Monday, November 26, 2007

Ragam Penulis


Ada masanya penulis boleh menjadi orang yang pelik. Mana tidaknya, cara mereka berkarya, berbeza dan unik pada setiap individu. Ada yang sewaktu menulis, mahukan suasana sunyi dan sepi. Tidak boleh ada gangguan. Telefon tidak mahu diangkat. Pendek katanya, dia hanya mahu hidup dalam dunianya sahaja. Barulah pelbagai idea datang mencanak dan aliran kekereatifan lancar saja datang.
Saya pula apabila menulis mesti ada muzik. Kalau bosan mendengar radio atau cd, saya akan membuka tv. Siaran drama cina pun saya layan. Yang saya mahukan, bunyi-bunyian! Namun ada masanya, saya juga boleh menulis sambil menonton tv. Tangan berjalan, telinga mendengar. Bila ada scene menarik, saya berhenti dan melihat dgn tekun. Waktu iklan, tangan saya menulis semula.

Malah, sambil menaip saya juga masih boleh bersms! Haha. Mungkin bagi diri saya, idea datang dari orang sekeliling saya. Idea datang dari siri tv yang ditonton. Idea datang bila ada muzik yang mengiringi jemari saya menari di keyboard!
Dan menjadi satu kepuasan apabila siap menulis, saya akan khabarkan pada kwn2 berapa page saya berkarya hari ini! Haha… mulalah lily yong mengatakan, sudah2lah tu… jum tengok catwoman kat tv. Rose pula: kata penat…tidurlah dulu! Hehe… mereka terbakar apabila mendengar laporan saya!

Itu semua tidak mematahkan semangat malah menjadi inspirasi untuk terus menulis. Kerja saya yg tidak menentu, kerja saya yg mcm tidak siuman, kerja saya yg ‘gila’… bukan alasan untuk saya tidak menulis. Prinsip saya: Mesti menulis setiap hari, walau hanya beberapa patah perkataan!

5 comments:

Lily Haslina Nasir said...

wah aku teringat pulak khadijah hashim bila baca n3 kau... dia kata dia boleh menulis sambil tengok tv... mata pandang tv pun tak per sebab jari dia lagi laju menaip daripada mata yg memandang..

keep up the good work.. lima tahun lagi mesti kau boleh jadi ala ala kak jah! (khadijah hashim)... kaya wooo....

Lynn Dayana said...

tiga tahun lah.... hehe. Hari ni boss aku baru bg sebeban kerja. Mula bulan depan, kerja lg banyak... lagilah bersemangat aku nak menulis untuk cepat... sampai tiga tahun! uwa....
p/s : yong cop hijau, aku pink, rose merah, engkau?

Lily Haslina Nasir said...

aku oren boleh... light purple ok... nanti aku cari yg sesuweiii


ps: beriya iye kita ni ye! mcm nak potong reben pulak hari tu...

Lynn Dayana said...

oren striking! purple pun cantik! hehe... tunggu laila balik btn, dia je yg x tau lagi ...

laila kamilia said...

aku tak de warna...sebab aku tiada di sana...waaaa...........