Saturday, November 10, 2007

Meneliti Diri


Dua malam yg lalu saya benar2 di landa kesunyian. Maka, kawan2 jadi mangsa. Saya hantarkan sms berbunyi begini.

" Sy sdg muhasabah diri sendiri. Apa yg menyebabkan sy berjaya dan mengapa pula ada masanya sy gagal. Kalau boleh digambarkan sy dgn 10 perkataan apa agaknya ya?"


Nak tahu jawapannya:

DHIYA: kuat kerja, kuat demam, kelakar klu kena masanya, pendorong yg baik, Kau blh buat aku nak majukan diri, kau pndai buat ayat2 yg best, tapi aku dpt rasa hidup kau sunyi wlu pun kwn2 kau ramai! ( hehe.... ada benarnya!)

LILY Yong @ SURIANI : Fun, energetic, berterus terang, senang diajak berbincang, kawan susah senang bersama. ( Minah ni fail matematik... minta sepuluh dia bagi lima. Hehe!)

ROSE: Degil, keras hati, dong2, suka bercakap, kreatif, cekal, suka smash, suka nangis sendiri, pasrah tapi tabah. ( Ini lak melebih2 nak jadi nujum pak belalang! tq... rose!)

JOE ( Mgr Team RCC): Tegas, kuat semangat, bertindak secara profesional, berdisiplin, tidak suka dipermainkan, menepati waktu, penyayang, mudah berkomunikasi dan berfikir dahulu sebelum bercakap ( yg dia lupa saya ni hati kering orangnya dan degil!)


Dhiya tanya apa kesimpulan yg saya dapat? Sy katakan dlm hidup sy ada yin dan yang! Ada yg baik, ada yg buruk. Untuk menghadapi segala dugaan yg dtg, sy kena terus tabah! Kerana wlu apa pun yg berlaku, nafas ini perlu dihela dan berat kaki yg melangkah tetap mesti bergerak ke hadapan.

P/S : gmbr dlm MTR nak ke disneyland.

2 comments:

laila kamilia said...

aku pun selalu juga buat tu, tapi tak pernah nak tanya orang. sebagai guru, kami dilatih membuat refleksi diri setiap hari...mungkin satu hari aku boleh tanya pendapat orang kan...

Lynn Dayana said...

Boleh... siapa kata tak boleh!