Wednesday, November 28, 2007

abcdefgh......z

Saya tertarik dengan entry Kak Lily H tentang nama. Betapa penyair, madah pujangga menyatakan, apalah ada pada nama? Hakikatnya, nama itu penting! Yang saya nak bangkitkan adalah tentang TAJUK. Baru2 ini saya suka benar lagu GANTUNG nyanyian Melly Goeslow. Tajuknya tak sedap langsungkan? Tapi cuba hayati liriknya. Aduhai sedih, kerana lelaki itu menggantung cintanya, sengaja mendiamkan diri tanpa kata pasti!

' Kau menggantungkan hubungan ini, Kau diamkan aku tanpa sebab, Maunya apa, Ku harus bagaimana... kasih? Smpi kapan kau gantung cerita cintaku? Memberi harapan.. Hingga aku tak sanggup lagi...dan meninggalkan dirimu...'

Macam mana pula dengan tajuk novel? Berdebar2 bila editor bermesyuarat. Saya kerisauan, adakah cadangan tajuk novel saya diterima. Berdoalah bersungguh2. Alhamdulillah, setakat ini kedua2 novel saya, tajuk saya diterima. Amin! Bukan mudah mahu memilih tajuk yang sesuai dengan jalan cerita. Kerana faktor komersil juga diambil kira.

Sewaktu mahu mencari nama heroin dan hero, saya akan mula menyelak buku nama2 dalam Islam. Takut ada nama yg tak elok. Mulalah saya menyebut2 nama yang sesuai beberapa kali. Sedapkah bunyinya bila dilafazkan di bibir? Haha... dong2 nya saya!

Satu lagi, saya suka bila ada kakak atau kakak ipar yang diberitakan mengandung. haha... ada peluang mencadangkan nama yang sesuai. Dulu pernah berangan, anak pertama mula nama A. Anak kedua mula nama B, Ketiga mula nama C! hahaha...

Ada seorang lelaki yang saya kenali, mempunyai koleksi anak patung yang diberi nama... Bila saya ketawakan, alasan yang diberikan, ' masa kecik hidup susah... tak dapat main anak patung. Dah besar ni, baru berpeluang membeli sendiri.' Hilangkah kemachoan dia? Tapi hobinya ini, orang rapat sja yg tahu. Tapi pelik,kan!

Bicara saya berhenti di sini... 29 hingga 2 Dec, saya bercuti ke Cameron Highland. 3 meeting. 4 & 5, kelas! Alahai... 8 hingga 11 pula saya cover kawan yg anaknya berkahwin. Emm... sedar2, december berlalu dan tirai 2007 akan ditutup!

6 comments:

dhiya zafira said...

hahahhaha...

selamat bermandi bunga kat cameron....kim salam kat akak n mak ko....

Lynn Dayana said...

emmm.... sunyi hari ni. Segelap mendung di langit, sekabur kuman nun jauh di seberang lautan...

dhiya zafira said...

teringat aku pada title page buku puisi nyanyi sunyi oleh Amir Hamzah

Sunyi itu duka
Sunyi itu kudus
sunyi itu lupa
sunyi itu lampus

Lily Haslina Nasir said...

lynn... tak per.. lain kali aku jalan jalan rumah rose time kau cuti.. kau sure tak sunyi dapat kawan yang riuh rendah dan gelaknya boleh retakkan flat si rose tu...

Mai said...

salam...lynn...
nama saya Mai, first time masuk yr blog...terbaca pasal nak letak nama anak ikut alphabetical order tu....I actually did it..tp bila sampai 'C' penat carik...tak de nama perempuan yg maksudnya baik utk dimulakan dgn 'C'. Terpaksala skip. So nama anak2 sy: Arif, Batrisyia, Damia. Itu saja nak share.......
Kalau senang come and visit my blog: http://kejusedap.acx-comm.com

Meed said...

Teringat jiran lama dulu, lima orang anak mengikut ABC. Aduka, Baiduri , DaraDila , CempakaSari, Emran, Farahnabila.