Sunday, November 11, 2007

Yang Mudah Tetapi SUSAH


Tidak susah sebenarnya membeli hati saya. Cukup dengan ucapan terima kasih, senyuman yang mesra, lirikan mata yang memberitahu saya penting di dalam hidupnya, tutur kata yang bijak berbicara dan boleh membuat saya ketawa. Apa lagi ya? Emm… dia juga pastinya pandai mengambil hati keluarga dan boleh membimbing saya yang adakalanya tersasar dari arah yang sebenar.
Banyak sangatkah permintaan saya? Bukannya banyak pun. Yang saya cari bukan kesempurnaan tetapi menghampiri ke arah itu. Sempurna di mata saya, mungkin tidak di mata orang lain. Perasaan itukan sesuatu yang subjektif. Bukan boleh ditentuukur sesedap rasa!
Namun yang mudah bagi kita mungkin susah bagi yang lain. Maka ungkapan jual mahal atau terlalu memilih sampai bila-bila pun tetap dibicarakan. Sampai ke tahun 3000 agaknya. Sampai saat daging sudah luruh dari tulang dan tulang berderai menjadi tanah…

5 comments:

Abang Long said...

Wahai Adinda Lynn. Kita berusaha dan berdo'a dan berusaha dan berdo'a .... jangan putus harap. TAHNIAH, abang long mendapat perkhabaran novel Lynn dan 'malatop' .... SYUKUR... TERUSKAN USAHA MURNI.

Lynn Dayana said...

Salam Abg Long, maaf ya ari tu x balas sms. Sy di Hong Kong masa tu. Terima kasih, alhamdulillah ada rezeki dlm dunia penulisan.

laila kamilia said...

solat istiharahlah kakak oi...

Rose Harissa (NORA) said...

mmg x susah kalau 'dia' ikut apa yang ko tulis ni... hhehehehee

Lynn Dayana said...

Kawan2! Yg tersurat tak semestinya yg tersirat! Adakalanya hanya sekadar entry... mungkin sensasi tapi adatlah... kan!