg susah.
Pada si gadis, belajarlah erti malu. Kalau org tak sudi, janganlah dikejar lagi. Buat penat berlari saja. Jangan dijual harga diri hanya kerana cinta seorang lelaki yg kita tidak tahu nilainya.

Thursday, November 22, 2007

Impian & Doa


Salam buat semua,

Ada yg bertanya, apakah Impian dan Doa sy untuk Hari Lahir kali ini. Kadang2 bila mahu bermimpi, saya jadi risau juga kerana meletakkan harapan yang terlalu tinggi, saya takut tidak tercapai.
Namun, saya manusia biasa yg ingin menjadikan impian satu realiti, mungkin bukan seratus peratus tercapai... 90% pun saya dah bersyukur.

Impian:

1.Teringin hasil karya saya memikat hati pembaca dengan kelainan yang saya cuba lakarkan. Kerana itulah debaran saya menunggu novel kedua ini wah, detak detuk jantung lebih kuat degupannya.
2. InsyaALLAH, ingin sgt nak menjejakkan kami ke Mekah, umrah...
3. Mahu melancong ke tempat2 menarik. Mencuci mata dan mencari idea utk novel seterusnya.


Doa:

Agar yg saya impikan jadi kenyataan. Moga ALLAH mendengar keluh kesah saya dan merahmati saya dengan kasih sayangNya. Moga ALLAH memberikan saya ketabahan dan kudrat yang kuat untuk terus menempuh segala dugaan yang mendatang.


Wednesday, November 21, 2007

13 years and more....


13 tahun bukan jangkamasa yg pendek. Lama... lebih2 lagi setelah melangkau nombor 10 itu. Sy dan Sue @ Suhailiwati Mat Amin berkenalan sewaktu di USM. Kami tinggal di asrama yg sama. Desasiswa Aman. Waktu tu... hostel ni yg paling nun jauh di pendalaman...menapak ke kelas... memang hati kami tabah!

Sue aktif gila dgn hoki. Dulu kawan2 panggil dia Doraemon! Haha... sebab dia kecik comel lote dan muka dia memang selamba gila. Dunia boleh bercakap apa saja... dia peduli 5% je... selebihnya, ah! dibiarkan saja.

Kami tak pernah duduk sebilik tapi dia ni pendatang halal kat bilik sy. Pernah satu malam, sewaktu menggigau... sy menyepak pipi dia. Dia bangun n tanya kenapa. Sy jwb, tak ada apa2 n tidur semula. Hahaha...

Lagi satu, kami selalu mengambil giliran! kalau minggu ni sy sendu... alamatnya next week turn dia pula. Atau sebaliknya.

Waktu di USM, kami kawan2 yg kaki bangku jadi penyokong dia saja. Maklumlah, kami yg lainnya ni lebih giat dlm keusahawanan. Dia sorang saja yg bersukan... sampailah sekarang. Berenang, futsal, gym...
Dan harap2, hubungan ini akan pergi lebih jauh.... sbb kami dua2 guna SHELL. hehe. Sue, thank you for the friendship!

Tuesday, November 20, 2007

Temujanji 12 jam



Semalam, seperti yg dijanjikan, sy bertemujanji dgn Nellie selama 12 jam. Dari pagi pukul 9, dia menjemput sy... hinggalah ke pukul 9 malam.


Aturcara kami:


9.00 -Nellie ambil di apartment sy
9.30 - breakfast di Burger King Damansara.
11.30- tengok wayang di Cineplex d'sara ( Lions for Lambs)
1.00 - mula bershopping... kasut, baju 3 helai, sticker kereta ( The PINK Mafia). Nellie lagi teruk, belt blink2, gelang tgn, kasut 2, baju 2, seluar 2.... Kami berjanji nak spend RM 500... tapi terlebih adalah. Kami msk Poh Kong, tapi salesperson muka masam, jadi kami pun x mahu beli!
4.30- mkn di Thai Express, menunya rice with basil beef, seafood tomyam and tau fok, air lime dan coconut! Hehe.... seeh.
6.60 - Pindah lokasi ke One Utama pula...
8.30 - berangkat pulang.... keletihan.
9.15 - duk termenung dan ralit melihat hadiah yg Nellie bagi. Kami gila tahun ni. Each of us give each other 8 to 10 gifts. Bukan apa, cuma nak menggembirakan hati. Small gifts yg kami sj mengerti signifikannya.
10.30 malam - mesej dr Rose diterima, cuba balas... la, phone kena block sedangkan 16hb baru byr RM 300.
Sy pun membersihkan diri, solat dan memegang novel terbaru Jodi Picoult- 19 minutes. Rasanya, tak sampai 19 minit... saya lelap.
0.01 - Tersedar... mesej masuk. Bertalu-talu. Tension... tak boleh balas.

Pagi ni bila sy hubungi Celcom.... sy terkedu... hahaha... patut line di blocked, bil sy masa di HK mencecah seribu seratus dan entah berapa sen! Hahaha.... sy dgn sistem telekomunisasi selalu bermurah hati! Emmm.... harga yg perlu dibayar untuk menghilangkan kesunyian!

p/s: Mlm ni sy nak bergebang dgn Laila dan Rose ...insyaallah. Hjg minggu dgn Sueailee pula... Ya, meriah hidup sy dgn kawan2!

Monday, November 19, 2007

19 November 2007

Sy tak pernah mengerti dgn hati manusia. Hari ini lain, esoknya lain. Cepat benar berubah! Laju saja bertukar! Mungkin fitrah manusia memang begitukan? Fitrah pula yang disalahkan!
Hari ini hari lahir dua rakan sy.
Seorang rakan: Nellie yang sy kenali hampir sepuluh tahun lalu. Kami sekepala. Kami sama2 gila membaca dan instinct between us selalunya tepat. Oleh kerana hari lahir kami beza dua hari saja, kami membuat janji: ESOK - 20 Nov, iaitu sehari selepas birthday dia dan sehari sebelum birthday saya, kami akan keluar bersama. Kata Nellie, let us paint the town with red colours. Sy kata, nanti kena tangkap polis! Nellie juga mengatakan, let us spend like there is no limit! Hehe... ini sy terpengaruh! Haha... untuk menyenangkan hati sendiri!
Tepat 11.59 mlm tadi, mesej yg sy hantar padanya," All the best for the years ahead. Hope u'll be strong to fight all the demons. Happy Birthday, may God bless you forever"
Rakan yg kedua: Lily Haslina Nasir. Baru saya kenali lewat Pesta Buku April yg lalu. Tapi ada klik antara kami. Walau selalu berperang mulut, mana tidaknya sama2 kuat bercakap tapi kami selalu berkongsi cerita, harapan dan semangat utk memajukan diri dlm dunia penulisan. Pada dia tepat 11.59 mlm tadi sy katakan, " Slmt Hari Lahir. Semoga dirahmati dan sentiasa dilindungi. Semoga berbahagia bersama Encik Lan, anak2, ikan2, ayam2, biawak dan pokok ubi! Moga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik!"
Semoga keduanya terus menjadi sahabat sy hingga ke hujung dunia. Amin!

Sunday, November 18, 2007

Kalau Hati


Lama tak menulis puisi...

Kalau hati aku kaca
Percayalah deraiannya
tak mungkin bisa dicantumkan semula.

Kalau hati aku batu
Pastinya segala yang kau lakukan
tidak akan aku hiraukan.

Kalau hati aku ini kayu
Tentunya juga serpihannya sudah lama lapuk
lekang dek zaman luka yang terlalu lama.

Kalau hati aku ini api
Panasnya membara, tak akan terpadam
walau disimbah air tujuh lautan.

Kalau hati aku atom nuklear
Pasti kesannya sejuta tahun tetap terasa.

Kalau hati aku angin
Telingamu akan mendengar kuat deru desahnya.

Kalau hati aku sungai
Berabad pun... alirannya tetap ke arah yang sama.

Kalau hati aku muzik
Pasti lagunya membuat engkau
menyanyi siang dan malam tanpa henti.

Kalau hati aku rumput
Ketahuilah...hijauku sudah lama hilang.

Kalau hati aku langit
Mendung warnanya buat kau lari menjauh.

Dan kalau hati aku ini adalah engkau
Mengapa engkau tidak pernah mengerti?
Jarak kita yang hanya seinci
Mengapa terasa amat jauh sekali?


Thursday, November 15, 2007

Ceria Dlm Gundah



Hujan pagi... dua hari kembali ke KL, kotaraya ini dibasahi rintik2 hujan. Tidak lebat tetapi cukup membuatkan keadaan bertambah sesak.

Dlm sesak begini, masih ada yg memandu sesuka hati dan menukar hala jalan dgn selamba saja. Amboi, besar sgt agaknya kuasa lampu signalnya!

Saya selalu ketawa waktu begini. Kereta mahal pun, kalau sesak... sesak juga. Dan sy mula membayangkan kereta sy menjadi kereta TRANSFORMER! phew...phew... dah bertukar jadi kapalterbang! Haha... mungkin sy mengidam mempunyai kuasa witchcraft! Ting!... sy sdh sampai di office. Ting, sy sdh bershopping di Paris! Hahaha.... angan2 yg sengal!

MORALnya : Sy sebenarnya memilih utk CERIA wlu dlm gundah.... Sy mahu GEMBIRA wlu hati seakan terlupa lagu apa yg mahu dinyanyikan...

Wednesday, November 14, 2007

Hati Yg Tertinggal Di HK...











Gambar di Disneyland! Ada teman mengatakan, keceriaan saya tertinggal di Hong Kong. Balik dr HK, saya nampak sedih dan tidak ceria. Saya katakan... ya! Saya tinggalkan keceriaan di antara Disneyland dan Ocean Park. Terlupa mahu membawanya pulang!
Mungkin tercampak ketika saya menjerit sepuas hati waktu menaiki rollercoaster! Hahaha. Kata seorang teman lagi... wlu bgimana sedih pun, ' u must show the world that u r happy. Flaunt ur strength even when you r weak inside.'
Pada Lily Yong pula saya katakan, saya sihat! Ok lagi. Disturbed but not broken yet! Hehehe... Dugaan datang pada org yg tabah menerima dugaan tersebut. Dan bila kita fikir... TAK BOLEH, sebenarnya BOLEH!

Tuesday, November 13, 2007

Kata Hati - Listen To Ur Heart?


Soalan ini kerap benar datang singgah d hati. Wajarkah mengikut kata hati sedangkan, hati asyiklah berbolak balik. Kejap berfikir begitu, kejap berfikir begini!

Saya ini tidak tetap pendirian sebenarnya. Sekejap nak let go, sekejap saya hold! Haha... bukan senang mahu membuat keputusan. Mari saya ceritakan:
Senario 1: Anda dapati, dia yg anda suka, tidak berperasaan sebegitu pada anda. Bagi dia, anda hanya kawan biasa. Tempat dia mencurahkan masalah saat duka dtg menyinggah.


Senario 2: Dah lama sangat berkawan. Logiknya, anda kenal dia dan dia kenal diri anda. Tiba-tiba anda dapat tahu sesuatu yg tidak pernah anda terduga. Mahu terus bertahan atau tinggalkan saja?


Senario 3: Anda setia pada dirinya. Dialah tempat anda mencurahkan kasih. Malangnya anda dapati... dia ada tempat lain untuk mencurahkan kasih selain dari diri anda. Berdiam sajakah?


Keputusan... kena dibuat. Mahu atau tidak, pilihan yang di buat boleh mendatangkan kerugian atau keuntungan. Dan tentunya sukar jika, keputusan kita itu membabitkan orang lain. Saat di timpa bencana, ingatlah pada ALLAH yg mahu menguji kita. Hujan pasti berhenti walau bila hentinya, kita tidak pasti. Ombak yg ganas akan beralun dgn tenang juga selepas musim ributnya berakhir. Sementara itu.... syukurilah nikmat yg ALLAH kurniakan. Dengan izinNYA, kita bernafas. Dengan izinNYA, kita dikurniakan kasih, kita diuji dengan benci dan kita sebagai hambaNYA...jangan sesekali mencurigai takdirNYA. Amin.

Monday, November 12, 2007

Anugerah Dunia Penulisan


Kuat semangat. Ramai yg kata, sy ni kuat semangat orangnya. Saya ketawa. Mana tidaknya, ada masanya... saya breakdown juga. Operation shutdown lagi!

Alhamdulillah, memasuki dunia penulisan saya dianugerahkan dgn kwn2 yg senget, sengal tetapi berhati emas!

Rose yg sudi meminjamkan telinga, mendengar keluh kesah sy. Dgn dia juga, sy lawan berlari! Mengejar impian wp dgnnya, sy puas diluku, disekeh dan ditampar! hehe!

Lily Yong yg suka memberi nasihat, dan dgn selamba mem'bodoh'kan sy...terima kasih ya!

Laila : sesiapa yg mengenalinya dgn rapat saja akan memahami betapa uniknya dia! Kami jika ada ruang masa, akan berdating dan berkongsi kisah novel kami. Tak pernah risau, curi idea ke, curi cerita ke. Tak ada maknanya. Kami mencerna minda.

Dhiya yg selalu menjadi mangsa sy utk memberi komen tntg outline novel terbaru sy.

Lily Haslina: Kakak rock yg bila bercakap, mimik mukanya blh buat sy ketawa. Dia kata sy mengong! hehe... thnx kak! Kau selalu buat aku teruja dgn idea baru. Kiranya, siapa yg terleka, g jumpa kak Lily dan anda akan terasa punggung anda disepak dgn mesra spya bergerak ke hadapan!

Kak Durrah Fatiha: selalu memberikan semangat. thnx kak!

Kak Eka: Kita kenal beberapa minit tapi... gelak ketawa dan prihatinnya akak buat sy terharu.

Umi Azrini: mana mek ni pergi? Kalau terbaca, contactlah kami. Kami rindu nak tgk kelurusbendulan Umi... yg mgkn sdh disembuhkan Rizal? hehe...

Dan yg paling penting: kami sentiasa JELES menjeles... yg sihat ya! Kami selalu menghubungi satu sama lain... almost everyday bagi some of them krna kami mencuba bertanding siapa dulu yg sampai ke garisan penamat. Siapa dulu bertambah cetakan? Haha... Kami suka, kami teruja bila ada yg menerima berita gembira.

p/s: Gambar Disneyland...

Sunday, November 11, 2007

Yang Mudah Tetapi SUSAH


Tidak susah sebenarnya membeli hati saya. Cukup dengan ucapan terima kasih, senyuman yang mesra, lirikan mata yang memberitahu saya penting di dalam hidupnya, tutur kata yang bijak berbicara dan boleh membuat saya ketawa. Apa lagi ya? Emm… dia juga pastinya pandai mengambil hati keluarga dan boleh membimbing saya yang adakalanya tersasar dari arah yang sebenar.
Banyak sangatkah permintaan saya? Bukannya banyak pun. Yang saya cari bukan kesempurnaan tetapi menghampiri ke arah itu. Sempurna di mata saya, mungkin tidak di mata orang lain. Perasaan itukan sesuatu yang subjektif. Bukan boleh ditentuukur sesedap rasa!
Namun yang mudah bagi kita mungkin susah bagi yang lain. Maka ungkapan jual mahal atau terlalu memilih sampai bila-bila pun tetap dibicarakan. Sampai ke tahun 3000 agaknya. Sampai saat daging sudah luruh dari tulang dan tulang berderai menjadi tanah…

Saturday, November 10, 2007

Pilihan Dalam Hidup


Mahu tidak mahu, pilihan selalu datang dalam hidup kita. Mahu buat sekarang atau nanti dulu? Mahu teruskan dan digenggam hingga jadi arang atau lepaskan saja kerana jelas tidak nampak kesudahannya?

Yang pastinya, pilihan yang kita buat tidak mungkin boleh memuaskan hati semua pihak. Mata pihak yang kedua atau yang ketiga, yang hanya memandang... tentulah tidak sama dengan pihak yang merasakannya,kan?

Nasihat sememangnya dialu-alukan tetapi tidak semestinya diterima. Adakah tindakan itu akan dianggap sebagai keras hati dan degil? Harus diingat, apa juga pilihan yang diambil, pihak yang akan menerima kesannya tentulah diri sendiri.

Kawan2, terima kasih kerana sudi mendengar cerita hidup saya yang lara, yg teruja, yg gembira. you know who u are!
Dan semua ini mahu membuat saya terbang ke langit biru... jauh dari segala-galanya!
p/s: pandangan awan dari kapal terbang

Meneliti Diri


Dua malam yg lalu saya benar2 di landa kesunyian. Maka, kawan2 jadi mangsa. Saya hantarkan sms berbunyi begini.

" Sy sdg muhasabah diri sendiri. Apa yg menyebabkan sy berjaya dan mengapa pula ada masanya sy gagal. Kalau boleh digambarkan sy dgn 10 perkataan apa agaknya ya?"


Nak tahu jawapannya:

DHIYA: kuat kerja, kuat demam, kelakar klu kena masanya, pendorong yg baik, Kau blh buat aku nak majukan diri, kau pndai buat ayat2 yg best, tapi aku dpt rasa hidup kau sunyi wlu pun kwn2 kau ramai! ( hehe.... ada benarnya!)

LILY Yong @ SURIANI : Fun, energetic, berterus terang, senang diajak berbincang, kawan susah senang bersama. ( Minah ni fail matematik... minta sepuluh dia bagi lima. Hehe!)

ROSE: Degil, keras hati, dong2, suka bercakap, kreatif, cekal, suka smash, suka nangis sendiri, pasrah tapi tabah. ( Ini lak melebih2 nak jadi nujum pak belalang! tq... rose!)

JOE ( Mgr Team RCC): Tegas, kuat semangat, bertindak secara profesional, berdisiplin, tidak suka dipermainkan, menepati waktu, penyayang, mudah berkomunikasi dan berfikir dahulu sebelum bercakap ( yg dia lupa saya ni hati kering orangnya dan degil!)


Dhiya tanya apa kesimpulan yg saya dapat? Sy katakan dlm hidup sy ada yin dan yang! Ada yg baik, ada yg buruk. Untuk menghadapi segala dugaan yg dtg, sy kena terus tabah! Kerana wlu apa pun yg berlaku, nafas ini perlu dihela dan berat kaki yg melangkah tetap mesti bergerak ke hadapan.

P/S : gmbr dlm MTR nak ke disneyland.

Thursday, November 8, 2007

Hong Kong Dalam Kenangan



Ini gambar masa welcome dinner. Bdk2 ni berlagak jadi datuk kononnya kerana pakai batik mahal!

Alahai, sudah berpisah... tapi handphone asyiklah terima sms. Seperti saya, mereka juga 'rindu'. Maklumlah sudah 3 bulan bersama mengharung pelbagai dugaan.

Tuesday, November 6, 2007

Antara Airmata Gembira dan Duka...

Salam,
Alhamdulillah! Syukur... team kami menang besar! Tuhan saja tahu betapa kami bersyukur segala penat lelah menjadi berbaloi! Sewaktu pengumuman demi pengumuman diumumkan dan apabila nama Malaysia dilaungkan... Kami melompat sakan! Hong Kong menjadi medan kami berkongsi airmata kegembiraan.
Hari ini, 7 November... team kami semuanya pulang ke restoran masing2. Setelah tiga bulan bersama2 siang dan malam... kami berpisah!
Sambil menaip entry ni, ada airmata kesedihan yg mengalir! dan tepatlah kata Joe ( manager team saya)... saya jual cendol hari ni! Selsema, demam... sakit tekak. Pakej datang selepas lama bekerja keras membanting tulang, idea dan tenaga untuk Pizza Hut! hehe... Rose selalu kata saya kuat kerja! Jwpn standard saya, " Aku tak ada penaja! So.. kena cari duit sendiri!" haha..
Dlm masa yg sama... Alhamdulillah juga JIKA BENAR CINTA sudah cetakan ketiga. Yg Pertama, hujung December 2006. Yg kedua, awal April dan syukur yang ketiga... di awal november! Tak sabar rasanya menunggu novel yg kedua ada di pasaran. InsyaALLAH....
Ingin memaparkan foto di HK bersama team tapi... saya nak settlekan claim yg berjuta, nak g jumpa doktor... then nak g Alaf kejap... ( Kalau masih larat)
Sabar ya kwn2...
Terima kasih pd kwn2 yg sentiasa menyokong! Doa kalian amat dihargai!