Semalam sy terima panggilan. 3 x dia missed called krn waktu itu sy berbual dgn teman lama. Bila sy telefon semula, dia dengan bangga memberitahu, " Miss, saya dah merdeka!" Saya yg celaru jiwa, bertanya semula," Apa dia?"
Dia menjawab sambil ketawa, " Tunang sy dah balik." Dengan selamba saya menyindir, " So, sekarang nak umum 1 dunia?" Dia menjawab, " Astaghfirullahalazim." Sy menambah lagi, " Nak sewa kapalterbang, tulis kat awan yg awak dah merdeka?" Dia ketawa dan membalas, " Lailahaillallah!" Haha, beginilah biasanya contoh perbualan kami, sering benar diselang selikan dgn istighfar!
Selepas talian dimatikan, sy menghantar mesej... " Tahu makna MERDEKA? Bila walau terikat, kita tetap bebas. Bila walau terseksa, kita masih mampu bergembira."
Dia membalas, " ..ish..ish..ish..."
Moral: Mangga muda memang banyak asid dan menyakitkan perut!
cc2:
Semalam juga sy menemani teman berjalan. Balik saja dia, sy sekali lagi merasa sunyi. Emm, 1 cara nak menghilangkan kesunyian adalah menyibukkan diri. Tapi bagi saya, sibuk mcm mana pun, ada masa ruang sesaat, saya tak buat apa-apa, berdentum rasa sunyi tu datang! Violet bersms, lalu saya hantarkan mesej ini. "kalau ada yg bertanya, berapa harga SEPI? Laju sj aku akan menjawab, " Harga sepi = dgn berpasang2 kasut, berjenis2 aksesori handphone, berhelai2 baju yg aku beli untuk membunuh kesepian itu." Hehe....
MORAL: Kesepian boleh membantu industri kecil dan sederhana negara kita!
cc3:
Semalam, menunggu Sue pergi menunaikan solat Zohor di Masjid Bdr Baru Nilai, sy dgn Ta yg bercuti, menghadiahkan diri kami dgn aiskrim. Lama sungguh tak makan aiskrim. Kami duduk dlm kereta yg panas, makan aiskrim dan bercerita. Lalu datanglah idea untuk analogi gila sy yg berbunyi begini: Cinta kami macam aiskrim. Sedap... mmg sedap! Tapi sampai 1 masa, ianya cair juga. Buatlah mcm mana pun, rasanya tak akan sama. Hilang segala kemanisan, yg tinggal hanyalah rasa lekit yg membuat kita semakin tidak selesa.
MORAL: Aiskrim ada mcm2 jenis... ada yg sedap, ada yg tak.. tapi 1 perkara yg ttp sama tntg aiskrim adalah, sebut saja perkataan tu... kita dah bayangkan... sedapnya! yum,yum!
cc4:
Hari ini 31 dec. Tahun lepas, pd 31 dec kita sambut Hari Raya Korban. Kenapa sy boleh ingat? Sbb 31 dec, birthday arwah abah. Last year, lepas siap menyediakan juadah, sy menghilangkan diri. Abah tanya kakak sy, " Linda, nak ke mana tu?" Kakak jwb, " Jumpa kawan!" Abah sy pun membebel, " Jumpa kwn apa, pagi2 raya ni!"
Sebenarnya saya ke Secret Recipe. Beli Choc Indulgence utk abah. Kami menyambutnya beramai2. Pagi ini, waktu memandu ke tempat kerja, mesej dari kakak sampai, " Salam, hari ni birthday abah, jgn lupa sedekahkan AlFathihah." Sudahnya, sambil memandu sy menangis....
MORAL: Abah tetap ada dalam ingatan. Semoga abah sentiasa berada di bawah lindunganNYA.
KESIMPULANNYA? 2007 ~ penuh dgn kenangan. Ada yg gembira. Ada yg tidak...
2007, sy berpeluang ke Pesta Buku dan berkenalan dgn ramai teman penulis, jumpa dgn peminat.. alahai, malu nak menyebut perkataan tu..., 2007 juga sy bawa kejayaan team Pizza Hut di Pertandingan Peringkat Asia Pasifik, di Hong Kong.
Adakah 2007 sy tinggalkan dgn hati yg tenang? Rasa bersemangat menyambut 2008? Sejujurnya, saya tak tahu... Namun, SELAMAT DATANG 2008! It doesn't matter how u feel... life still goes on... dan masa tak pernah menunggu kita...