Wednesday, December 21, 2011
Cinta Perisa Dia
Sinopsis CINTA PERISA DIA
Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi…itu haknya.
Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak tetapi rongak giginya. Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?
Rancangan Uji Bakat Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang merbahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau dah cinta...jodoh datang juga tanpa dipaksa.
Tuesday, November 8, 2011
Bab 9 : Novel ke 6, Cinta Perisa Dia... teaser.
9
Kalau cinta itu malapetaka,
Gempa bumi ini bilakah akan berhenti?
Dia memandang Mala dengan pandangan yang tidak berkelip. Benarkah apa yang diberitahu kawannya itu sebentar tadi? Mungkin telinganya salah mendengar atau Mala hanya main-main?
“Ulang balik apa yang kau cakap tadi?” Tangan Ayumi yang sedang mengutip sampah itu kini berhenti. Menunggu Mala menyambung bicara namun hanya sengihan yang menjadi jawapan. Mala kelihatannya asyik menjirus pokok-pokok bunga di pejabat itu sambil menggunting dedaun yang kekuningan.
“Mala?”
“Cepatlah buat kerja. Dah dekat pukul 9 ni. Aku tak nak balik lewat lagi macam semalam.” Mala menjawab.
Ayumi mendengus. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab. Tiba-tiba Mala berkata mungkin jodohnya sudah sampai. Sampai dari mana? Langit ketiga? Atau langit ke tujuh? Semalam mereka balik lewat kerana pejabat yang mengambil kontrak pembersihan mereka mengadakan parti. Mereka datang ketika jam sudah mencecah sebelas malam iaitu apabila majlis sudah tamat. Jam dua pagi baru mereka sampai di rumah. Selalunya jika ada kontrak kecemasan begitu, memang mereka yang menjadi mangsanya. Abang Mala, Khairil yang merupakan bos mereka juga turut sama menyumbang tenaga.
“Kau percaya pada takdir?” tanya Mala tiba-tiba.
“Ya,” jawab Ayumi dengan malas.
“Kau tahu tak nasib seseorang boleh berubah dalam sesaat?” Mala kian teruja.
“Kau ni mabuk ke apa?” terjah Ayumi. Minum red bull pun boleh mabuk? Itulah minuman kegemaran Mala. Sedangkan bagi Ayumi, diupah pun dia tidak mahu. Baunya saja sudah memeningkan. Dia lebih suka minum 100 plus sahaja. Dapat menambah tenaga ketika sudah penat bekerja.
“Cinta itu indah.” Mala mengambil kain dan mengelap meja. Hanya mereka berdua di tingkat itu. Khairil dan Farid berada di tingkat yang atas. Mereka membahagikan kerja.
“Gila.” Ayumi membalas dan terus menvakum.
“Cinta buat kita rasa dunia yang bulat ini macam segi empat tepat!” Mala menyambung lagi falsafah cintanya.
“Kenapa pulak segi empat?” Ayumi akhirnya melayan juga Mala dengan teori cintanya.
“Sebab bergerak ke mana-mana pun, kita masih melihat orang yang sama. Asyik-asyik nampak dia!” Mala merasionalkan teorinya.
Ayumi hanya tersenyum. Mahu saja dia menyatakan kepada Mala, cinta itu juga bodoh. Kerana cinta, manusia sanggup memperbodohkan diri, menjadi hamba perasaan dan larut dalam keasyikan yang melumpuhkan. Cinta juga adalah sengsara kerana cinta selalu membuat kita terlupa pada yang lebih berkuasa.
“Lagu Hadif Imran!” Mala menjerit kesukaan. Volum radio dikuatkan. Mala sudah turut menyanyi sama.
“Rosak lagu dia.” Ayumi memberi komen.
“Handsome kan dia!” Mala mendekati Ayumi.
“Apa kena mengena lagu dengan muka dia? Yang sedap tu suara dia.” Ayumi melihat sekeliling dan merasa puas hati dengan tugas yang sudah diselesaikan. Dia bangga apabila pejabat yang mereka bersihkan kelihatan kemas. Pasti esok pagi mereka yang menduduki pejabat yang bersih itu akan bertugas dengan lebih bersemangat.
“Kalau dia tak handsome, lagu sedap pun jadi kureng!” Mala masih lagi mahu bercakap tentang Hadif Imran.
“Kau ni bias. Nilai orang melalui rupa!” Ayumi memarahi Mala.
“Maksud kau, dia tak handsome?”
Terasa mahu saja Ayumi mengetuk kepala Mala. Kawannya hari ini ada terhantuk di dinding mana agaknya? Asyik mereng sahaja!
“Aku tak kata dia tak handsome!” Ayumi menjawab. Dia tahu, selagi dia tidak menjawab, selagi itulah Mala akan mendesak. Mala ada sifat seperti Jillian di dalam The Biggest Loser! Mendesak dan mendesak saja kerjanya.
“Haaa, maksudnya kau sukalah dia ya.”
“Huish, macam mana kau tak tau ni? Aku memang suka gila kat dia. Aku dah bayangkan kalau dia jadi pakwe aku, jadi tunang aku dan akhirnya jadi suami aku! Huhu. Bestnya!” Ayumi menjegilkan mata kepada Mala. Seronok melihat wajah Mala yang terkesima.
“Be carefull with what you wish!” Mala menjawab dengan senyuman.
“Yalah tu. Kau ingat ini cerita Cinderella?” Ayumi sudah mula mengemas barang-barang mereka. Dia tahu, sekejap lagi pasti Khairil akan muncul untuk membawa mereka pulang.
“Kau tahu bonda Hadif.” Mala bertanya.
“Kenapa? Aku tak ambik tahulah pasal penyanyi sebab aku rasa, dia pun tak mungkin ambik tahu pasal aku.” Ayumi ketawa dengan jenakanya sendiri.
“Bonda dia ada rumah perlindungan untuk anak-anak yatim dan budak-budak yang datang dari keluarga miskin.” Mala menerangkan.
“Mhmm.”
“Beruntung kalau dapat kenal bonda yang baik macam tu kan?” tanya Mala lagi.
“Mhmm.”
“Mesti perempuan yang tabah.” Mala menyambung lagi. Kini mereka berdua sudah mula menuruni tangga. Bangunan itu mempunyai dua tingkat.
“Mhmm.”
“Wei, apa yang mhmm, mhmm aje ni!” Mala sudah naik angin.
Ayumi berpusing menghadap Mala. Terasa mahu menyekeh Mala. Mengapalah kawannya ini sedikit bengong hari ini. Apalah faedahnya bercerita tentang Hadif Imran yang tiada kena mengena dengan hidup mereka. Kalaulah Mala tahu yang dia sangat gembira menjadi tukang cuci sahaja. Dunia yang luas ini dia mahu menjadi kecil sahaja. Dia tidak mahu meneroka dunia yang luas itu. Dia hanya mahu menyembunyikan diri.
“Yang baik tu bonda dia. Belum tentu, dia!” Ayumi membalas.
“Korang ni perang Sabil kenapa?” tegur Khairil.
“Mala hari ni demam.” Ayumi membalas.
“Ayumi tu yang mengong.” Mala mejelirkan lidah.
Khairil dan Farid saling berpandangan. Tadi bukan main lagi baik. Habis waktu kerja sudah bergaduhan pula. Khairil hanya menggelengkan kepala. Malas mahu melayan adiknya itu. Adik dan pekerja sama saja perangainya namun dia tahu mereka berdualah yang boleh dipercayai. Bukanlah pekerjanya yang lain tidak jujur namun sesetengah pejabat yang mengambil kontrak dengan mereka mempunyai banyak barang berharga dan kerana itu dia membahagikan para pekerjanya yang seramai 10 orang itu mengikut kategori yang tertentu. Imej dan kredibiliti mereka mesti dijaga supaya memastikan kontrak mereka tidak dibatalkan.
“Abang laparlah. Kita pergi makan dulu sebelum balik eh.” Khairil memberitahu kepada Ayumi dan Mala yang sudah memasuki van.
“Okay.” Mala sudah kembali ceria.
Ayumi mencebirkan bibir. Mendengar pasal makanan memang Mala akan cepat menjadi ceria. Sedangkan bagi dirinya, dia sudah membayangkan tilam yang empuk walaupun nipis saja sebenarnya. Dia mahu merehatkan badan tetapi mengenangkan Khairil yang lapar, kasihan pula.
“Korang berdua berebut boyfriend ke?” usik Farid.
“Owh, please!” Mala mendengus.
“Habis tu?”
Keduanya diam tidak menjawab.
“Bisu dah?” Khairil mencelah.
“Mala sengal!” Ayumi menjawab.
“Ayumi gendeng!”
Tersenyum juga bibir Ayumi mendengarkan tohmahan Mala. Suka-suka saja menuduh dirinya begitu. Mentang-mentanglah dia tidak pandai cakap Jawa.
“Nak gaduh, sila guna bahasa DBP ya!” tegur Ayumi.
“Gendeng tu dalam kamus ada tau. Kalau kau bukak mukasurat 24, siap ada gambar engkau lagi dalam tu.” Mala menjawab bersama tawa yang tidak mampu di tahan lagi.
Ayumi akhirnya turut ketawa. Adakah patut ada gambarnya? Ingat ini buku ABC? Mereka berdua saling berpandangan dan menyambung lagi tawa. Tiada apa yang mahu digaduhkan pun. Saja mahu menceriakan keadaan.
“Aku tak boleh bayangkan kalau dia orang ni satu hari nanti betul-betul bergaduh!” Farid memberikan ulasan. Keakraban Mala dan Ayumi memang tidak dapat dipisahkan.
“Satu hari je.” Mala membalas.
“Aah, satu hari aje.” Ayumi turut menyokong.
Khairil dan Farid berpandangan dan menggelengkan kepala. Buat buang air liur saja bercakap dengan mereka berdua. Memang tidak menguntungkan. Lebih baik mereka mendengar lagu yang berkumandang.

Friday, October 28, 2011
Pesanan untuk diri sendiri....
Lama. Terlalu lama saya tidak bercerita apa-apa... Saya larut dalam kesibukan tugas dan saya juga hanyut dalam lautan rasa. Ada masa-masanya terasa bayangan silam datang mengejar walau dihalang. Sedihkan....bila setitik kasih yang diberi, di akhir hubungan bertukar menjadi selautan derita.
2011 ini adalah tahun yang sangat laju dilalui... ada beberapa peristiwa sedih yang terpaksa dilalui. Sedar2 dah Oktober kan... ALLAH masih mahu meminjamkan rahmatNYA kepada saya. Bertabahlah hati... Kuatkan semangat. Menangis saja jika perlu tetapi janganlah terlalu lama. Seksa diri sendiri saja.

Thursday, October 6, 2011
Merah Cinta Kita d series
Inilah kelima2 siri novelet remaja, Buku Prima yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Selamat membacanya ya!
Thursday, September 29, 2011
Akan Datang Merah Cinta Kita, Buku Prima...October
Salam,
Merah Cinta Kita, projek buku untuk remaja. Untuk MCK 1 hingga 5, saya menulis di dalam MCK3 dan MCK5. Seronok! Lynn Dayana, Back To School! Huhu... Untuk menulis MCK, saya yang tersengih-sengih sendiri. Dunia remaja itu kan antara zaman hidup yang manis! Harapan saya, adik2 remaja kita dapat mengambil ikhtibar melalui bahan bacaan yang remaja mesti beli ini. Bagi yang tidak lagi remaja..hehe...tetapi mahu santai2 dan back to the past...marilah baca!
Nanti saya akan masukkan lagi 3 gambar MCK ya... Daaa!
Sunday, September 25, 2011
Rasa
Saya biasa sunyi. Saya biasa sepi. Tapi ada hari2nya...seperti hari ini, rasa sunyi dan sepi terasa berganda2 banyaknya. Saya sunyi x sepi = double emptiness kuasa dua. Persamaan serentak yang tidak seimbang. Mujur, ianya cuma rasa... Kalaulah bahan kimia elemennya? Sah...letupan itu akan memeranjatkan semua.
Sunday, September 11, 2011
Kisah hati
Terasa ketidakadilannya. Tapi siapa yg kata, hidup ini perjuangan yang adil? Kita hnya mampu berusaha menjadi yg lebih baik dari hari semalam. Walaupun hanya 1%...
Saya melewati hari dengan andaian yg hidup mesti diteruskan, nyawa yg dipinjamkan...gunakan sebaiknya. Lalu...walau saat airmata deras merembes ke pipi, saya mengingatkan diri... Saya seorang yg tabah. Saya kuat semangat. Saya mampu mengharung segala dugaan ini.
Mental rehearsal membantu. Bila nk buat dialisis, bila nurse kta...cucuk ya, dlm hati saya akan berkata... Pasti sakit, sedia, tarik nafas...subhanallah. Astaghfirullah. La hau la wala quata ila billa, hil alimul azim.... Jarum masuk dan saya menarik nafas lega. Kemudian bersedia untuk jarum yg kedua. Sekali lagi...tarik nafas...rutin 2 x seminggu yg ada masanya sungguh menyeksakan!
Saya x suka needles, x suka terpaksa mkn ubat yg banyak... Tapi sebagai trainer, saya selalu mengingatkan yg...kita tak akan dapat semua yg kita nak.. Bila kita rasa x mampu, sebenarnya kita mampu. Yes, u can do it, if u believe! Saya pun belajar... Bahawa mempengaruhi itu lebih mudah dari mematuhi. Memberi nasihat itu sangat mudah dilakukan dan sebaliknya, mengamalkan apa yg kita nasihatkan adalah sangat sukar. Memujuk orang mungkin payah namun memujuk hati sendiri...lebih banyak kekuatan jiwa yg dilalui.
Lumrah manusia memang begitu hendaknya. Melihat masalah orang, kita rasa mudah saja cara menyelesaikannya. Mengalami masalah itu sendiri...barulah tahu tinggi rendahnya jarak antara langit dan bumi.

Thursday, September 8, 2011
Bicara
Bila orang sudah berhenti mendengar, maka kita perlu berhenti berbicara. Jangan dibazirkan masa dan tenaga.
Bila orang sudah melupakan kita, maka kita juga kena belajar melupakan dia. Jangan menunggu dan terus memperbodohkan diri.
Bila orang sudah jauh meninggalkan kita, berpindahlah dari menduduki wilayah yg sama. Jangan menghiris hati dengan pisau harapan.. Kelak tangan terluka, hati terseksa.

Monday, September 5, 2011
Syawal kali ini...
Salam,
Syawal kali ini berlalu tanpa sedar. Ya. Sehari menjadi dua hari. Dua hari menjadi tiga hari. Sedar2 sudah sampai masa untuk pulang ke KL. Sedar2 sudah kena masuk kerja. Hati yang tabah memujuk diri, wajib dipuji. hehe...
Sebelum Syawal, saya sudah menghantar Cinta Perisa Dia kepada editor. Pulang ke kampung, laptop saya angkut juga tetapi tidak berusik. Tidak disentuh langsung pun. Sampailah ke hari ini. Oleh kerana di kampung, saya tak berpeluang melihat tv, balik ke sini...saya duduk termenung depan tv. Hehe...
Saya juga meminjam 2 dvd Korea milik anak sedara saya. Belum mula lagi. Tapi saya tidaklah rasa berdosa kerana CPD sudah siap. Dua projek lain juga siap. Saya berhutang 1 saja projek lagi yang mesti dihantar November nanti. Lama lagi... hehe. taip gaya malas pun sempat lagi... Ya Allah, buruknya perangai saya ya! haha... Tapi dah few months saya punyalah push diri menulis dan menulis dan menulis... Alhamdulillah..ini masanya untuk relaks dan tenangkan hati!
Tapi novel ke 7 saya dah mulakan. Baru 2 page. Hehe... Beratusan lagi. Tapi itu untuk tahun depan so it's okay... masih in schedule. CUD tajuknya. Haha... Moga ada rezeki CPD keluar hujung tahun ini. InsyaAllah. Awal tahun depan pun okay. Moga ada rezeki untuk diterbitkan.
Raya. How's raya? It's just another festive day. To be thankfull to Allah for all His blessings. Harap2 balance of the year ni...semoga dipermudahkan.

Wednesday, August 17, 2011
Skyscrapper - Demi Lovato
I'd survived a year.... of silent. Have you all heard this song, by Demi Lovato, Skycrapper?
Skies are crying, I am watching
Catching teardrops in my hands
Only silence, as it's ending, like we never had a chance.
Do you have to make me feel like there's nothing left of me?
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper
As the smoke clears
I awaken and untangle you from me
Would it make you feel better to watch me while I bleed
All my windows still are broken but I'm standing on my feet
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/d/demi_lovato/skyscraper.html ]
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper
Go run run run I'm gonna stay right here
Watch you disappear yeah
Go run run run yeah it's a long way down
But I'm closer to the clouds up here
You can take everything I have
You can break everything I am
Like I'm made of glass
Like I'm made of paper
Ohh
Go on and try to tear me down
I will be rising from the ground
Like a skyscraper, like a skyscraper
Like a skyscraper, like a skyscraper
Like a skyscraper

Sunday, August 7, 2011
Cerita Ramadhan kali ini..
Salam,
Ya. Saya tahu. Blog saya ini jarang dikemaskini. Saya sibuk? Saya buat2 sibuk? hehe... Secara jujurnya saya sedang sibuk memujuk diri. Mahu menyiapkan Cinta Perisa Dia yang kini di ms 320. Harap2 akhir Ramadhan, cpd siap dan saya boleh menarik nafas lega. Kawan menaip saya sekarang adalah Hezzy yang khabarnya di ms 405, Dhiya di ms 123. Hehe...hari2 macam wajib bagi laporan, muka surat berjalan atau tidak. Saya ada masanya menjadi kura-kura saja. Ada masanya pula saya menjadi kura-kura yang naik roller skate, laju menggila. Semoga ada rezeki CPD diterbitkan hujung tahun atau awal tahun depan. InsyaALLAH.
Ramadhan ni bila duduk seorang, saya malas mahu memasak tapi bila berkunjung ke pasar ramadhan pulak...bila nampak cantik tapi rasa tidak sesedap rupa, saya kecewa. Lagi pun sekarang ni minimum beli lauk RM2. Haihhh....saya bukan kedekut. Masalahnya bila beli RM2, alamatnya tak habis makan. Mahu dicampurkan saja nasi dengan lauk, waktu buka lama lagi...nanti jadi kembang semangkuk.
Alternatifnya? Masak sendiri. Puas hati. Lagi pun saya bukan jenis suka sangat makan kuih. Tidak boleh minum ais yang warna warni di pasar ramadhan tu. Jadi? Eloklah masak sendiri bukan. Tak sedap pun, sendiri yang makan. Buka minum teh panas. Kalau tak, minum air suam. Dah. Cukuplah. Lepas tu makan buah. Lagi pun doktor suruh diet...uwaaa. Tak tahu dah nak diet macam mana lagi. Makan tak adalah banyak mana tapi metabolisme dah kecut! Hehe...
Saya rindu asam pedas melaka. Saya rindu masakan emak. Tapi puasa di tambah dengan dialisis...tak berdaya saya nak drive jauh-jauh. Tunggu raya saja. Mak kata, rambutan sebelah rumah merah2....uwaaaa, tapi dengan cool saya bagitahu mak, tak apa raya nanti ada rezeki, boleh makan. dalam hati, melompat rasa nak balik!
Weekend semalam juga kakak saya balik rumah emak. Membaca SMS list makanan mereka berbuka, saya beristighfar... Dalam hati? bencinya aku..hehehe tapi bila fikir balik, baguslah tak balik. Nanti balik, sure saya minum banyak... nanti nak menunggu dialisis...sengsara. Tak apa. Raya cuti seminggu. Minta2 saya sihat hendaknya.
Minggu ini juga saya menunggu keputusan white blood cell test yang dibuat di Singapura. Kalau okay, mungkin rezeki untuk transplant ada. Kalau x okay, saya pasti menangis...pasti. Tapi kena redhalah kan. Dah tak ada rezeki. Doa yang baik-baik saja walaupun pagi tadi selepas solat Subuh ketika menutup doa, saya rasa malu.... saya katakan...Ya ALLAH, ampunkan aku kerana meminta terlalu banyak padaMU. Ya, terasa malu...
Selamat Meneruskan Ramadhan...semoga mendapat rahmatNYA. Amin

Sunday, July 24, 2011
Sahabat
Semalam hari Ahad yang mencabar. Demam, 37.3 celcius. Blurred. Rasa bengong saja... namun kerana sudah berjanji maka saya pun tabahkan hati, kuatkan semangat dan hehehe...sebab dah janji dengan Sue nak ke rumah dia. Sue janji nak buat roti jala dan kari ayam. Walaupun tekak rasa payau, kerana Sue sudah bersusah payah... saya naik tangga dengan semput.
Lepas tu kami ke rumah Ila. kunci kereta saya serahkan pada Sue. Dia terasa nak merempit selepas tengok sport rim saya yang cantik. Haha... Tapi dari kenal masa mula2 Sue drive, cara dia drive memang masih sama. Jenis pemandu yang berhemah. Kalau boleh bagi orang potong...Sue akan elak ke tepi. Dia tak pernah dapat saman kot seumur hidup.
Lama tak ke rumah Ila di Ijok, Kuala Selangor. Sampai sana dijamu dengan kuih muih dan makanan tengahari. Nasiblah saya hari ini. Demam jadi lidah tu tak merasa tapi yang penting ke sana sebab nak jumpa Ila yang akan ke Mekah untuk menunaikan umrah hari ini. Alhamdulillah. Rezeki Ila makin murah. Hehe, kereta baru...rumah baru dan saya dengan Sue merasakan, akan ada orang baru kot tak lama lagi. Yieha..
Bila fikir-fikir, terasa mahu ketawa. Kami kenal masa di USM dulu. Lepas grad, duduk serumah. Masa susah. Masa sama-sama ke sana sini naik bas, lrt.. Musim makan pun bercatu. Hehe... masa tu, kami baru sampai KL. Asyik semedang sesat..
Masa duduk di Ampang, tenaga muda gila...tingkat lima. Nampak bas dari jauh, boleh lari kejar dan sampai bawah. Haha...sekarang, taubat tak kuasa. Kini, kami semua sibuk dengan kerjaya masing2. Tapi bila ada peluang jumpa, seronok juga berkongsi cerita. dah kenal lama kan... Walaupun ada musim turun naiknya, ada musim gaduh2 teman tapi tak mesra, kedewasaan juga mengajar kita untuk memberi dan menerima. Semoga persahabatan ini kekal sepanjang hayat. Semoga Ila dapat menunaikan umrah dengan baik dan Selamat Hari Lahir untuk Cik Sue yang menyambutnya hari ini. Moga kita semua dimurahkan rezeki dan berada di dalam rahmatNYA. Amin

Thursday, June 23, 2011
Kanta setengah tahun!
Salam,
June akan berlalu. Ya, saya tak sabar nak menunggu July datang. Mahu pergi berlibur...huhu. Mahu suka suka dengan kawan rapat. Siap dah plannya dengan spa segala. Kembali, mesti pulun manuskrip.
Kerana 2011 dah setengah tahun sudah dilalui, apa pencapaian saya ya? haha...mahu ambil kanta dan muhasabah diri barangkali.
1. Juara Carta Cinta mula dijual hujung Januari. Alhamdulillah, masuk bulan May hari itu sudah cetakan ke3. Sangat-sangat bersyukur.
2. Saya ucapkan selamat tinggal pada Cik Satria saya dengan hati yang berat dan beli kereta baru. Kereta yang comel tapi nampak sporty. Hehe, syok sendiri.
3. Awal tahun juga saya dapat handphone yang saya suka. Another case of syiok sendiri. Saja mahu happykan diri sendiri.
4. Awal tahun saya cuti dengan Dhiya ke PD. Bulan April aritu saya ada ke Sabah...dan coming July nanti akan ke East Coast... oklah tu. Nak ke oversea, susah sikit sebab ruang masa terbatas!
5. Ikut projek tulis untuk remaja. Yeah...ingat tak pandai menulis kisah-kisah back to school. So tak sabar rasanya nak tengok naskhah yang sudah dicetak.
6. Ikan yang saya bela 4 ekor masih hidup lagi. Hahahaha...
7. Ikut juga satu lagi projek Alaf. Naskhah 1 dah siap. Naskhah 2 on the way... Hehe, saya pulun menulis ni!
8. Sudah setahun setengah saya sakit....dan as the time goes by...Saya lebih meredhai ujianNYA. Hal-hal remeh ketepikan saja.
So, the other half of the year, what wishes that I m hoping will come true?
1. CInta Perisa Dia mesti siap!
2. Melihat naskhah projek 1 dan 2 itu secara realiti di tangan.
3. Urusan transplant itu moga dipermudahkan...
4. Semoga hati lebih tabah dalam menempuh hari-hari yang Allah pinjamkan untuk saya.
Amin.

Wednesday, June 8, 2011
DIAM...sampai bila-bila
Saya tidak tahu kenapa...tapi saya sering kali ambik pisau dan cucuk hati sendiri. Is it worth it? Entah. Akal yang waras bukan tidak tahukan, mana yang elok mana yang tidak. Tapi saya suka benar menyakitkan hati sendiri.
Saya kena ambil jalan yang lurus. Memandang ke hadapan. Jangan toleh ke belakang. Lupakan masa lalu yang menyakitkan. Lupakan orang yang dah lupakan kita. Sakitnya hati Tuhan saja yang tahu.
I am a failure if its regarding FEELINGS...agaknya. Total failure. And I hate him for making me stuck with all this stupid feelings...
It's over. Lama dah habis pun. Sudah tamat. Ini bukan sesuatu yang tergendala. ini tamat. So, why can't I just shut up and moved on? Haha.....wahai Cik Hati....silalah tabah. ALLAH lebih tahu apa yang baik untuk diri ini.
Cik Hati...kuatkan segala saraf dan sendi. Berhenti salahkan diri sendiri. Mungkin bagi dia, saya manusia yang paling bodoh dia jumpa sebab itu...seronok menipu saya. Silakan.... saya cuma mahu berhenti berbicara. Diam. Saya tidak membenarkan diri saya bercakap dengan dia. Saya memilih diam.. Diam...Diam... Sampai bila-bila.

Wednesday, June 1, 2011
Kenangan 2
Kenangan 1:
Saya pernah sukakan bau perfume dia. Saya suka apabila memasuki kereta dan walaupun dia tiada, harumannya masih ada.
Saya suka apabila saya sakit, bila saya batuk, dia yang sibuk berdeham melegakan tekak seolah2 dia yang batuk.
Saya suka bila makan bersama, dia mencedukkan lauk ke pinggan saya.
Saya suka bila saya sakit, dia bertanya dengan lembut kononnya dialah doktor yang sedang mendiagnosis penyakit saya.
Saya masih ingat bila mahu menyeberang jalan, dia akan berjalan melindungi saya dgn anggapan kalau ada marabahaya yg dtg, biar dia yg kena dahulu.
Saya juga tahu bila menghantar saya pulang, dia akan menunggu sehingga saya selamat ke dalam lif dan barulah dia berlalu.
Saya sukakan lawak jenakanya ketika mengejutkan saya tidur jika di pesan suruh menelefon saya. Saya selalu ingat suara sumbangnya yang suka menyanyi ketika memandu.
Ahhh....namun saya akur, dia bukan untuk saya. Dia hanya kenangan yang tak akan berulang.
Dan sebenarnya.....it doesnt happened as good as i imagine? May be? Halucination? Huhu

Wednesday, May 4, 2011
CERKON : Cinta DENGAR pertama....
Salam,
Bulan Mei datang....aduhai sekejap saja sudah mahu setengah tahun. Laju ni. Dan bila saya berkira-kira....uwaaa, lama sudah terlalu lama saya berada di dalam episod LUKA. Husyyhhh.....pergi jauh2. Ini masa untuk lebih tabah. Ini masa untuk menjadi manusia yang sangat kuat menempuh ujianNYA. Abaikan segala bagasi rasa yang hanya menambah beban di dalam dada.
Ada sesiapa mahu membaca CERKON lagi? Ada yang mahu angkat tangan? Haha...
Ketukan di pintu menyebabkan perbualan mereka terhenti. Mereka berpandangan seketika. Siapa pula yang mahu datang ke rumah mereka. Hari pun sudah lewat malam. Tiada sesiapa yang dinantikan.
“Kau order pizza ke?” Tanya Asfi.
“Gila kau! Dah kembung perut aku ni dengan makanan kau jamu. Manalah ada ruang lagi nak makan!” Marah Diana.
“Bukaklah pintu tu!” gesa Aina yang rimas dengan tingkah dua rakan baiknya itu.
Diana segera bangun. Maklumlah di antara mereka bertiga kakinyalah yang paling panjang. Kata kawan-kawannya, Diana kenan zirafah ataupun zirafah yang kenan Diana. Mana-mana pun boleh.
“Siapa Diana?” jerit Aina mahu tahu namun tiada jawapan.
Aina bergegas ke depan. Diana kelihatannya terbaring di depan pintu. Aina dengan laju mendapatkan Diana.
“Kenapa kau ni?” Tanya Aina.
“Aina!”
Suara yang memanggil nama Aina itu amat lembut sekali. Aina mengangkat muka dan mulutnya serta merta terlopong.
“Engkau?” Aina pula yang rebah di sisi Diana.
“Oii! Apahal korang ni?” giliran Asfi yang datang ke muka pintu.
“Asfi?”
Asfi mengangkat muka ke arah tuan punya suara itu. Matanya tidak berkelip. Adakah kanta matanya sudah rosak? Atau ini sebahagian dari rancangan silap mata yang terkenal itu?
“Asfi, aku ni!” Gadis itu menegur lagi.
Dan teguran itu menyebabkan Asfi juga rebah di sisi Diana dan Aina. Elok saja mereka bertiga pengsan.
***
Dia duduk saja di sofa. Menunggu mereka bertiga sedar dari pengsan. Pintu rumah sudah dirapatkan. Dia duduk bersila di atas sofa. Diana masih macam dulu. Tinggi betul. Aina elok saja pengsan dengan cermin matanya yang terletak cantik di hidung. Asfi saja yang nampak berisi sedikit berbanding dahulu. Mungkin senang hati. Maklumlah sudah berkerjaya hebat. Sudah ada pendapatan sendiri.
Agak-agaknya, lama lagikah mereka bertiga mahu pengsan? Soalan itu hadir di dalam ingatan Ida. Kalau sampai esok macam mana? Ida menggaru kepalanya. Nanti kalau mereka tidak bangun sahur, pasti dia pula yang berdosa. Ida segera ke dapur. Mengambil sejug air dan dengan bacaan bismillah, dia menyiram ke muka teman-temannya itu.
“Astaghfirullah al azim! Basah aku!” Diana yang paling awal pengsan telah bangun dan mengelap mukanya.
“Betul kea pa yang aku nampak ni?” tanya Asfi.
“Ni Ida ke?” tanya Aina yang masih menggosok matanya.
“Ya, aku Ida. Aku datang nak tuntut janji!”
Kenyataan Ida yang tegas itu membuatkan mereka bertiga sekali lagi saling berpandangan. Ah, sudah! Mati mereka jawabnya jika perlu menunaikan janji yang dituntut Ida.
***
“Macam mana ni?” tanya Asfi. Sudah dua jam sejak Ida balik mereka termenung dan masih tidak mencapai kata sepakat.
“Kenapalah kita pandai-pandai berjanji dulu.” Aina mengeluh.
“Masa tu kau lupa ke? Kita terdesak. Kau ingat kalau tak terdesak, kita akan buat janji yang macam tu?” Diana mendengus marah.
Ketiga-tiganya terus duduk termenung. Mengapalah mereka pandai-pandai berjanji? Sebenarnya mereka tidak pandai. Kalau pandai, mana ada orang yang mahu berjanji seperti itu. Sekarang salah seorang dari mereka bertiga mesti menunaikan janji.
“Kita lari.” Diana memberikan jawapan.
“Kaki kau panjang, tak apalah. Aku ni?” tanya Asfi dengan mata yang terbeliak.
“Nak lari ke mana? Korang ingat dia tak boleh cari kita? Aku ingat dia tak akan datang tuntut janji. Tapi dia datang. Siap bawak kertas buruk tu lagi. Siap laminate lagi!” Bersungguh-sungguh Aina bercerita.
Dahulu, lima tahun yang lalu...di atas kertas buruk itu mereka bertiga berjanji dengan Ida. Kini Ida mahukan apa yang dijanjikan.
“Aku tak sanggup.” Diana memandang Asfi dan Aina. Matanya sudah mula berair. Dia benar-benar tidak sanggup. Kerja gila jika tuntutan Ida direalisasikan. Mati dia nanti.
“Aku pun tak sanggup!” Asfi cepat-cepat bersuara lalu menundukkan wajah.
“Jangan harap aku sanggup!” Aina turut berkeras.
Nampaknya tidak ada kata sepakat akan dicapai. Aina memandang ke Barat. Asfi sudah memandang ke Timur dan Diana memandang jauh ke Selatan. Berada di ruang yang sama dan kompas hati mereka sudah dirosakkan oleh Ida. Alamatnya mereka akan hilang arah dan haluan.
***
“Kenapa muram ni?” tanya Fadhil kepada Aina.
“Sayang saya tak?”tanya Aina.
“Uish...ni soalan perangkap ni. Ada apa ni?”
“Saya terperangkap.”
“Dalam apa? Kesesakan lalu lintas?” Fadhil menjawab lalu ketawa terkekeh-kekeh. Ketawanya mati apabila melihat wajah Aina yang muram sekarang semakin semasam jeruk kelubi.
“Kenapa ni?”
Aina mengeluh.
“Cakaplah.”
Aina terasa mahu menangis.
“7 tahun lepas, saya buat janji.”
Fadhil terus menunggu. Ini kisah seram ke? Namun dia menunggu Aina bercerita dengan sabar.
“Saya janji jika dia tolong saya, sampai masanya...saya akan tolong dia pulak.” Aina sudah terasa mahu meraung.
“Dia tu siapa?” Fadhil pula yang naik risau. Aina ada berhutang dengan Ah Long? Bahaya ni! Mahu bayar pakai apa? Kereta Satria yang dipakainya itu kalau dijual pasti tidak seberapa.
“Ida.”
Aina sambung menungnya lagi. Dia melihat wajah Fadhil. Mahukah lelaki itu berkorban untuknya? Yang lebih penting, sanggupkah dia melepaskan lelaki ini pergi?
“Apa janjinya?”
“Kalau pada umur 30 tahun Ida masih belum kahwin lagi.....salah seorang dari kami kena serahkan kekasih kami pada dia.” Aina memberitahu.
Fadhil memandang Aina dengan terkebil-kebil. Amboi! Apa punya jenis janji ni? Gila! Dia bangun dari tempat duduknya. Melihat sekeliling. Melihat semula wajah Aina yang mencemik mahu menangis. Pandai-pandai lagi berjanji. Padan muka! Hatinya mahu bersorak.
“Kami tu Asfi, Diana dan awak?” tanya Fadhil.
“Ya.”
Kini, Fadhil faham. Asfi dan Diana tiada kekasih tetap maka memang dialah yang mahu dikorbankan mereka ini. Mereka berdua itu asyik berganti kekasih. Dia saja yang kekal dengan Aina berkawan sudah dua tahun.
“Ida tu kenapa tak boleh cari kekasih sendiri?”
Aina diam.
“Dia cacat?”
Aina geleng kepala.
“Dia hodoh?”
“Cantik.”
“Dia miskin?”
“Kaya.”
Fadhil sudah mula mahu naik angin.
“Habis tu kenapa gatal janji macam tu?”
Aina teragak-agak mahukah dia membocorkan rahsia. Kertas buruk yang disimpan Ida itu kalau bawa masuk mahkamah akan lakukah? Dia tidak tahu tetapi Ida memberitahu sekarang dia sudah jadi peguam muda. Peguam! Maka perkataan itu juga sudah membuatkan mereka gementar.
“Ida dulu senior kami.”
“Then?”
“Dia tangkap kami curi test paper dari bilik pensyarah.” Aina tunduk malu.
“Astaghfirullah!” Fadhil beristighfar.
“Masa muda dulu.....”
“Lagi?”
“Masa tu dah final year. Kalau tertangkap, memang kena buang. Jadi kami ikrar..buat surat akujanji. Mana nak tau yang dia akan cari kami.” Aina meminta simpati.
Fadhil memandang Aina. Terasa mahu ketawa. Kerja gila. Dia kemudiannya duduk dan menghela nafas.
“Carilah sesiapa yang konon boyfriend awak.”
“Tapi...”
Wajah Aina sudah semakin cuak. Geramnya memikirkan Diana dan Asfi yang memaksa dia menyelesaikan perkara itu. Tidak adil sungguh. Mereka berdua terlepas dengan mudah dan dia yang terseksa. Huh!
“Kenapa?” soal Fadhil lagi.
“Dia kata dia kenal awak.”
Fadhil berpaling.
“Dia tahu segala-galanya tentang awak.”
***
Suasana kafe itu senyap dan sunyi. Ida menunggu kedatangan Fadhil dengan tenang. Dia memakai baju berwarna merah seperti yang dijanjikan. Lagu Rossa kuat berkumandang.
‘Ku menunggu...ku menunggu kau putus dengan kekasihmu.’
Ida tersenyum.
Fadhil mundar mandir di kawasan parkir. Teragak-agak. Aina pada mulanya mahu menemankan dia tetapi dia memilih untuk bertemu Ida sendirian. Dia mahu melihat wajah Ida. Dia mahu melihat personaliti gadis itu. Dia mahu tahu sejauhmana keberanian seorang wanita bernama Ida yang berani mahukan janji yang dahulu itu dikotakan. Dia akhirnya melangkah dengan tenang.
“Kawan saya Cik Ida sudah sampai?” tanya Fadhil pada pelayan kafe itu.
“Meja 17.”
Mata Fadhil berpaling ke arah yang ditunjukkan pelayan itu. Dan dia merasakan dunianya seakan terhenti. Langkahnya terpaku. Jantungnya berhenti berdetak.
“Encik?”
Fadhil berpaling ke arah pelayan itu semula. Pandangan matanya berpinar. Gelap. Pangsan.
Ida melihat ke arah suara yang riuh rendah di muka pintu kafe itu. Dia bangun dan kemudiannya tersenyum. Mengapa Fadhil juga pengsan? Ah! Payah betul!
Fadhil terasa wajahnya dibasahkan dengan air.
“Encik, bangun encik.”
Matanya tetap ditutup. Terdengar hingar bingar disekelilingnya. Buka mata atau tidak? Jika buka mata, malu. Tapi kalau terus pengsan di situ pasti malu juga.
“Fadhil...” Ida memanggil dengan lembut.
Ya Allah, lembutnya suara Ida. Selembut wajahnya. Fadhil teringat wajah yang sama. Wajah yang tersenyum memandangnya di majlis kenduri di surau. Wajah yang baik hati apabila tidak malu menyinsing lengan membasuh periuk ketika kenduri itu. Wajah yang membuatkan tidurnya terganggu semenjak sebulan yang lalu. Wajah yang membuatkan dia semakin rajin ke surau untuk berjemaah.
Mereka berpandangan dan tersenyum. Malu di kafe tadi menyebabkan mereka berpindah ke kafe di bangunan sebelah pula. Dua-dua diam tanpa bicara.
“Awak serius nak kahwin dengan saya?” Fadhil bertanya.
Ida menganggukkan kepala.
“Awak cari Aina dan nak tuntut janji bila tahu saya kekasih dia?”
Sekali lagi Ida angguk kepala.
“Kenapa?”
Ida mengangkat bahu. Tidak tahu. Dia jatuh cinta dengar yang pertama. Dengar. Ya, dengar! Bukan pandang. Semuanya berlaku secara kebetulan. Suara Fadhil mengalunkan azan membuatkan dia suka dengan lelaki itu. Apabila dia menyelidik kemudiannya dia mendapat tahu yang Fadhil rapat dengan Aina. Riuh rendah mulut emak membebel apabila dia membongkar bawah katil untuk mendapatkan kertas hikmat yang sudah lusuh itu. Semuanya kerana Fadhil.
“Awak sayang Aina?” Ida bertanya.
Fadhil diam.
“Saya pergi dulu.” Ida bangun.
“Nak ke mana?” tanya Fadhil.
“Dah azan. Nak solat.” Ida memberitahu.
Fadhil rasa hatinya kembang kuncup.
“Ida...kita jumpa balik lepas solat.”
Permintaan Fadhil itu membuatkan Ida tersenyum. Gila. Ya, dia memang membuat kerja gila. Namun dia yakin dengan apa yang dilorongkan oleh Allah kepadanya. Jika benar Aina menyintai Fadhil, pasti Aina tidak dengan mudah akan melepaskan lelaki sebaik itukan? Ida tersenyum lagi.
Fadhil menekan keypad telefonnya. Mendail nombor Aina.
“Saya dah jumpa Ida.”
“So macam mana?” tanya Aina.
“Doakan kami bahagia.”
Aina memandang Asfi dan Diana. Terasa tidak percaya. Begini akhirnya cerita?
Hehe....sesuka hati menaip waktu lunch! Huhu....enjoy!

Tuesday, April 5, 2011
Cerkon : Dendam Yang Indah?
Lama saya tidak menulis cerpen santai sesuka hati saya. sudi-sudikanlah baca ya!
“Kita pancitkan tayar dia!” Sara memberi idea.
“Kita gores kereta dia!” Maya pula memberitahu.
“Kita bakar tong sampah mak dia!”
Idea yang terakhir itu membuatkan mereka bertiga memandang Aida. Sengal! Bukannya mendatangkan kepuasan jika tong sampah emak Hairul dibakar. Silap-silap ditangkap bomba!
“Takde idea lebih canggih ke?” Qaira mendengus marah. Perasaan naik anginnya kepada Hairul macam puting beliung yang mendesup deras ke seluruh pembuluh darahnya. Berkobar-kobar.
“Kita racun dia.” Sara menganggukkan kepala. Yakin ideanya bernas.
“Kita rosakkan brek kereta dia!” Maya tidak mahu kalah. Macamlah dia tahu di mana brek kereta diletakkan. Sah terlebih tengok cerita James Bond.
Kini semua mata memandang pula pada Aida. Mahu tahu idea apakah yang ada di dalam otaknya yang boleh tahan geliga ketika merapu.
“Aaa....kita ikat dia kat kerusi elektrik. Burn him!” Aida menjegilkan matanya.
“Burn him?” tanya Qaira. Ni dah kira gothik gila Aida ni! Bukan Aida ke yang paling awal khatam AlQuran antara mereka berempat. Sejak bila Aida ada genetik psiko ni?
“Ya, burn him. Sampai rentung!”
Semua mata melihat Aida.
“Ehem!” Dehaman itu membuatkan pensel di tangan Sara terpelanting.
“Maya, dah sampai soalan nombor berapa kumpulan awak buat?” Cikgu Hayati bertanya. Dari tadi dia melihat empat gadis itu asyik berbual sahaja sedangkan mereka sepatutnya menyiapkan kerja kumpulan yang diberikan.
“Nombor 7 cikgu!” Maya menjawab dengan menggigil. Naya betul ni. Kalau Cikgu Hayati telefon emak pasti balik nanti dia akan didenda.
“Nombor 7? Orang lain dah buat sampai nombor 70 tau!” Cikgu Hayati menggelengkan kepala. 4 gadis ini bijak tetapi selalu culas dalam membuat tugasan. Asyik mengelat namun peliknya keputusan ujian yang diberikan selalu pula dapat markah yang bagus. Gifted agaknya!
“Nombor 77 cikgu! Saya salah cakap!” Maya tersengih-sengih mempertahankan diri.
Aida, Sara dan Qaira sudah jadi kura-kura. Menunduk tidak mahu menampakkan muka. Maya memang kelam kabut. Selalu kantoi! Tak pandai berlakon betul!
“Latihan sampai nombor 75 aje Maya. Yang dua tu datang dari mana? Kamu buat sendiri?” Cikgu Hayati sudah tidak dapat menahan tawa. Perasaan gelihati dan geram bersilih ganti. Anak muridnya ini memang saja mahu mencari nahas.
****
Petang itu mereka berkumpul lagi. Kali ini di padang bola. Konon memberitahu emak mereka yang mereka mahu berjogging padahal dah setengah jam mereka duduk di bawah pokok yang rendang itu berbual. Berbincang tentang konspirasi mereka mahu mengenakan Hairul. Agenda yang masih belum habis.
“Masa aku nak balik tadi aku nampak Hairul dengan Rin.” Sara memberitahu berita terkini dan sensasi sambil mulutnya tidak henti mengunyah Twisties.
“Kau ni buat aku loyalah.” Qaira menjawab namun tangannya merampas plastik Twisties dari tangan Sara. Mengambil segenggam dan makan. Loya tetapi selera.
“Rin tu kenan kucingkan. Asyik meleset aje. Macam nak mengawan.” Maya bersuara dan menghirup air Milo di dalam kotak sehingga berbunyi-bunyi. Entah apa yang dihirupnya lagi melainkan angin Milo saja yang tinggal di dalam kotak itu.
“Muka Hairul pulak macam mana?” tanya Qaira mahu tahu.
“Tersenyum bahagia. Macam lelaki di atas awan.” Aida yang menjawab. Semua mata memandang Aida. Merapu betul.
“Maksud aku, sukalah. Syok!” Aida mempertahankan dirinya.
“Huh! Benci aku!” Qaira semakin tertekan. Bagaimana ya mahu membalas dendam kepada Hairul yang telah mempermainkannya? Kalau boleh Hairul mahu direbus-rebus biar empuk. Mahu dicubit-cubit sampai lebam! Kejam! Hairul memang kejam. Memalukan dia di khalayak ramai.
“Dah pukul enamlah weh. Marah mak aku kalau lambat. Tolong!” Maya sudah berdiri di tepi basikalnya dan menghulurkan botol air mineral kepada Aida.
Aida pun menyuruh Maya berpusing dan botol air mineral dibuka. Dengan berhati-hati dia memercikkan air ke baju-T Maya. Bukti Maya berjogging! Kononnya peluh padahal air mineral Spritzer!
“Aku pun kena balik jugak.” Aida menghulurkan botol mineral itu kepada Maya pula.
Qaira hanya melihat aksi kawan-kawannya. Mak dia orang ni tak hairan agaknya peluh anak mereka wangi. Ada khasiat mineral lagi!
“Jum, balik!” Aida mengajak Qaira. Rumah mereka yang paling berdekatan.
***
“Kalau betul nak kawan dengan saya, ada syaratnya.” Hairul memberitahu Qaira.
“Apa syaratnya?” Qaira sudah semakin teruja. Berpacaran dengan Hairul memang akan menyebabkan dia juga turut popular. Hairulkan pelajar contoh. Aktif dalam sukan dan sangat mahir berpidato. Setiap kali Hairul masuk pertandingan berpidato dialah yang akan tercongok di barisan depan. Setiap patah ayat yang keluar dari mulut Hairul macam emas. Emas tulen dari Poh Kong! Berharga dan tinggi nilainya.
“Saya tak sempatlah nak buat projek sains tu. Sayakan sibuk. Mana sempat nak jaga pokok tu.” Hairul memberitahu.
“Nak suruh saya jaga pokok?” Qaira bertanya.
“Boleh tak?” Hairul tersenyum memandang Qaira. Qaira yang manis. Qaira yang pandai. Qaira yang akan dipergunakan untuk keselesaannya.
“Boleh.” Qaira menjawab dengan yakin.
Dan seterusnya dia jugalah yang membuat latihan matematik lelaki itu. Dialah yang membuat kerja rumah Biologi. Hairul kan sibuk. Apa salahnya dia berkorban. Dan dia jugalah yang dengan rajinnya menunggu di tepi padang dengan setin 100 plus untuk Hairul membasahkan tekak selepas penat berlatih. Dia jugalah yang berlari mengejar Pak Mat yang berbasikal menjual karipap apabila Hairul memberitahu dia lapar dan tidak sempat makan tengahari.
Ya, semuanya dia. Waktu itu Qaira bukan Qaira. Dia macam dipukau Hairul. Nasihat Sara, Maya dan Aida tidak berbekas di hati. Dia menganggap mereka bertiga cemburu. Hinggalah sewaktu majlis hari lahir Hairul. Majlis yang dia tidak dijemput. Majlis yang dia terjah dan dia merasa sangat malu apabila Hairul membiarkan kawan-kawannya mentertawakan dia.
“Ini ke budak yang kau kata psiko tu?”
“Aku pun teringinlah jadi pakwe angkat dia. Senang tak yah buat kerja rumah.”
“Ko ni mimpi ke apa? Hairul mana boleh jatuh standard kawan dengan ko!”
Tohmahan dan sindiran itu menyebabkan dia merasakan hatinya bagai disiat dengan pisau. Hairul langsung tidak berkata apa-apa. Lelaki itu hanya diam dan buat-buat sibuk menghirup Coke. Macam segala kebaikannya selama ini tidak ada. Seolah-olah Hairul tidak kenal siapa dia. Dan sakit hatinya bertambah melihat Rin yang bergayut di tangan Hairul. Macam monyet!
***
“Aku semalam pergi pasar malam.” Aida memberitahu dengan penuh teruja.
“Kau beli kebab dengan air mata kucing.” Sara membalas.
“Aah.”
“Kau beli rambutan.” Maya menyampuk.
“Aah.”
“Kau beli soya panas.” Giliran Qaira meneka.
Sebenarnya selera Aida sudah dihafal mereka. Kalau keluar jadi soalan ujian, sah dapat markah 100.
“Pandai eh korang.” Aida menggaru kepalanya. Kagum dengan kawan-kawannya yang genius.
“Huh!” Mereka bertiga mengeluh. Tidak sampai hati mahu memberitahu Aida yang seleranya adalah menu terkontot di dunia. Balik-balik kebab. Balik-balik air mata kucing. Balik-balik soya panas.
“Tapi bukan tu yang aku nak ceritalah.” Aida kembali kepada isu yang mahu disampaikan.
“Apa dia?”
“Jap! Aku lupa.” Aida menepuk dahinya. Alamak, bercerita tentang semua makanan kegemarannya, dia jadi nanar seketika.
“Potong steam!”
“Hampeh!”
“Tak boleh pakai!”
Mereka bertiga sudah bangun dari bangku yang mereka duduki. Buang masa saja menunggu Aida bercerita. Baik mereka beli rojak buah. Dapat juga mengenyangkan perut yang kelaparan.
“Haaaa.....aku dah ingat! Makcik jual pau tu cerita yang mak bapak Hairul nak berpisah.” Aida menepuk meja dan bangun melompat. Gembira dia sudah ingat apa yang mahu disampaikan. Namun lompatannya terhenti apabila melihat wajah kawan-kawannya itu tidak membawa reaksi yang gembira.
“Kenapa weh? Korang marah aku tak cerita yang aku beli pau daging eh?” Aida memandang wajah kawan-kawannya satu persatu.
Mereka bertiga hanya berdiam.
“Mak bapak dia nak bercerai?” tanya Qaira.
“Aah. Bapak dia nak kahwin lain.” Aida menyambung cerita.
“Mak dia bukan baru lepas bersalin ke?” tanya Sara.
“Korang! Hairul mesti sekarang tengah tension kan? Padan muka dia!” Aida bersungguh-sungguh gembira.
“Patutlah aku tengok dia macam tak happy dua, tiga hari ni.” Beritahu Maya pula.
“Korang! Bukan ke korang nak Hairul menderita?” Aida masih lagi tidak faham dengan sikap kawan-kawannya itu. Mereka ni sudah berubah agaknya? Tadi mereka bertiga makan goreng pisang. Dia saja yang menolak. Goreng pisang Pak Mail ada kesan efek boleh bagi orang jadi baik ke?
“Goreng pisang tadi ada lagi?” tanya Aida pada kawan-kawannya sambil tersengih-sengih! Dia pun nak jadi baik juga! Mana boleh mereka bertiga masuk syurga dan tinggalkan dia sorang-sorang kat neraka!
***
Mereka berkumpul di kantin. Nasi lemak sebungkus tetapi ada 4 sudu. Bukanlah lapar sangat tetapi sudah lama tidak merasa nasi lemak Mak Kiah. Sambalnya sedap. Aroma nasinya sangat lemak.
“Tengok arah Barat.” Maya memberitahu.
Semua berpaling ke arah yang diberitahu Maya.
“Tak nampak apa pun?” Aida bertanya. Mana ada apa-apa kat situ. Suruh tengok udara ke apa?
“Baratlah sengal. Bukan Timur!” Sara terasa mahu mengetuk kepala Aida. Kenapalah Aida boleh hanyut dalam kumpulan mereka, dia tidak pasti.
“Owh...sorry! Kompas aku rosak.” Aida tersengih-sengih.
“Dia nampak sedih!”
“Asyik tenung mee dalam pinggan tapi tak makan.”
“Aku dengar ujian Matemetik semalam dia fail.”
Aida kini menoleh ke arah yang dilihat mereka. Ah, Hairul rupanya.
“Kau kesian kat dia?” Aida menyinggung Qaira.
“Taklah.” Perlahan Qaira menjawab walaupun rasa simpati datang menggebu.
“Pergilah tegur dia.” Aida memberikan cadangan.
“Kau lupa apa dia buat kat aku?” Qaira menjegilkan matanya.
“Yang aku ingat, walaupun ketiak kau berpeluh mengejar pakcik jual karipap tu, aku nampak kau gembira. Walau kau ikat perut save duit belanja sebab nak beli 100 plus, aku tengok kau selalu senyum.” Aida memberikan hujahnya.
Mereka yang bertiga mendengar tergamam. Betulkah Aida kawan mereka yang bercakap? Aida yang kuat merapu tiba-tiba jadi sivik? Menakutkan!
“Kau ni kenapa?” Maya bertanya.
“Semalam aku beli lagi goreng pisang. Aku nak pergi librarylah. Daa!” Aida melambai lalu berjalan pergi meninggalkan kawan-kawannya.
“Apa kena mengena goreng pisang tu hah?” Maya keliru.
“Ntah! Fius Aida rosak kot?” Sara menyokong.
Namun tumpuan mereka beralih kepada Qaira yang sudah bangun melangkah. Mahu terbeliak anak mata mereka melihat Qaira yang mendekati Hairul. Biar betul!
“Awak sihat?” Qaira bertanya.
Hairul memandang Qaira. Gadis yang dia malukan. Gadis yang dia pergunakan kerana mengikut cadangan Syafiq yang tidak berguna itu. Semenjak seminggu yang lepas, hubungan baiknya dengan Syafiq putus. Mahu tidak putus! Emak Syafiq yang merampas ayahnya dari keluarga mereka.
“Qaira, maafkan saya.” Hairul bersuara. Malu dengan sikapnya yang semberono.
“Tak apa.”
“Saya belanja awak aiskrim nak?” tanya Hairul.
“Nak.” Qaira menjawab sambil tersenyum. Betullah kata emak. Kalau kita buat baik pada orang, satu hari nanti pasti orang buat baik dengan kita.
“Nak aiskrim apa?” tanya Hairul.
“Cornetto 3.”
“Tiga?” tanya Hairul hairan. Ini makan ke melantak?
“Untuk kawan-kawan saya jugak.” Qaira memberitahu.
Hairul menoleh dan melihat Maya dan Sara melambainya dengan mesra. Dia turut tersenyum. Tiga pun tigalah!
“Kita kawan ya?” tanya Hairul.
Qaira menganggukkan kepala. Tidak faham definisi kawan yang disebutkan Hairul tetapi dia merasa bahagia. Macam berjalan di atas awan. Syok!

Tuesday, March 29, 2011
Kenangan
Kenangan itu adakalanya menjadi beban yg sangat sengsara. Namun ada juga kenangan yang akan membuat kita sentiasa tersenyum.
Kenangan 1:
Dia pernah menelefon atau sms saya siang , mlm, pagi, petang. Sukahati dia saja. Telefon saya kalau tidak dicaj, mmg susah. Kini? Sunyi sepi, telefon kdg2, 2 atau 3 hari baru caj. X mgapa. Dia dan saya kini di zon yang terpisah.
Dia pernah menjadi tmpt saya mengadu. Skt pening, demam, jln jem, gaduh dgn kwn, tiada idea mahu menulis dan 1001 perkara yg lainnya. Kini? Tiada bicara. Saya mlht dia. Dia memandang saya. Namun kami tidak berkongsi cerita lagi.
Dia pernah saya letakkan di tempat teratas di dalam hati sy. Sy sangat2 menghormati dia dan menganggap pandangannya sebagai sesuatu yg berharga. Kini? Saya merasakan dia melupakan saya di saat saya memerlukan dia. Dia hilang dan segala kepayahan ini saya lalui sendirian. Saya selalu ada untuk dia tetapi dia tidak mampu ada untuk saya.
Dia pernah wujud di dalam hati saya walau seberapa jauh saya pergi. Ke utara, selatan, timur dan barat, saya tidak pernah melupakan dia. Kini? Dia sudah jauh meninggalkan saya. Yang tertinggal dan tersekat di wilayah duka hanyalah saya.
Maka adakah saya harus terus mengingati dia yang jelas sudah menganggap saya mati? Saya memilih untuk menganggap dia tidak wujud di dalam dunia saya kerana kerakyatan saya di dalam kerajaan hatinya sudah dia luputkan.

Thursday, March 24, 2011
Mood mengoceh yang santai....
Salam,
Blog saya akhir-akhir ini memang jarang dikemaskini. Hehe. Tiada idea. Atau malas? Tepuk dada, aduhai terasa sakitnya. Mungkin juga kerana saya merasakan, siapalah yang mahu membaca blog saya ini. Namun jejak yang ditinggalkan mengenai JCC membuatkan saya mengucapkan syukur alhamdulillah kepada ALLAH kerana JCC mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
Jadi, apakah yang mahu saya ocehkan hari ini ya. Musim hujan begini, muramnya membuatkan kita memang merasa sangat selesa untuk lena atau menghirup air panas di dalam selimut. Hehe...(gambaran yang sopan untuk orang yang malas sebenarnya)
Antara teguran yang saya dapat mengenai JCC adalah terdapat beberapa pembaca yang tidak menyukai thrillernya. Bagi mereka, konsep komedi romantik lebih digemari. Aduhai, bagaimana ya mahu saya melakarkan kisah yang seterusnya? Sejujurnya, apabila menulis saya mengamalkan konsep, tulis apa yang saya tahu, tulis cara yang saya suka!
Saya bukan penulis novel pure romance! Itu hakikatnya. Tidak pandai saya menulis kisah romantik yang jiwang-jiwang karat gila. Membuat pembaca boleh tersenyum adalah sesuatu yang saya suka. Namun saya juga suka menggarapkan sedikit unsur misteri dan thriller di dalam novel-novel saya. Dari 5 novel yang terhasil, yang betul-betul tiada thriller adalah yang pertama, Jika Benar Cinta. Itu pun watak utama lelakinya, saya matikan! Hingga ke hari ini, ada lagi email atau pembaca yang bertanya, Hazriq betul-betul mati ke? Haha...
Diulang sekali lagi, saya bukan penulis pure romance! Jadi maafkan saya jika scene thriller saya tidak digemari. Namun ada juga yang suka dengan garapan yang sebegitu. Life is not a bed of roses. People die...people kill...people hurt people that they love...people full of deceitfull moments. Hidup ini satu perjuangan. Ya, saya faham dengan pembaca yang merasakan hidup sudah terlalu mencabar maka mereka mahukan novel yang happy! Hehe...bagi saya, novel mesti ada pengajarannya. Ada watak hitam, ada watak putih! Kompilasi pahit dan manis. Barulah seimbangkan.
Novel ke6 saya bagaimana ya? Cinta Perisa Dia. Setakat ini, gaya penulisannya umpama JCC. Namun yang pasti saya ingin menyelitkan isu dadah, mafia, samseng....entahlah pada peringkat ini, saya masih tidak pasti. Yang pasti, bukan pure romance. Hehe. Tak pandai saya. I love u, u love me...then fight, then baik....back to i love u, u love me? Hahahaha....because in the real world, romance was never like that. It fulls with hatefull things.... Ianya bagaikan musim bunga yang ceria namun akhirnya kelopak bunga itu gugur jugakan?

Sunday, March 20, 2011
Kisah bangunan putih biru
Balai polis. Ya, ianya lokasi yang sangat tidak digemari saya. Bangunan putih biru itu kalau boleh, tidak mahu saya kunjungi. Ke sana maksudnya masalah, bukan?
Bila diingatkan kembali insiden yang memaksa saya ke sana juga antaranya:
1. Saya langgar gen2 waktu nak keluar dr kawasan apartment. Kereta gen2 tu melalui jalan yg salah. Tapi dlm kawasan parkir perumahan, org memang selalu x mahu ikut jln halal. Mahu x mahu, buat report!
2. Kereta satria sy hilang di curi. Waktu nak ke tempat kerja, pusing parkir 2,3 kali sambil fikir, tak mungkin saya bengong hingga lupa parkir di mana! Haha. Kereta hilang rupanya. Sedih sayu masa tu!
3. Kereta yg hilang muncul semula! Kereta dijumpai tnpa tayar n dah eksiden! Aduhai, saya tengok satria saya dan tak tahu nak rasa apa! Berurusan dgn bli polis nun atas bukit tu, mujur inspektor yg baik hati mempercepatkan urusan kerana kasihan dgn saya. Masa tu dah tempah kereta baru! Cancel!
4. Bila rumah di pecah masuk. Balik dari outstation, pintu rumah sudah di pecah. Laptop company hilang... Leceh sungguh. Terpaksa ke balai buat laporan.
5. Cuti di melaka. Syok bercuti, kereta kawan eksiden. Langgar motor. Mamat yg d langgar ni baik sungguh. X marah2 tapi utk formaliti, kami ke bli polis juga. Setengah hari dibazirkn duduk menunggu mahu membuat report. Cuti yg jadi tension! Hehe.
6. Mhmm....bila purse saya hilang dicopet si penyeluk beg yg mencari rezeki dgn menyusahkan hidup org! Geram memikirkan semua perkara yg perlu di buat bila purse hilang.
Kunjungan ke bgnn putih biru itu memang tidak termasuk di dalam destinasi yg saya gemari. Saya tidak suka di soal siasat polis walaupun hanya kerana mahu membuat laporan.
Saya ada satu lagi destinasi yang sebelum ini jarang saya lewati. Hospital! Sekarang ni masuk kpj selangor tu macam masuk rumah ke 2 saja. Saya parkir kereta di kwsan kecemasan kerana selepas dialisis, jika parkir jauh maka saya akan kepenatan di dalam kepeningan. Hehe. Nampaknya, hospital ke2 yang bakal saya kerap kunjungi adalah hukm.
Dulu2, destinasi hspital x pernah ada dlm agenda kecuali ketika arwah abah sakit tenat.
2011 baru bulan mac. Dugaan dan rahmatNya sudah pelbagai yang berlaku. Sudah lalikah saya dgn segala yg berlaku? Hanya Allah yang tahu...

Wednesday, March 16, 2011
Episod : Luka
Mata kami berlaga. Tidak lama. Hanya beberapa saat dan aku kemudiannya terus membuang pandang. Tidak sanggup! Tidak mahu! Kalaulah boleh aku jeritkan di telinganya sekuat-kuatnya yang aku tidak mahu menatap wajahnya lagi. Sungguh-sungguh tidak mahu.
"Sampai bila nak jauhkan diri?"
Suaranya singgah di telinga.
Aku mahu terus berdiam. Bersuara itu hak aku bukan? Dan dia mungkin sudah lupa, bahawa dia tidak ada sezarah hak pun mahu bertanya apa-apa kepada aku.
"Tak boleh ke awak belajar memaafkan saya?"
Aku terasa seperti ada airmata yang mahu menitis. Ya, di akhir cerita ini nampaknya aku juga yang seakan berdosa. Aku juga yang bersalah. Ya, dia sajalah yang kekal sebagai lelaki yang baik. Aduhai hati. Aku terasa hati aku hancur menjadi hablur yang berserakan. Aku benci dia.
"Saya buat silap. Saya minta maaf."
Ah, suara itu seakan buluh runcing yang menusuk ke dalam hati. Mudahnya meminta maaf. Hati ini yang disakiti, bagaimana? Harus dibiarkan saja? Tetaplah dipijak di tapak kaki dia? Aku terus diam membekukan diri.
"Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki."
Namun aku tetap juga diam.
"Saya minta halalkan makan dan minum sepanjang kita bersama."
Aku tetap menahan diri.
Dia akhirnya berlalu. Dan aku tetap terpaku disitu. Keras benarkah hati ini? Sesungguhnya aku hanya mahu menjaga hati sendiri. Aku sudah puas dilukakan. Maka kali ini aku memilih untuk membiarkan saja segala-galanya berlalu. Dunia ini cukup luas untuk aku dan dia sama-sama menghirup udara tanpa perlu bersemuka. Aku tidak wujud di dalam dunianya dan dia tidak wujud di dalam dunia aku. Itu yang sebaiknya. Maka jangan diharap panggilan telefon dari aku. Nombornya sudah ku padamkan. Walaupun di dalam fikiran aku yang benak ini, sampai mati pun nombor itu tetap kekal dalam arkib ingatan. Jangan diharap sms, emel, fb atau apa-apa saja dari aku. Hari lahir dia, sengaja ku biarkan berlalu. Walaupun nombor kad pengenalannya sampai kini masih aku hafal.
Cukup-cukuplah menyiksa diri. Antara kami memang tertulis, tidak akan ada apa-apa. Laluan hidup yang jauh terpisah. Biar jauh. Biar. Dahulu, aku merasakan tanpa dia, aku tidak bisa hidup. Rupa-rupanya aku lupa...Allah lebih berkuasa. Allah lebih mengetahui. Maka kebenaran yang diselindungkan dia, akhirnya terbongkar juga. Lalu kelukaan ini menjadikan aku manusia yang lebih tabah. Mengharungi kesengsaraan ini aku belajar menyayangi diri sendiri. Dia sebenarnya tidak layak untuk disayangi. Dia sebenarnya tidak layak untuk dihormati.

Tuesday, February 15, 2011
Temubual bersama Alaf 21
TEMUBUAL antara saya dengan ALAF21 seperti yang dipaparkan di www.alaf21.com.my
1. Lynn Dayana gemar pada tema romantik komedi. Novel terbaru iaitu yang ke-6 bertajuk Juara Carta Cinta (JCC) juga mengekalkan tema yang sama. Sambutannya cukup hangat. JCC mengisahkan Maya yang berpindah ke rumah baru tidak menduga berjiran dengan Haqiem, bekas kekasihnya dan Adnan, bekas tunangnya. Bagaimana Lynn mendapat idea menulis cerita sebegini?
JAWAPAN:
Sejak novel pertama saya mengekalkan tema romantik komedi, tetapi bermula dengan novel ke-2, saya juga menyuntik elemen misteri dan sedikit thriller kerana saya mahu keluar dari kepompong resipi novel yang biasa. Saya mencari kelainan. Alhamdulillah... sambutan yang diterima amat menggalakkan.
Idea menulis datang daripada perca-perca kehidupan yang penuh ujian dan dicantikkan dengan imaginasi. Ya, ada masanya imaginasi saya bergerak seiring dengan apa yang saya lihat berlaku di persekitaran sekeliling saya. Kadang-kadang saya menjadi pencuri. Saya meneropong kehidupan orang lain dengan menggunakan kanta hati, lalu melakarkannya di atas kertas supaya yang baik dijadikan tauladan manakala yang buruk dijadikan sempadan.
2. Apa pandangan Lynn mengenai cita rasa peminat-peminat novel kebelakangan ini? Amat ketara cerita-cerita yang lucu, romantik, cinta muda-mudi, watak hero dan heroin bergaduh kemudian berbaik semula dan sebagainya menarik minat mereka untuk membeli.
JAWAPAN:
Saya merasakan minat pembaca kita berbeza mengikut aliran masa. Seperti industri filem kita yang sedang asyik dengan filem seram, industri penulisan kita pula dihujani dengan kisah-kisah romantik komedi. Adakah ini bermakna, kisah yang berbeza tidak diterima? Bagi saya, pembaca kita cukup bijak memilih bahan bacaan yang mereka minati. Novel serius masih ada peminatnya. Jika kita lihat jumlah peminat yang sanggup beratur untuk mendapatkan karya RAM, saya tabik hormat!
Membaca bagi saya adalah ruang masa yang istimewa. Ada masa, saya suka membaca kisah cinta dan ada ketika saya mencari novel thriller dan yang lebih berat. Bagi saya membaca membantu minda saya berfikir dengan lebih kreatif. Kata CS Lewis, “we read to know we are not alone”. Membaca adalah perkongsian idea antara penulis dan pembaca. Tanggungjawab penulis memastikan apabila perkataan tamat tertulis, pembaca mendapat sesuatu daripada apa yang dibaca. Itu adalah pendapat peribadi saya.
3. Tema romantik komedi nampaknya mulai menjadi rebutan penulis-penulis sedangkan jalan ceritanya lebih kurang sahaja. Tajuk-tajuk yang sempoi digunakan sebagai pelaris. Malah, ada penulis yang menukar strategi gaya penulisan dan penceritaan mereka untuk merebut ruang dan peluang ini. Apa komen Lynn?
JAWAPAN:
Bagi saya yang membezakan antara karya penulis A dengan B adalah garapannya. Cerita yang sama tetapi boleh menjadi sangat berbeza kerana cara ia ditulis oleh penulis yang turut berbeza latar belakang dan pengalamannya. Tajuk novel yang sempoi bergantung kepada pembaca. Ada yang suka, ada juga yang tidak. Pendapat peribadi saya, tajuk memainkan peranan penting, namun saya juga meneliti blurb dan juga maklum balas tentang sesuatu buku sebelum membuat pembelian. Tajuk saja tidak mencukupi untuk mempengaruhi saya.
Tajuk-tajuk novel saya juga termasuk dalam kategori pelik dan unik. Saya suka memilih tajuk sebelum mula menulis. Saya memerah otak memastikan tajuk novel saya ada nilai estetikanya. Tidak mahu terlalu sempoi, tidak mahu terlalu klise dan saya berusaha mencari tajuk yang luar biasa.
Tentang penulis yang merebut ruang dan peluang dengan menukar gaya penulisan atau tema, pendapat saya adalah tepuk dada tanya selera. Biarlah peminat yang menentukan, berjaya atau tidak penulis itu menarik perhatian dengan perubahan yang dilakukan. Secara peribadi, saya menulis apa yang saya tahu dan apa yang saya suka serta mahu kongsikan dengan pembaca. Jika mahu menulis komedi, cabaran yang nyata adalah mampukah kita membuat orang ketawa atau paling tidak tersenyum simpul ketika membacanya.
Membuat lawak jenaka itu sebenarnya anugerah! Tidak semua orang boleh menjadi Raja Lawak kan? Sama juga dengan realiti bahawa tidak semua boleh menjadi American Idol!
4. Lynn tidak berminatkah hendak menulis tema yang lebih serius? Contohnya kisah kekeluargaan, anak-anak malang akibat perceraian ibu bapa, kisah benar dan seumpamanya.
JAWAPAN:
Dalam novel Hak Cinta Terpelihara, saya menceritakan tentang persahabatan dan dendam. Manakala novel Tarikh Luput Cinta, saya membawa tema perebutan harta dan stalker. Cinta Edisi Terhad pula saya menceritakan tentang kekuatan wanita menempuh kesukaran hidup dan diganggu oleh si psiko yang mempunyai multiple personality. Manakala novel Juara Carta Cinta, walaupun lebih banyak romantik komedi tetapi ada unsur seram apabila Maya diganggu bayangan mangsa-mangsa kes bunuh oleh lelaki yang melukis wajah kematian.
Selepas menulis 5 buah novel, saya berasa selesa dengan genre romantik komedi bersulamkan elemen misteri dan sedikit thriller. Saya suka jika tulisan saya berjaya membuat orang tersenyum, sedikit cemas dan tertanya-tanya hingga tidak mahu meletakkan novel saya sehingga perkataan tamat ditemui.
5. Berdasarkan novel-novel Lynn, orang akan menyangka, Lynn seorang yang gila-gila, happy go lucky, suka bergurau dan pandai melawak. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa Lynn menghidap penyakit buah pinggang sejak setahun yang lalu dan terpaksa menjalani dialisis dua kali seminggu. Bagaimana Lynn kuat menghadapi keadaan ini dan terus menulis cerita-cerita yang menghiburkan? Bagaimana keadaan Lynn di peringkat awal menghidap penyakit ini?
JAWAPAN:
Ujian ALLAH yang datang, kadang-kadang boleh buat kita terdiam seketika dan hilang arah serta haluan. Kita merasakan ujian-NYA sangat berat. Ketika mendapat tahu berita sedih ini daripada doktor, saya merasakan dunia saya sudah sampai ke peringkat akhirnya. Terasa kematian sangat… hampir. Seolah-olah tinggal beberapa sentimeter saja. Tapi kuasa ALLAH, tidak berupaya kita menduga dan mempersoalkan apa yang telah ditetapkan untuk kita.
Adakah penyakit ini mengubah saya? Mungkin ya, mungkin tidak. Saya masih orang yang sama. Ya, selepas mengelap air mata saya kembali ketawa, suka bergurau dan mengusik. Namun ada masanya, bila kesakitan melanda, penawar yang ada hanyalah pasrah kepada ketentuan ALLAH. Maka saya akan menangis saja semahunya.
Sewaktu saya diberitahu bahawa saya menghidap sakit buah pinggang yang kronik, saya menangis tidak henti-henti setiap hari. Sekarang saya semakin tabah.
Sokongan keluarga dan sahabat-sahabat banyak membantu saya mengharungi ujian dari ALLAH. Kesakitan ini tidak menghalang saya untuk terus menulis. Hela nafas yang ALLAH pinjamkan kepada saya, saya gunakan dengan sebaiknya. Selagi hayat dikandung badan, saya akan bersyukur dengan rahmat-NYA. Saya berharap, mereka yang menerima ujian dari ALLAH, janganlah berputus asa. Segala yang berlaku ada rahmat-NYA. Saya memilih untuk percaya, ada sesuatu yang baik menunggu saya di sebalik ujian yang berat ini. ALLAH tidak kejam kepada hamba-NYA. Yang kejam itu kita sendiri kerana selalu bersangka buruk dan penuh dengan prasangka.
Dengan izin-NYA, saya akan terus menulis. Berkongsi cerita, berkongsi rasa.
Terima kasih kepada Alaf 21 yang memberi ruang untuk saya berkarya. Sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada seluruh kakitangan Alaf 21 yang menjadikan Juara Carta Cinta sebuah naskhah untuk tatapan peminat dunia novel. Sokongan pihak penerbit dan juga para peminat adalah pembakar semangat saya untuk terus berinspirasi menulis novel yang seterusnya. Buat seketika, saya lupa yang saya sakit dan hanya mahu menulis, menulis dan terus menulis.
* Untuk makluman, novel Juara Carta Cinta disiarkan secara bersiri dalam majalah Remaja terbitan Kumpulan Media Karangkraf.
| Fragmen/Sedutan Juara Carta Cinta |
SABAR! Maya mengingatkan dirinya beberapa kali. Sesetengah perkara berlaku di luar kawalan kita! Maya terus mencuba menenangkan diri sendiri. Dia berjalan ke sofa dan merebahkan badannya di situ. Kepalanya pening memikirkan panggilan telefon yang diterima daripada emak sebentar tadi. Dia sebenarnya berharap agar kecabulan mulutnya menyindir Mak Cik Tom tidak akan sampai ke telinga emak. Ah! Harapannya hancur berkecai.
Bebelan emak benar-benar membuatkan dirinya insaf. Bukan insaf kerana merasakan apa yang dilakukannya bersalah tetapi insaf dari segi, jika mahu membuat apa-apa, ja-nganlah sampai ke telinga emak. Adat hidup berkampung dan bersaudara kata emak antaranya adalah menghormati orang yang lebih tua walaupun hati kita dilukai.
Bunyi loceng membuatkan dirinya tersentak seketika. Siapa pula yang mahu datang ke rumahnya pada waktu begini? Maya menarik nafas perlahan. Janganlah Mimi atau Haqiem yang datang mengganggu.
“Hai!” Haqiem berdiri di depan rumahnya.
Sapaan Haqiem tidak dijawab, malah Maya hanya mengangkat keningnya. “Jom, ikut I sarapan.” Haqiem mempelawa.
Hanya gelengan diberikan oleh Maya.
“Kenapa tak nak?”
Sekali lagi Maya menggeleng.
“Puasa?”
“Haqiem...” Maya menyebut juga nama itu akhirnya.
“I used to love the way my name sounds when you say it.” Haqiem menjawab dengan senyuman yang mesra.
“Used to.” Maya mengulang kata-kata Haqiem.
“Yang dah berlaku tu sudahlah. Sampai bila kita tak mahu bertegur sapa ni?” Haqiem memandang wajah Maya dengan penuh harapan.
“I ni bukan perempuan yang baik. Dulu, you yang cakap macam tu. You kata, I tak tahu membezakan antara realiti dengan fantasi. You kata, I tak tahu apa yang I inginkan. You...”
Kata-kata Maya terhenti apabila Haqiem meletakkan jarinya ke bibir Maya.
Maya kemudiannya menapak ke belakang. Tidak selesa.
“I cakap banyak benda yang baik juga, kan? I pernah kata yang I benar-benar
sayangkan you! I pernah kata yang I tak mungkin akan boleh lupakan diri
you.” Giliran Haqiem pula memberitahu.
“I dont want to have any relation with you anymore. Its hurt.” Maya teguh membuat keputusan.
“Pernah fikir tak apa perasaan I bila I dapat tahu perempuan yang I sayang rupa-rupanya tunang orang?”
Soalan Haqiem membuatkan Maya berasa sungguh malu. Ya, pada satu masa dahulu itulah yang telah dilakukannya. Bertunang dengan orang lain namun menjalin hubungan kasih dengan Haqiem pula. Kesilapan yang paling besar telah dilakukan dan menyebabkan ikatan pertunangannya dengan Adnan putus dan
Haqiem pula memilih untuk tidak mahu mendengar penjelasan daripada dirinya.
“Ya, memang salah I. I kan dah kata tadi, I ni bukan perempuan yang baik!”
Maya merasakan dirinya sekecil hama. Penuh dengan dosa.
“Tak baik cakap macam tu...” Haqiem memjawab dengan perlahan.
“Ya, I memang bukan perempuan yang baik!” Maya memandang Haqiem lalu merapatkan pintunya semula. Dia tidak mahu Haqiem melihat air mata yang seperti tidak sabar-sabar mahu mengalir. Bagaikan empangan yang pecah, dia menangis sepuas hati. Dia benar-benar menyayangi Haqiem suatu masa dahulu.
Dia yakin, perasaan itu sehingga kini masih ada. Silapnya juga kerana tidak memberitahu tentang status dirinya ketika mula berkenalan dengan Haqiem.

Wednesday, February 9, 2011
JCC Carta Novel Terlaris
Terima kasih atas sokongan semua yang sudi menjadikan JCC juara carta novel terlaris bagi minggu ini. Saya tahuu ramai yang mencari Juara Carta Cinta dan masih belum berjumpa....sabar ya. JCC akan mula ada di pasaran minggu hadapan.
Tuesday, February 1, 2011
Salam Juara Carta Cinta
Salam,
Juara Carta Cinta sudah ada di pasaran lewat Jumaat lepas. Terima kasih pada yang sudi datang meredah hujan dan bersesak2 membeli novel keluaran Grup Buku Karangkraf. Hendaknya, cuti raya cina ini dimanfaatkan dengan membaca novel sambil mengunyah kacang atau menikmati limau mandarin. hehe....
Harap-harap jcc memeriahkan cuti anda. Saya sendiri membekalkan diri dengan 2 buah buku. Konon nak baca weekend ni tapi malam tadi dah habis baca satu! Hehe! Dan minggu ni saya dah baca 5 buah novel melayu....alamatnya, saya perlu mencari novel English pulak. Nak cari Jodi Picoult : House Rules. Nak cari Danielle Steel yg baru.. Nak cari jugak buku bunuh2, mati2 hahahaha. Sempat ke tidak, jumpa uncle di Central Market.
Cuti raya cina ni insyaAllah ke rumah abang long di negeri 9. Mak di sana. Long dah tanya, nak makan apa? Daging salai? Burung puyuh? Saya kata, sukun ada? haha. Saya memang perempuan kampung bila pasal makan-makan ni. Bukanlah tak makan western food tapi bila balik macam ni, saya cuba dapatkan apa yang saya teringin makan. Yang kat KL ni susah saya nak dapatkannya.
Cadangnya juga, saya mesti mula menulis semula. Novel ke 6 ini saya namakan sebagai CINTA PERISA DIA. Ya, dia si lelaki itu yang mahu menentukan perisanya. Cokelat ke, vanilla ke atau strawberi!Dia sudah dewasa maka hak untuk mencari cinta mestilah dia juga yang menentukannya, bukan? Tapi bondanya lebih berkuasa. Bonda mahu cinta berperisa iman untuk anaknya! Bonda mahu cinta berperisa integriti. Bersalutkan takwa dan berlandaskan kerukunan. Dan bonda bukan main-main dalam merealisasikan mimpinya.
Selamat bercuti. Yang banjir, berhati-hati. Jaga diri baik-baik. Yang membaca, janganlah larut hingga tidak makan dan minum!
Wednesday, January 26, 2011
Juara Carta Cinta (Akan datang Februari)
Akhirnya, Juara Carta Cinta tiba. (Ops, akan datang sebenarnya ) InsyaAllah Februari nanti, novel ke lima saya ini akan mula dipasarkan. JCC ditulis ketika saya cuti sakit. Novel ini saya taip kebanyakkannya dengan menggunakan sebelah tangan saja sebab tangan kiri saya waktu itu baru buat pembedahan fistular. Rajinnya saya waktu itu, hehe….Tuhan saja yang tahu. JCC adalah inspirasi. JCC adalah jalur harapan yang saya garapkan di dalam watak-watak Maya Hanum, Adnan, Haqiem dan Haiqal. Saya hanyutkan diri saya di dalam dunia novel supaya saya mampu untuk menguatkan semangat mahu terus hidup.
Semoga JCC mampu membuat anda tersenyum. Inilah synopsis JCC!
Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwich yang dihimpit rapat oleh roti panas.
Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka remuklah organ dalaman Maya bila kerap diasak.
Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening kepala. Besarnya tanahair Malaysia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia?
Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori.
Lelaki :“Orang kata kalau kita nak kenali seseorang, kita tengok bila dia shopping, apa yang ada dalam bakul atau trolinya.”
Maya: “Owh macam tu! Kalau I beli pisau setengah dozen? Tukul besi dua. Parang enam dan gergaji tiga. Apa maksudnya?”
Lelaki: “Somebody hurt you very bad, I guess.”
Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?
Wednesday, January 5, 2011
2011...here I come!
Salam,
Januari sudah 6 hari? Huhu! Laju gila tu. 2011 tahun untuk happy2...tak mahu nangis2 dah. Stok airmata dah tamat! Haha....(baru 6 hari bolehlah ya!)
1 Januari : Tunggu Dhiya datang saya masak mee goreng delicious. Hehe. Risau juga kalau dia sesat sebab Dhiya ni rabun arah jalan sikit. (haha, mau kena sekeh ni) Tapi pengalaman dia datang ke rumah saya tahun yang lalu, saya terpaksa ambil dia di lebuhraya dan dia mengikut dari belakang. Yang bestnya, saya ke kiri dia terus! Jadi kali ini, bila saya berikan arah laluan peta...saya sedikit cuak. Hehe. Alhamdulillah, dia tiba2 sampai di depan pintu rumah tanpa sesat! hoorey!
Kami bergerak ke PD. Berhenti dulu di Seremban 2. Cita-cita mahu tengok Hantu Kak Limah tapi habis pulak tiket. Nak lewat sangat, rasa malas jadinya kami menonton Gullivers. Hehe, bolehlah. Walaupun niat sebenar nak tengok The Tourist tapi x adalah lagi kat Seremban.
Habis menonton, kami gerak ke PD. Menuju ke hotel. Dinner BBQ di hotel. Di tepi kolam renang....ramai jugak pelanggan yang ada. Malamnya, kami tidur awal walaupun Dhiya bersemangat menonton twillight. Saya tak pasti dia habis menonton ataupun tidak kerana saya masuk alam mimpi terlebih dahulu. Hehe...
Ya, 1 januari dapat dilalui dengan terus menghela nafas. Sejujurnya, saya sambil memandu, beberapa kali mata melihat jam di dashboard dan fikiran saya pun melalut memikirkan perkara yang tidak patut difikirkan. Saya tidur dengan satu azam....lupakan kenangan silam. It's over. It was meant to be forgotten even if I don't know how to forgive yet.
2 Januari : sarapan. Saya ambil 2 keping roti, telur dadar dan sedikit bubur. Hehe, simpan ruang untuk makan tengahari. Yuhuu...seronoknya. Saya sanggup memandu ke Melaka. Semata-mata nak makan di restoran selera kampung di sebelah Mahkota Parade. Bila sampai ke restoran selepas meronda di MP, alamak ramainya manusia. Ahad, pelanggan berduyun tapi saya sanggup berdiri tunggu meja. Rela! Tak mahu berganjak, tak mahu balik kalau tak dapat makan kat situ! Hehe...
Lepas makan, kami balik semula PD. Mak aiii, mujur tak balik KL. Kereta bersusun tak bergerak! Kami balik bilik, rehat kejap. Lepas solat, saya diri di balkoni dan terasa ombak dan pantai memanggil. Sudahnya Dhiya bukan main berendam. Hehe, saya pula jadi jurugambar tak rasmi. Dhiya buat macam2 kuak. Jenis yang tak ada dalam sukan olimpik pun ada. Hahaha... Saya berendam sikit aje. Tak tahan sejuk. Kejap aje dah menggigil. Bila menggigil mula nak muntah. So, saya temankan Dhiya sambil ambil posing maut Dhiya!
Malam tu kami bercita-cita nak makan di restoran Nasreen. Rezeki tak ada. Kecewa! Nak sangat makan ikan siakap stim limau nipis....sudahnya kami ke kedai sebelahnya. Alhamdulillah, dapat juga yang diidamkan tapi tidak sesedap yg di nasreen. Malam itu kami lepak di bilik. Dhiya petang tu beli 2 novel English....saya pula membaca beberapa helai dan kemudiannya good bye! Penat memandu pergi balik Melaka. Tidaklah jauh sangat tapi hari Ahad kan, jem jadinya bandar Melaka tu.
Esoknya kami berangkat pulang...Sepanjang 3h2m tu dapatlah kami berdua mencerna idea untuk novel yang seterusnya. Genre kami tidak sama dan dari dulu memang kami selalu berkongsi jalan cerita. Mencerna minda bersama. Garapan kami tetap tersendiri. Kami ketawa sendiri kerana banyak jalan cerita kami ni suka-suka plotnya. Namun, insyaAllah akan menjadi kenyataan.
Pulang dari cuti, kami berdua sama-sama mendapat berita gembira dari editor. Rasa dua-dua nak terjun junam kat laut kerana happy! Hehe....2011, seperti yang saya katakan, harap-harap janganlah saya menangis lagi. Novel ke5 insyaAllah keluar Februari jika diizinkanNya. Semoga dapat mengubat kerinduan jika ada yang rindulah dengan karya saya si penulis ikan bilis ini!