Friday, November 23, 2007

Berapa nilai HARGA DIRI?

Semalam sy berjanjitemu dgn rakan sekolah semasa tingkatan 6. Dia duduk di belakang saya waktu di kelas. Sy baris pertama( kononnya ilmu cepat smpi bila duduk di hdpn), dia pula di baris kedua. Kami bersembang lewat hari semalam dan juga apa kisah terbaru yg berlaku dlm hidup dia dan sy. Macam2 yg kami ceritakan.
Satu yg menarik perhatian sy adalah kisah suaminya yg menjadi buruan seorang gadis muda. Setiap hari menelefon, tidak kira siang dan malam malah sanggup memperdaya semata2 kerana mahu meraih perhatian. Mengajak suaminya untuk lunch and dinner, bila ditolak dgn lembut, taktik yg lain pula digunakan. Kononnya mahu celebrate so, lunch untuk satu department. Bila suami kwn sy ni sampai, hanya mereka berdua. Bila ditanya, jwpannya... yg lain on the way! Sedangkan realitinya dia yang on the way kesesatan kerana taksub dengan suami orang.
Mujur suami kawan sy ni masih kuat imannya. Berpuluh2 sms dihantar, dia tidak melayan. Dia membalas," I love my wife. I love my kids. Please don't disturb me."
Yg anak gadis tidak cukup akal tetapi terlebih emosi ini menjawab," Give her one month of ur love, I'll be satisfied even for just one night!"
Aduh, tak ke haru bila orang gila jatuh cinta, kemaruk kasih sayang hingga hilang harga diri. Kawan saya langsung tidak mahu menyerang malah membiarkan saja suaminya yg menguruskan hal kemaruk itu. Dia kata, dia tidak mahu martabat wanita diremehkan apabila serang menyerang berlaku. Akhirnya, sang suami mengugut akan membuat laporan polis jika terus diganggu. Barulah, si gadis yang mahu menjadi rebung muda ini mengalah.
Moralnya: Ya, mencari lelaki yg baik sekarang ini memang.... susah! Tapi hak orang yang sudah tentu terpelihara, janganlah diambil. Hak orang, tetap hak orang. Berkongsi kasih, bukannya mudah. Kalau rebeh bahu nanti, siapa yg susah.
Pada si gadis, belajarlah erti malu. Kalau org tak sudi, janganlah dikejar lagi. Buat penat berlari saja. Jangan dijual harga diri hanya kerana cinta seorang lelaki yg kita tidak tahu nilainya.

2 comments:

Rose Harissa (NORA) said...

suka sangat kat n3 ni... aku tabiklah kat kawan ko tu... setuju dgn cara dia tak pergi serang, tanda wanita bijak... :) tu yang buat suami dia makin sayang dia... hehehe
pepandai je aku nih... :)

Lynn Dayana said...

ya... suaminya berkerjaya bagus, that's y, si gadis nak masuk line!Mgkn dr segi determination, si gadis ni memang cekal lah dlm usaha nak merebut suami org tapi dr segi lain pulak... sampai nak menggadai maruah diri... alahai. Singkatnya pemikiran yg menganggap seks dpt mengikat kasih lelaki. Huhu... isu sensitif ni!